Diformulasikan dengan Kalsium, Vitamin D & Magnesium, PRIDE membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah tulang di mana 95.5% kanak-kanak kekurangan kalsium harian, dan 1 daripada 3 warga emas menghidapi osteoporosis
KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Keluarga di Malaysia yang sedang mencari susu tepung berkhasiat dan lazat kini bolehlah tersenyum gembira! Lactalis, syarikat tenusu terkemuka dunia berbangga untuk mengumumkan pelancaran PRIDE Family Milk Powder di Malaysia – satu penanda aras dalam misinya untuk membekalkan generasi masa depan dengan kualiti dalam nutrisi harian mereka.
Lactalis Memperkenalkan PRIDE Family Milk Powder di Malaysia – Berkhasiat dan Menguatkan Tulang, Menggalakkan Gaya Hidup Aktif untuk Seisi Keluarga
PRIDE adalah jenama isi rumah yang dipercayai di Arab Saudi, sejak lebih 25 tahun lamanya, yang membekalkan produk tenusu berkhasiat kepada banyak keluarga. Terkini, di bawah naungan Lactalis, yang menjadi kegemaran ramai, jenama ini membawakan kelazatan rasa berkrim serta nutrien penting ke dalam rumah-rumah di Malaysia.
Dihasilkan untuk seisi keluarga, PRIDE Family Milk Powder bukan sekadar berkhasiat – malah ia juga mampu dimiliki dan merupakan pilihan yang sesuai untuk dijadikan minuman harian. Keenakan rasa lemak berkrim dan formulasinya yang mudah larut, walaupun di dalam air sejuk, menjadikannya pilihan terbaik sebagai minuman, untuk masakan dan dalam pembuatan kek.
Di Malaysia, kesihatan tulang adalah sesuatu yang semakin membimbangkan di semua peringkat umur. Daripada kanak-kanak yang perlukan asas tulang yang kukuh kepada golongan dewasa yang ingin mengekalkan gaya hidup aktif, dan untuk kesejahteraan warga emas, tulang yang kuat adalah amat penting. Namun, masih ramai yang tidak mendapat nutrisi yang mencukupi:
Di sinilah PRIDE Family Milk Powder memainkan peranannya – solusi yang mampu dimiliki untuk menyokong tulang yang kuat dan kesejahteraan untuk semua ahli keluarga. Dengan hanya RM1 secawan, dua cawan sehari (dibantu oleh diet seimbang) dapat memenuhi pengambilan 700mg – 1000mg kalsium yang disyorkan.
Mengapa keluarga memilih PRIDE:
"Di Lactalis, membekalkan khasiat kepada keluarga bukan hanya satu misi, namun ia adalah legasi dan tanggungjawab kami", kata Paul Cazes, Pengurus Besar Lactalis Malaysia. "Sebagai syarikat tenusu terkemuka di dunia, kami percaya produk tenusu memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan, perkembangan kesihatan, dan kesejahteraan tubuh badan yang baik – bukan untuk hari ini sahaja, tapi untuk generasi-generasi yang akan datang."
"Di Malaysia, pengambilan tenusu masih rendah dan pilihan untuk produk tenusu yang berkualiti tinggi masih terhad. Sebab itulah kami tampil – untuk membawa kebaikan produk tenusu kepada keluarga-keluarga di rantau ini. Kami percaya yang semua orang berhak untuk mendapatkan produk tenusu yang terbaik, tanpa mengira latar belakang. Sebagai peneraju global dan pakar dalam bidang ini, kami komited untuk membina masa depan yang cerah dengan menyediakan produk tenusu berkualiti tinggi bagi menyokong pertumbuhan dan kesejahteraan semua."
Bermula daripada membina kekuatan tulang kanak-kanak yang sedang membesar, kepada menyokong gaya hidup orang dewasa yang aktif serta mengekalkan keupayaan mobiliti warga emas, PRIDE menjadikan penjagaan tulang yang sihat, lebih mudah, dengan kelazatan perisanya serta harga yang berpatutan.
Kini boleh didapati dalam dua saiz pek: 450g dengan harga RM13.80 dan 800g dengan harga RM22.40, PRIDE Family Milk Powder boleh dibeli di AEON, Asiamart, dan pasar mini di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook, Instagram, atau TikTok kami.
Tentang Pride
Dengan pengalaman lebih 25 tahun, Pride adalah sebuah jenama dipercayai yang menghasilkan pelbagai pilihan produk tenusu yang kebanyakkannya dikeluarkan di Arab Saudi contohnya seperti: ketulan keju cheddar yang diproses, kepingan (pek runcit & kepingan keju dalam servis pek makanan), keju putih, mozarela, keju segitiga, krim sapuan makanan dan mentega campuran. Pride sentiasa berusaha memudahkan urusan memasak para suri rumah dan cef profesional di Arab.
Pride adalah simbol kebanggaan kami membekalkan produk tenusu yang bermutu dan mudah diakses untuk kegunaan seisi keluarga. Logo Pride, berbentuk pingat & riben, menandakan komitmen kami menuju era kecemerlangan. Matlamat kami adalah untuk memberi produk tenusu yang berkhasiat supaya anda dan keluarga anda kekal sihat dan bertenaga.
Tentang Lactalis
Kumpulan Lactalis adalah salah sebuah syarikat tenusu terbesar di dunia, berpusat di Laval, Perancis. Ditubuhkan pada tahun 1933 oleh André Besnier, syarikat ini beroperasi di lebih 90 negara, dengan pekerja seramai lebih 85,000 orang dan memiliki lebih 300 jenama. Antara jenama antarabangsa yang dimiliki adalah: President, Galbani, Lactel, Parmalat, Kraft.
| *Berdasarkan ujian blind test dalaman yang dijalankan bersama 175 responden, di mana Pride Milk Powder lebih digemari oleh 66% peserta berbanding jenama lain. |