omniture

Pelancaran PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) untuk Perniagaan Singapura Bertujuan Menggandakan Usaha ke atas Pertumbuhan E-dagang

PayPal Holdings, Inc.
2025-05-15 08:00 26
  • Pada peringkat global, pemprosesan kad melalui PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) boleh membantu meningkatkan kadar keizinan dengan purata 4.7 mata peratusan untuk perniagaan.
  • Penyelesaian tersebut akan memperkasa perniagaan untuk merangsangkan penukaran pelanggan, memacu pertumbuhan hasil dan memperkemas operasi, kesemuanya sambil meningkatkan perlindungan penipuan.

SINGAPURA, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) kini tersedia untuk semua perniagaan di Singapura. Penyelesaian pembayaran tindanan penuh disesuaikan untuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan besar bertujuan memperluas jangkauan di seluruh dunia, membolehkan saudagar menerima pembayaran daripada pelanggan di lebih 200 pasaran sambil mengurangkan kerumitan dan menguruskan risiko, hanya dengan integrasi tunggal yang boleh disesuaikan.


"PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) akan memberikan perniagaan di sini akses kepada rangkaian alatan baharu yang luas dan akan membantu perniagaan berkenaan menjual dengan lebih berkesan kepada pelanggan global, hanya dalam satu integrasi. Ini juga akan membantu perniagaan mengoptimumkan aliran tunai masing-masing dengan membolehkan penyelesaian pantas untuk transaksi dalam masa beberapa minit dan bukannya berhari-hari sambil membolehkan perniagaan berkenaan menyimpan baki dalam pelbagai mata wang, mengurangkan pendedahan terhadap tukaran mata wang asing," kata Nadia Syed, Naib Presiden Kanan, Perdagangan Rentas Sempadan Antarabangsa dan Pengurus Besar Asia Pasifik, PayPal. "Produk terkini kami untuk perniagaan di Singapura direka bentuk untuk membantu merangsangkan penukaran pelanggan, memacu pertumbuhan hasil dan memperkemas operasi—kesemuanya sambil meningkatkan perlindungan penipuan, menambah baik kecekapan kos dan memudahkan transaksi rentas sempadan."

Di tengah-tengah persekitaran perdagangan global yang kompleks, yang disertai dengan tarif yang lebih tinggi dan fahaman perlindungan yang semakin meningkat, perdagangan rentas sempadan kekal sebagai enjin pertumbuhan penting bagi perniagaan yang berpangkalan di Singapura. Perkembangan baru-baru ini telah mendorong syarikat Asia Tenggara untuk menilai semula rantaian bekalan masing-masing dan meneroka pasaran baharu[1].

Anjakan strategik ke arah kepelbagaian koridor perdagangan menyerlahkan peningkatan kepentingan bekerjasama dengan peneraju pembayaran global seperti PayPal dalam mengakses lebih 200 pasaran. Ini termasuk menawarkan kaedah pembayaran alternatif berkaitan setempat, yang semakin popular di seluruh dunia. Menyediakan fleksibiliti ini ialah kunci untuk memacu penukaran, memandangkan 70 peratus pengguna mempertimbang ketersediaan kaedah pembayaran pilihan masing-masing yang penting untuk memilih tempat untuk membeli-belah[2].

Perniagaan boleh melakukan transaksi dengan lancar bersama pelanggan global

PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) merangkumi pelbagai ciri yang akan membantu perniagaan mencapai dan melibatkan pelanggan di seluruh dunia. Ini termasuk pilihan untuk pengguna memilih cara membayar, yang boleh membantu memacu penukaran daftar keluar – sama ada dengan kaedah yang diiktiraf secara global seperti PayPal, Apple Pay® dan Google PayTM, American Express, kad kredit atau debit Visa dan Mastercard, atau kaedah pembayaran alternatif diterima setempat seperti Alipay, iDEAL dan BLIK.

Pada peringkat global, pemprosesan kad melalui PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) boleh membantu meningkatkan kadar keizinan dengan purata 4.7 mata peratusan[3]. Di samping itu, ketersediaan PayPal Wallet dan Apple Pay berpotensi membawa kepada peningkatan kadar penukaran daftar keluar sebanyak 17 peratus[4] – seterusnya menyokong pertumbuhan dan hasil perniagaan.

Satu lagi ciri baharu ialah keupayaan untuk mempamerkan harga dalam mata wang tempatan yang biasa kepada pengguna di mana sahaja mereka berada. PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) juga membantu perniagaan mengoptimumkan aliran tunai masing-masing dengan membolehkan penyelesaian pantas untuk transaksi dalam masa beberapa minit dan bukannya berhari-hari sambil membolehkan perniagaan berkenaan menyimpan baki dalam pelbagai mata wang, mengurangkan pendedahan terhadap tukaran mata wang asing.

Mengulas mengenai cara PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) telah memperoleh manfaat daripada perniagaan permainan rentas sempadan dalam talian ialah G2G (Gamer2Gamer). G2G, peneraju global dalam baranganan dan perkhidmatan digital, dipercayai oleh lebih 10 juta pengguna di seluruh dunia dan dibina mengikut skala dalam pasaran permainan global yang berkembang pesat bernilai AS$250 bilion. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama G2G, Ken Chee, "PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) dengan yuran yang telus, penyelesaian segera dan sokongan berbilang mata wang, memperkasa G2G untuk menyampaikan pengalaman pembayaran yang lancar dan selamat. Perlindungan penipuan canggih yang tersedia meminimumkan risiko dalam transaksi rentas sempadan kami, meningkatkan keyakinan operasi. Integrasi ini mendorong pengembangan G2G, memupuk kepercayaan dan hubungan yang lebih kukuh dengan komuniti permainan global kami."

Menyimpan kaedah pembayaran dengan selamat dan memudahkan pengalaman daftar keluar

PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) membolehkan perniagaan yang layak untuk membenarkan pelanggan masing-masing menyimpan kaedah pembayaran mereka dengan selamat di dalam bilik kebal PayPal untuk pembelian akan datang. Ini memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar kepada pengguna dan membantu perniagaan mengurangkan penurunan bilangan transaksi, memacu penukaran dan memudahkan pembeli berulang.

Pelanggan perniagaan boleh menyimpan kaedah pembayaran berbilang – daripada PayPal kepada kad – dalam bilik kebal PayPal. Untuk membantu memastikan kaedah pembayaran ini ialah yang terkini, PayPal menyokong ciri seperti kemas kini akaun masa nyata, yang boleh menyegarkan semula butiran kad apabila hilang, dicuri atau tamat tempoh.

Keselamatan pada asasnya

Di samping itu, serangan penipuan yang menyasarkan pembayaran e-dagang di Singapura telah meningkat kepada lebih daripada lima kali ganda purata global[5]. Ini menegaskan keperluan perniagaan untuk mencari keseimbangan yang optimum antara mengizinkan pembayaran yang sah dan mencegah aktiviti penipuan untuk menguruskan risiko dengan berkesan.

Untuk membantu memastikan perniagaan selamat dalam persekitaran yang penipuan semakin meningkat, PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) menawarkan Perlindungan Penipuan dan Perlindungan Penjual untuk transaksi yang layak. PayPal mempunyai integrasi dengan beberapa platform e-dagang – termasuk Adobe Commerce, Big Commerce dan WooCommerce – yang memudahkan pelanggan PayPal memanfaatkan penyelesaian ini dengan pantas.

Ketahui lebih lanjut tentang PayPal Complete Payments (Pembayaran Lengkap PayPal) di sini.

Maklumat Tentang 
PayPal telah merevolusikan perdagangan di seluruh dunia selama lebih daripada 25 tahun. Mewujudkan pengalaman berinovatif yang menjadikan pemindahan wang, penjualan dan membeli-belah mudah, diperibadikan dan selamat, PayPal memperkasa pengguna dan perniagaan di kira-kira 200 pasaran untuk menyertai dan berkembang maju dalam ekonomi global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.paypal.com, https://about.pypl.comdan https://investor.pypl.com.

Hubungan media: 

Prisita Menon
primenon@paypal.com 

[1] EY, Impak tarif Amerika Syarikat baru-baru ini terhadap perniagaan ASEAN. (Apr 2025).

[2] PYMNTS. (Okt 2024).

[3] Data dalaman PayPal, daripada transaksi dalam talian antara bulan Okt 2022 – Sept 2023.

[4] Incisiv, Laporan Penukaran Platform Perdagangan Perusahaan BigCommerce. (Jul 2023).

[5] CNA. (Dis 2023).

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2683403/Picture1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/946166/5310228/PayPal_2024_Logo_1.jpg?p=medium600

Source: PayPal Holdings, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:PYPL
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Financial Technology