omniture

SPARK 40 Series TECNO Dijangka Membuat Penampilan Sulung Global sebagai Telefon Pintar Pertama dengan MediaTek Helio G200

TECNO
2025-05-13 08:51 23

HONG KONG, 13 Mei 2025 /PRNewswire/ -- TECNO, jenama teknologi inovatif dipacu AI akan menjadi yang pertama menampilkan cipset Helio G200 yang terkini daripada MediaTek dalam SPARK 40 Series yang akan datang. Pemproses baharu ini akan muncul buat julung kalinya pada model premium SPARK 40 Pro+, dengan Helio G200 menawarkan peningkatan prestasi lebih 10% berbanding pendahulunya. Ini diterjemahkan kepada kelancaran yang dipertingkat, pengkomputeran yang lebih pantas dan pengalaman hiburan yang lancar, seterusnya meningkatkan prestasi telefon pintar aras permulaan.

Kuasa Tinggi dan Hiburan Lancar

Bahagian teras SPARK 40 Pro+ ialah MediaTek Helio G200, cipset 4G generasi seterusnya yang dibina berasaskan proses 6nm termaju TSMC. Ia menampilkan konfigurasi CPU okta-teras dengan teras 2x Cortex-A76 pada 2.2GHz dan teras 6x Cortex-A55 pada 2.0GHz, memberikan keresponsifan yang lebih lancar dan multitugas yang lebih pantas.

Ujian penanda aras meletakkan MediaTek Helio G200 pada kira-kira 470,000 bagi AnTuTu, menandakan peningkatan prestasi 10% berbanding generasi sebelumnya. Pengguna boleh menjangkakan pelancaran aplikasi yang jauh lebih pantas, interaksi yang lebih responsif dan pengendalian berbilang tugas yang lebih baik secara serentak.

ARM Mali-G57 MC2 GPU turut menyaksikan penaiktarafan yang ketara, dengan kekerapan operasinya meningkat kepada 1.1GHz, memberikan peningkatan 10% dalam pemprosesan grafik teras-tunggal. Ini dapat memastikan pengalaman permainan dan multimedia yang lebih berkualiti tinggi, lebih imersif walaupun dalam senario yang mencabar.

"MediaTek Helio G200 memperkasakan TECNO untuk menyampaikan prestasi unggul dalam SPARK 40 Series akan datang yang membolehkan pengguna merasai pengalaman keresponsifan peringkat utama, operasi yang lancar dan kuasa berterusan yang meningkatkan interaksi telefon pintar setiap hari," kata Dr. Yenchi Lee, Pengurus Besar Perniagaan Komunikasi Tanpa Wayar MediaTek.

"SPARK 40 Series bukan sahaja akan meningkatkan spesifikasi," kata Joey Qu, pengurus produk kanan TECNO. "Dengan Helio G200 sebagai enjinnya, SPARK 40 Series mentakrifkan semula apa yang mungkin dicapai dalam kelasnya, menawarkan pengalaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk penggunanya — Kesemuanya tatkala memberikan reka bentuk nipis yang istimewa."

Visual dan Ketersambungan Ditakrifkan Semula

Membawa kualiti visual ke tahap yang lebih tinggi, SPARK 40 Pro+ menggandingkan Helio G200 dengan algoritma tersuai TECNO bagi membolehkan persembahan resolusi super 1.5K — konfigurasi visual yang paling mantap dalam julat harganya. Sinergi yang luar biasa ini menghasilkan visual yang lebih tajam, lebih bertenaga dan peningkatan kualiti yang pintar, lalu mentakrifkan semula jangkaan hiburan untuk telefon pintar mampu milik.

MediaTek Helio G200 turut membawakan peningkatan modem termaju, menyokong DCSAR (Dynamic Communication Smart Adaptive Response) yang menggalakkan penambahbaikan ketara kecekapan rangkaian biarpun dalam persekitaran isyarat yang kompleks atau lemah. Pengguna boleh mengharapkan sambungan yang lebih stabil dan lebih pantas, yang diterjemahkan kepada penstriman, panggilan dan permainan yang lancar semasa dalam perjalanan.

TECNO SPARK 40 Series dijangka akan dilancarkan di pasaran global pada bulan Julai yang akan menggabungkan estetika nipis yang menarik perhatian dengan kuasa berkaliber unggulan dan ciri-ciri AI TECNO, dengan butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Latar Belakang TECNO

TECNO ialah jenama teknologi inovatif dipacu AI yang bertapak di lebih 70 pasaran merentas lima benua. Komited untuk mentransformasikan pengalaman digital di pasaran baru muncul global, TECNO mengusahakan integrasi sempurna tanpa henti antara reka bentuk estetik kontemporari dengan teknologi terkini serta kecerdasan buatan. Hari ini, TECNO menawarkan ekosistem produk dikuasakan AI yang komprehensif, termasuk telefon pintar, peranti boleh pakai pintar, komputer riba, tablet, peranti permainan pintar, sistem pengendalian HiOS dan produk rumah pintar. Berpandukan intipati jenamanya iaitu "Stop At Nothing" ("Sanggup Berbuat Apa Sahaja"), TECNO terus mempelopori penggunaan teknologi termaju dan pengalaman dipacu AI untuk individu yang berpandangan jauh, memberi inspirasi kepada mereka untuk tidak berhenti berusaha menjadi diri mereka yang terbaik dan mengejar masa depan yang paling cerah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi TECNO: www.tecno-mobile.com.

 

Source: TECNO
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services Artificial Intelligence