ALGIERS, Algeria, 13 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Babak baharu untuk pengangkutan awam, kisah dikongsi bersama yang didorong oleh inovasi dan persahabatan China-Algeria.
Tanggal 28 April 2025, HIGER meraikan satu peristiwa penting dalam sektor pengangkutan awam negara tatkala ia meraikan 20 tahun komitmennya terhadap pasaran Algeria sekali gus memperkenalkan rangkaian bas serba baharunya: Siri V Baharu.
Sejak tibanya HIGER di Algeria pada tahun 2005, HIGER memantapkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam sektor bas melalui produk peringkat tingginya, perkhidmatan selepas jualan yang luar biasa, penyesuaian yang berjaya dengan keperluan tempatan dan tumpuan yang kukuh terhadap kualiti. Selama lebih 20 tahun lamanya, jenama ini telahpun menyerahkan 10,000 buah bas, bermula daripada model bandar hinggalah kenderaan jarak jauh, lalu memberi sumbangan besar kepada pemodenan pengangkutan awam di Algeria. Hari ini, HIGER merupakan jenama bas No.1 di Algeria.
Semasa sambutan ini, HIGER mencatatkan titik perubahan dalam sejarahnya menerusi pelancaran Siri V Baharu. Dibangunkan selama tiga tahun penyelidikan dan pembangunan, siri ini merupakan hasil usaha kolaboratif dalam syarikat yang melaksanakan proses yang inovatif dan bersepadu bagi memastikan kenderaan ini mencapai tahap kemajuan teknologi.
Dalam tempoh tiga tahun, lebih daripada 1,000 pekerja mengambil bahagian dalam proses R&D, disokong oleh pelaburan sebanyak lebih 100 juta yuan. Usaha ini membawa kepada pembangunan komponen utama, peralatan khusus dan alat pemeriksaan baharu, lalu menghasilkan inovasi yang komprehensif dan peningkatan ketara dalam kualiti, keandalan, kemudahan penyelenggaraan dan pengalaman pelanggan.
Kenderaan ini yang berukuran antara 8 dan 14 meter, serasi dengan pelbagai mod pendorongan dan memenuhi keperluan pengangkutan awam bandar dan juga pelancongan. Reka bentuk akses panel hadapan memudahkan pembaikan. Bahagian bermodul dan terpiawai dapat mengurangkan jenis alat ganti sebanyak 73% dan meningkatkan kesalingbolehtukaran. Dengan ruang bagasi 21.6% lebih besar, ruang tempat duduk 50mm lebih lebar dan lorong tengah 30mm lebih lebar, bas ini menawarkan keselesaan yang unggul. Di samping itu, kesejagatan komponen benar-benar ditingkatkan melalui reka bentuk teroptimum.
Menerusi pengenalan bas Siri V Baharu, ia akan menyuntik kevitalan baharu ke dalam pembangunan mampan pengangkutan awam Algeria. Acara ini menandakan detik penting untuk sektor bas dan juga merupakan babak baharu dalam kisah kerjasama yang luar biasa ini.