![]() |
BEIJING, 3 April 2025 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") mendedahkan secara rasmi hasil kendalian Syarikat selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) pada 23 Mac, mencecah 3.07 trilion yuan (USD 422.739 bilion) dengan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang saham berjumlah 48.94 bilion yuan (USD 6.74 bilion) dan pendapatan sesaham mencecah 0.404 yuan

Sinopec's strategic development of the Hai 301 well in the Haizhong Sag of the Beibu Gulf Basin has led to significant oil and gas production, with the well producing 1,108 cubic meters and 167 cubic meters of oil equivalent per day from two separate formations.
Sinopec menekankan pulangan pemegang saham dan melaksanakan pelan tindakan berorientasikan pulangan dengan kualiti dan kecekapan yang dipertingkat, pelan pulangan dividen untuk pemegang saham dalam tempoh tiga tahun akan datang dan strategi pengurusan nilai pasarannya yang pertama seumpamanya. Dijangkakan bahawa dividen tunai sebanyak 0.286 yuan sesaham (termasuk cukai) akan dibayar sepanjang tahun 2024 yang mana apabila digabungkan dengan amaun belian semula, akan menghasilkan nisbah pembayaran tahunan sebanyak 75 peratus.
Pada tahun 2024, Sinopec melaporkan rekod tertinggi dari segi pengeluaran setara minyak dan gas, volum pemprosesan minyak mentah, pengeluaran kerosin dan kadar penggantian rizab minyak dan gas domestik:
Sebagai penyedia perkhidmatan perniagaan bahan api, gas asli, hidrogen, elektrik dan bukan bahan api, Sinopec bertindak balas terhadap perubahan pasaran dan memanfaatkan sepenuhnya penyepaduan dan kelebihan rangkaiannya, membina lebih 1,000 stesen pengisian bahan api LNG/CNG dan lebih 10,000 stesen pengecasan dan pertukaran bateri. Mendorong pembangunan mantap mobiliti hidrogen, Sinopec turut meninjau pasaran bahan api marin rendah sulfur domestik dan antarabangsa serta mempunyai volum pemasaran bahan api marin kedua tertinggi di dunia.
Sinopec juga giat menggalakkan integrasi inovasi teknologi sains dan inovasi perindustrian. Ia telah memulakan operasi unit penghidrogenan pengesteran sikloheksena pertama di dunia untuk menghasilkan sikloheksanon dan kilang etilena pintar berasaskan kembar digital, turut menyiapkan projek demonstrasi pengeluaran air laut kepada hidrogen berskala kilang pertama di China. Sepanjang tahun 2024, Sinopec memohon 9,666 paten domestik serta asing, dan 5,550 telah diberi kebenaran.
Selain itu, Sinopec bertindak balas terhadap cabaran iklim dengan tindakan konkrit; ia melaksanakan fasa kedua program tindakan perusahaan hijau dan melancarkan inisiatif 10,000 Tapak PV. Volum penangkapan karbon tahunan meningkat 20.1 peratus tahun ke tahun dan pemulihan metana meningkat sebanyak 9.4 peratus. Ia menurunkan penggunaan tenaga komprehensif bagi setiap 10,000 yuan output pengeluaran sebanyak 4.9 peratus tahun ke tahun. Dengan perkembangan pesat industri-industri baru muncul seperti tenaga hidrogen, biobahan api, CCUS dan banyak lagi, Sinopec menubuhkan 11 pusat bekalan sel bahan api hidrogen di China dan berjaya membangunkan "Koridor Pengangkutan Hidrogen Beijing-Shanghai."
"Pada tahun 2025, tatkala ekonomi China pulih, Sinopec akan mempunyai ruang yang lebih luas untuk mencapai transformasi dan penaiktarafan. Kami akan bertunjangkan pada pembangunan termaju, berkualiti tinggi, pintar dan hijau dan dalam masa yang sama melaksanakan transformasi hijau dan rendah karbon secara berterusan, memenuhi tanggungjawab sosial korporat dan berganding bahu dengan pihak berkepentingan global demi menggalakkan pembangunan mampan Syarikat, mewujudkan nilai yang lebih besar untuk para pemegang saham dan masyarakat," kata Ma Yongsheng, Presiden Sinopec.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sinopec, sila kunjungi http://www.sinopec.com/listco/en/.