KARAGANDA, Kazakhstan, 23 April 2025 /PRNewswire/ -- Tianlong Science and Technology berbesar hati kerana diundang untuk berucap di "Forum Bioperubatan Antarabangsa: Penyelidikan dan Inovasi" yang diadakan pada 17–18 April 2025 di Universiti Perubatan Karaganda di Kazakhstan. Selain mengadakan pembentangan di forum ini, pasukan Tianlong turut menjalankan lawatan tapak dan aktiviti penyelidikan pasaran di Kazakhstan, lantas memperkukuh lagi penglibatan dengan komuniti penjagaan kesihatan tempatan.
Dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Kesihatan Republik Kazakhstan, Kementerian Sains dan Pengajian Tinggi Republik Kazakhstan dan Universiti Perubatan Karaganda, acara peringkat tinggi ini menghimpunkan suara-suara terkemuka daripada komuniti bioperubatan global untuk membincangkan penyelidikan termaju dan teknologi memuncul yang membentuk masa depan penjagaan kesihatan.
Mewakili kekuatan inovasi kumpulan kami, Jessica Wu, PhD dalam Biologi dan Pengurus Produk Tianlong, menyampaikan pembentangan yang bertajuk "LigSeq Reagent Kits: Personalized Medication for Better Healthcare" ("Kit Reagen LigSeq: Ubat Diperibadikan demi Penjagaan Kesihatan Lebih Baik"). Pembentangan ini memperkenalkan pencapaian terkini kami dalam diagnostik jitu, mengetengahkan bagaimana teknologi LigSeq menyokong laluan rawatan yang lebih bersifat individu dan berkesan.
Kami juga berbangga dapat berkongsi pentas dengan barisan pakar antarabangsa terkemuka yang menawarkan pandangan mendalam tentang penemuan bioperubatan yang terkini. Antaranya ialah Prof. Luc van der Laan daripada Pusat Perubatan Universiti Erasmus di Belanda, dan Prof. Florent Dumont daripada Universiti Paris-Saclay. Forum ini turut menampilkan ucapan daripada En. Xavier Le Torrivellec, Atase Kerjasama Pendidikan Kedutaan Perancis di Kazakhstan, yang mengetengahkan kolaborasi antarabangsa dalam pendidikan dan penyelidikan bioperubatan.
Agenda forum ini mencerminkan visi globalnya, meliputi topik-topik utama seperti pembangunan ubat, genomik dan proteomik, kecerdasan buatan dalam penjagaan kesihatan dan integrasi data raya dalam membuat keputusan klinikal. Penyertaan kami dalam forum yang berprestij ini menekankan komitmen berterusan Tianlong untuk memajukan penjagaan kesihatan global melalui inovasi, kolaborasi dan kepakaran.
Susulan kejayaan pembentangan di forum ini, pasukan Tianlong turut melawat institusi-institusi penjagaan kesihatan tempatan serta Pusat Penyelidikan dan Pengeluaran Transfusi di bawah Kementerian Kesihatan Republik Kazakhstan. Semasa lawatan ini, pasukan kami mengadakan pertukaran mendalam dengan ahli-ahli profesional perubatan tempatan, membincangkan trend semasa dan keperluan dalam pemeriksaan darah dan keselamatan transfusi.
Lawatan berkenaan juga termasuk tinjauan pasaran terfokus ke atas landskap pemeriksaan darah Kazakhstan yang membolehkan pasukan kami memperoleh pandangan berharga tentang aliran kerja klinikal, keperluan diagnostik dan amalan kawal selia di negara ini. Penemuan ini akan menjadi asas yang amat penting untuk pengenalan dan penyetempatan penyelesaian pemeriksaan darah Tianlong pada masa depan.
Dengan terlibat secara langsung bersama ahli-ahli profesional tempatan dan memahami pasaran diagnostik Kazakhstan, Tianlong terus meletakkan asas untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada inisiatif kesihatan awam di Asia Tengah.
Latar Belakang Tianlong
Tianlong Science and Technology, ditubuhkan pada tahun 1997, ialah perintis dalam bidang ujian genetik dan diagnostik molekul. Bersama-sama syarikat kumpulan kami Shanghai Kehua Bio-engineering Co., Ltd. (KHB), kami menubuhkan lima platform teknologi teras — imunodiagnostik, biokimia, diagnostik molekul, POCT dan spektrometri jisim, mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan instrumen serta reagen diagnostik in vitro (IVD) — menawarkan penyelesaian komprehensif dalam pelbagai sektor, termasuk diagnostik klinikal, pusat darah, kawalan penyakit, pencegahan epidemik veterinar dan keselamatan makanan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Tianlong serta halaman LinkedIn, Facebook dan Twitter.
Tianlong Science and Technology