HANOI, Vietnam, 11 April 2025 /PRNewswire/ -- "Dialog dalam Era Baharu: Pertukaran China-Vietnam untuk Ahli Profesional Media Muda" telahpun diadakan dengan jayanya pada hari Rabu di Hanoi, dengan sesi selari di Nanning, Guangxi, China. Acara ini menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Vietnam serta Tahun Pertukaran Sesama-Rakyat China-Vietnam.
Forum ini dipandu oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara China dan dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Penerangan Kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China Intercontinental Communication Center (CICC) dan Voice of Vietnam (VOV), dengan sokongan daripada Guangxi Center for International Communication serta Guangxi Radio and Television.
Lebih daripada 500 wakil daripada organisasi media, universiti dan perusahaan di kedua-dua negara mengambil bahagian. Para hadirin di tempat Hanoi termasuk Do Hong Quan, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Vietnam Fatherland Front dan Pengerusi Perikatan Persatuan Kesenian dan Kesusasteraan Vietnam; Naib Presiden VOV Ngo Minh Hien dan Vu Hai Quang; Wang Qun, Kuasa Usaha di Kedutaan China di Vietnam; Jing Shuiqing, Ketua Sidang Pengarang CICC; dan Li Pan, Pengarah Pejabat Penerangan Kerajaan Guangxi.
Di bawah tema "Dialog dalam Era Baharu," 12 ahli profesional muda daripada CGTN, VOV, The World and Vietnam Report, VTCnewspaper, Guangxi Center for International Communication dan Guangxi Radio and Television terlibat dalam perbincangan panel bersama-sama wakil daripada sektor media dan teknologi. Dialog ini tertumpu pada tiga topik utama: peranan ahli profesional media muda dalam memupuk persahabatan dua hala, integrasi industri dipacu media serta cabaran dan peluang yang dibawa oleh kecerdasan buatan dalam landskap media.
Para penceramah menekankan peranan media dalam mengukuhkan persefahaman antara satu sama lain dan berfungsi sebagai jambatan antara kedua-dua rakyat. Para peserta menyatakan komitmen mereka untuk menceritakan kisah kerjasama China-Vietnam, menggalakkan pembangunan bersama dan memajukan kolaborasi dalam era yang semakin berciri digital dan dipacu AI. Forum ini menekankan kepentingan penglibatan belia dalam memperdalam perkongsian koperatif strategik komprehensif China-Vietnam dan membina masa depan yang dikongsi bersama.
Sebuah dokumentari bersama, The Path of Development, diterbitkan secara bersama oleh Guangxi Radio and Television dan VOV, dilancarkan secara rasmi semasa acara ini. Filem ini memaparkan peristiwa penting dalam hubungan China-Vietnam sejak 75 yang tahun lalu. Di samping itu, satu inisiatif pertukaran media baharu bertajuk "Comrades and Brothers, Together Toward the Future" ("Teman dan Saudara, Bersama-sama Menuju Masa Depan") dilancarkan oleh Guangxi Center for International Communication dan CICC melalui kolaborasi bersama outlet media Vietnam yang terkemuka. Program ini akan menyaksikan pasukan media dari kedua-dua negara mengadakan lawatan pelaporan bersama di Guangxi, Sichuan dan Guizhou di China, serta di Hanoi dan Bandar Raya Ho Chi Minh di Vietnam.
Di sub-forum Nanning, hampir 50 wakil media muda mengambil bahagian dalam perbincangan secara serentak, menggalakkan selanjutnya dialog rentas sempadan dan memperkukuh komitmen bersama antara belia Cina dan Vietnam untuk kerjasama yang lebih erat.