omniture

Hospital Gleneagles Pulau Pinang Perkenal Pengimbas CT Dwisumber SOMATOM Pro.Pulse Pertama Asia Tenggara

Siemens Healthcare Sdn. Bhd
2025-04-28 09:37 45

KUALA LUMPUR, 28 April 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Hospital Gleneagles Pulau Pinang melancarkan Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT) SOMATOM Pro.Pulse baharu, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Teknologi canggih ini mengupayakan diagnostik yang lebih pantas dan lebih tepat - menyokong keputusan rawatan yang lebih baik, hasil yang lebih baik dan pengalaman pesakit yang lebih selesa di seluruh rantau ini.

[L-R] Mr Jan Tiedermann, Finance Director of Siemens Healthineers Malaysia; Ms Siow Ai Li, Managing Director of Siemens Healthineers Malaysia & Singapore; Yang Berhormat Daniel Gooi, Penang State EXCO of Youth, Sports and Health; Mr Ng Bong Seng, Acting CEO of Gleneagles Hospital Penang; Dr Zainariah Bt Mohd Zain, Head of Radiology of Gleneagles Hospital Penang; Dr Benjamin Chow, COO of Gleneagles Hospital Penang; next to the newly installed Dual Source CT scanner
[L-R] Mr Jan Tiedermann, Finance Director of Siemens Healthineers Malaysia; Ms Siow Ai Li, Managing Director of Siemens Healthineers Malaysia & Singapore; Yang Berhormat Daniel Gooi, Penang State EXCO of Youth, Sports and Health; Mr Ng Bong Seng, Acting CEO of Gleneagles Hospital Penang; Dr Zainariah Bt Mohd Zain, Head of Radiology of Gleneagles Hospital Penang; Dr Benjamin Chow, COO of Gleneagles Hospital Penang; next to the newly installed Dual Source CT scanner

"Pengenalan kepada mesin canggih ini bererti lebih ramai pesakit akan menerima diagnosis yang tepat pada masanya dan jitu, kesemuanya sambil mengalami proses pengimbasan yang lebih lancar dan lebih cekap. Pencapaian ini merupakan bukti jelas kepada kuasa kolaborasi awam-swasta—menggabungkan teknologi, pelaburan dan kepakaran perubatan demi membina masa depan yang lebih sihat buat semua," kata Yang Berhormat Daniel Gooi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

SOMATOM Pro.Pulse oleh Siemens Healthineers direka untuk menjadikan imbasan CT lebih pantas dan selesa, terutamanya untuk pesakit yang mengalami degupan jantung yang tidak teratur atau sukar untuk duduk diam semasa pemeriksaan rutin. Dengan ciri-ciri seperti myExam Companion dikuasakan AI, sistem ini memperibadikan setiap imbasan, melaraskannya berdasarkan faktor-faktor seperti kadar denyutan jantung dan keupayaan pernafasan. Ini memastikan pemeriksaan yang lebih lancar untuk pesakit, terutamanya kanak-kanak dan orang tua, seterusnya mengurangkan masa yang dihabiskan di Bilik CT dan memastikan pengalaman keseluruhan yang selesa.

"Di Hospital Gleneagles Pulau Pinang, kami berdedikasi untuk menggunakan teknologi terkini bagi menambah baik penjagaan pesakit. Pemerolehan CT SOMATOM Pro.Pulse merupakan bukti komitmen kami untuk menyediakan standard penjagaan tertinggi dan dalam masa yang sama meminimumkan tekanan dan ketidakselesaan untuk pesakit kami. Kami berbangga menjadi yang pertama di Asia Tenggara menggunakan sistem ini, yang akan meluaskan akses kepada imbasan CT termaju untuk penduduk Pulau Pinang dan meningkatkan pelancongan perubatan," kata Ng Bong Seng, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

Selain daripada meningkatkan keselesaan pesakit, SOMATOM Pro.Pulse adalah 20% lebih cekap tenaga, menawarkan sistem penyejuk udara termaju yang mengurangkan penggunaan tenaga dan mengoptimumkan operasi. Ini sejajar dengan komitmen Hospital Gleneagles Pulau Pinang terhadap amalan kelestarian dan mesra alam, lalu membolehkan hospital ini melabur semula fokusnya untuk menambah baik penjagaan pesakit.

"Di Siemens Healthineers, kami menyasarkan untuk menjadikan teknologi canggih seperti CT dwisumber lebih mudah diakses, menyokong keyakinan diagnostik yang lebih tinggi dan aliran kerja yang lebih cekap. SOMATOM Pro.Pulse direka untuk mengimbangi prestasi klinikal dengan keselesaan pesakit, sejajar dengan komitmen Hospital Gleneagles Pulau Pinang untuk menambah baik penjagaan pesakit," kata Siow Ai Li, Pengarah Urusan, Siemens Healthineers Malaysia dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut mengenai SOMATOM Pro.Pulse dan perkhidmatan penjagaan kesihatan termaju yang ditawarkan di Hospital Gleneagles Pulau Pinang, sila kunjungi laman web hospital, kunjungi gleneagles.com.my/penang

Siaran akhbar ini dan gambar akhbar tersedia di: https://www.siemens-healthineers.com/en-my/press-room/press-features/first-somatom-pro-pulse-gleneagles-penang

Produk/ciri yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini tidak tersedia secara komersial di semua negara. Atas sebab-sebab pengawalseliaan, ketersediaan masa depannya tidak dapat dijamin. Sila hubungi organisasi Siemens tempatan anda untuk butiran lanjut. Produk dan ciri yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini adalah untuk ahli profesional penjagaan kesihatan sahaja.

Hubungi untuk pertanyaan media, sila berhubung dengan:

Siemens Healthineers
Nitiakaran (Leo) Selvaraj
Ketua Pemasaran-Komunikasi dan Penglibatan Digital/Hal Ehwal Kerajaan
+6012 393 2789; nitiakaran.selvaraj@siemens-healthineers.com

Hospital Gleneagles Pulau Pinang / IHH Healthcare Malaysia
Yasmin Farahanim Wahab
Penolong Pengurus, Perhubungan Awam
+6012 542 3466; yasmin.wahab@ihhhealthcare.com

Source: Siemens Healthcare Sdn. Bhd
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services