omniture

Cathay United Bank Bawa Pulang 6 Anugerah Daripada Retail Banker International untuk Kecemerlangan Digital

Cathay United Bank
2025-04-08 09:22 43

TAIPEI, 5 April 2025 /PRNewswire/ -- Cathay United Bank sekali lagi memukau khalayak antarabangsa, membolot enam anugerah daripada Retail Banker International, penerbitan kewangan global yang terkemuka: "Kecemerlangan dalam Pelaksanaan Keselamatan Aplikasi", "Aplikasi Terbaik untuk Pengalaman Pelanggan", "Pengurusan Hubungan Pelanggan Terbaik", "Penggunaan Data Raya Terbaik dalam Strategi Pelanggan", "Kemajuan Migrasi Awan - Strategi & Perancangan untuk Menguasai Strategi Awan & Pelan Tindakan Transformasi Perancangan" dan "Kemajuan Migrasi Awan - Pelaksanaan Lengkap untuk Zon Pendaratan Migrasi Data AWS".

Caption: Cathay United Bank took home six awards from the Retail Banker International.
Caption: Cathay United Bank took home six awards from the Retail Banker International.

Berdedikasi untuk meningkatkan keselamatan digital pelanggan, Cathay United Bank bukan sahaja melaksanakan langkah-langkah pengesahan identiti yang ketat dan pengesahan 2-langkah, tetapi turut menggunakan pembelajaran mesin untuk memantau keselamatan setiap transaksi secara proaktif. Pemberitahuan akan muncul serta-merta untuk sebarang transaksi berisiko tinggi bagi memastikan setiap transaksi dijalankan oleh pelanggan sendiri. Tambahan pula, pemeriksaan kesihatan keselamatan termaju CUBE App membolehkan pelanggan menyemak keselamatan digital mereka setiap masa. Usaha untuk memperkukuh keselamatan digital ini melayakkan Bank ini mendapat anugerah "Kecemerlangan dalam Pelaksanaan Keselamatan Aplikasi".

Dengan sasarannya yang ditetapkan ke atas pasaran Asia Tenggara, Cathay United Bank melancarkan "CUBE Vietnam App", aplikasi pinjaman yang direka khusus untuk Vietnam. Dengan menyelaraskan keperluan dasar transformasi digital State Bank of Vietnam dan memanfaatkan pengalaman Taiwan sendiri, Bank ini berjaya memperkenalkan alatan natif awan, model risiko dipacu data dan sistem pengesahan identiti standard antarabangsa, seterusnya menawarkan pelanggan di Vietnam dengan pengalaman pinjaman dalam talian yang diperkemas. Selain daripada memenangi Anugerah Transformasi Digital Kebangsaan Vietnam, prestasi cemerlang Bank ini melayakkannya memperoleh anugerah "Aplikasi Terbaik untuk Pengalaman Pelanggan".

Cathay United Bank sentiasa menghargai hubungannya dengan pelanggan yang mampan, malah menubuhkan sebuah jabatan yang dikhususkan untuk mengurus hubungan pelanggan pada tahun 2024. Bagi meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan, Bank ini menerima pakai model pengurusan rintis, termasuk menggunakan data inovatif untuk mengenal pasti keperluan pengurusan kekayaan pelanggan dan menggunakan model dipacu data untuk dipadankan dengan penasihat kewangan yang paling sesuai untuk setiap pelanggan. Mengiktiraf komitmen Bank ini untuk memperkukuh hubungan pelanggan, Retail Banker International menganugerahi Bank dengan anugerah "Pengurusan Perhubungan Pelanggan Terbaik". Selain itu, Bank ini memperkenalkan alatan pengurusan baharu, "PBG", yang bermaksud "Diagnosis Jitu", "Sokongan Lebih Baik" dan "Pengalaman Pelanggan Hebat". PBG membantu penyelia cawangan meningkatkan pengalaman pelanggan melalui penyelesaian dipacu data. Ketua Pegawai Data dan Analitis Joe Liang menyatakan bahawa PBG berupaya mentransformasikan data pengurusan pelanggan dengan jayanya kepada pandangan pelanggan, seterusnya membolehkan penasihat kewangan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan pengurusan kekayaan. Inovasi sedemikian melayakkan Bank ini menerima anugerah "Penggunaan Data Raya Terbaik dalam Strategi Pelanggan".

Cathay United Bank turut mencapai kemajuan yang luar biasa dalam teknologi awan, mewujudkan zon pendaratan migrasi data AWS yang pertama dalam industri kewangan Taiwan. Mengiktiraf pencapaian Bank ini dalam mewujudkan rangka kerja yang selamat dan boleh skala yang boleh diperluas kepada migrasi data dan aplikasi AI, Bank ini dianugerahkan anugerah "Kemajuan Migrasi Awan - Strategi & Perancangan untuk Menguasai Strategi Awan & Pelan Tindakan Transformasi Perancangan" dan "Kemajuan Migrasi Awan - Pelaksanaan Lengkap untuk Zon Pendaratan Migrasi Data AWS" untuk tahun kedua berturut-turut. Benar-benar komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang berkualiti, Bank ini mengisytiharkan bahawa ia akan tetap dengan pendekatan berpusatkan pelanggannya, memanfaatkan teknologi inovatif untuk mengoptimumkan perkhidmatan kewangan digital.

Source: Cathay United Bank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology