omniture

Trinasolar Kuasakan Projek Solar Perniagaan Tani 6MW di Australia

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2025-05-08 13:20 22

SYDNEY, 8 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Trinasolar, peneraju global bagi PV pintar dan storan tenaga, membekalkan modul solar berprestasi tingginya untuk taman tenaga boleh baharu 6MW untuk sebuah kebun badam Australia. Ladang Kerarbury dibangunkan oleh syarikat tenaga terkemuka Australia AGL Energy dan dijangka menjana sehingga 14,000MWj penjanaan solar setiap tahun.

The Kerarbury Farm is expected to generate up to 14,000MWh of solar generation annually.
The Kerarbury Farm is expected to generate up to 14,000MWh of solar generation annually.

Ladang ini akan mencapai penembusan tenaga boleh baharu yang tinggi iaitu hampir 83 peratus, dikuasakan oleh lebih 10,000 modul berkecekapan tinggi dan berkuasa tinggi daripada Trinasolar. Ladang ini juga terdiri daripada sistem storan tenaga 2.3MW/4.5MWj. Ini akan membolehkan pengendali ladang badam ofi (Olam Food Ingredients), penanam badam terbesar di dunia, untuk beralih daripada pergantungan kepada diesel atau tenaga grid, seterusnya mengurangkan emisi gas rumah hijau setiap tahun. Sistem ini akan menjana kuasa yang sama dengan apa yang diperlukan untuk memberi kuasa kepada seluruh komuniti bersebelahan Griffith selama setahun.

"AGL komited untuk menyampaikan tenaga yang bersih, berpatutan dan andal kepada pelanggan di seluruh Australia. Kami membina perkongsian yang kukuh dengan pelbagai industri, bermula daripada ladang badam seperti Kerarbury dan Caddell hinggalah ladang anggur, operasi pertanian dan pelbagai sektor lain. Sistem baharu ini akan menjadi pemasangan ketiga AGL yang direka khusus untuk industri badam. Di bawah perkongsian selama 20 tahun, AGL akan memiliki, mengurus dan menyelenggara sistem, bagi membolehkan ofi memberi tumpuan kepada pengeluaran badam sekali gus mendapat manfaat daripada penyelesaian tenaga mampan," kata Brendan Weinert, Ketua Penyelesaian Tenaga Perniagaan Mampan AGL.

"Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan peneraju industri seperti AGL bagi menyokong peralihan mampan Australia untuk sektor perniagaan taninya. Modul solar terkini kami direka untuk memacu penjanaan tenaga hijau jangka panjang – seterusnya memperkasakan syarikat-syarikat untuk maju dengan yakin ke arah masa depan yang lebih lestari dan bebas tenaga," kata Edison Zhou, Pengarah Kumpulan Australia, New Zealand dan Pakistan di Trinasolar Asia Pacific.

Pemasangan Kerarbury telahpun siap secara fizikal dan ditauliahkan, menunggu kelulusan rangkaian akhir dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan pergantungan pada elektrik grid serta memajukan usaha penyahkarbonan rantau ini.

 

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:688599 Shanghai:688599.SS
Keywords: Oil/Energy Utilities