![]() |
TAIPEI, 21 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Lexar, jenama global yang terkemuka bagi penyelesaian storan, mempamerkan inovasinya di Computex 2025 yang diadakan mulai 20 hingga 23 Mei di Pusat Pameran Nangang Taipei. Di bawah tema "Storage Meets AI" ("Storan Bertemu AI"), Lexar ditonjolkan bersama-sama Longsys Group di reruai J1 211a, 1F, Dewan 1.
Tatkala AI menjadi lebih bersepadu ke dalam kehidupan seharian, pengguna semakin memfokuskan pada keupayaan produk storan. Penawaran daripada Lexar terkenal dengan kapasitinya yang besar, prestasi berkelajuan tinggi dan kualiti yang boleh diharapkan, lalu memenuhi keperluan penggemar PC, pemain permainan dan pencipta profesional dengan berkesan.
Terlibat Secara Mendalam dengan Pemain Permainan
Lexar mempamerkan satu siri produk yang direka khusus untuk pemain. Ingatan Atas Meja ARES RGB 2nd Gen DDR5 Lexar, yang menampilkan cip SK Hynix DRAM premium, menawarkan kelajuan tinggi sehingga 8000MT/s dan 6000MT/s dengan pemasaan CL26. Siri Lexar Ares bergabung dengan siri produk termaju AMD dan Gigabyte bagi membentuk kombinasi perkakasan PC yang berprestasi tinggi - gear 'AAA' untuk permainan AAA.
Modul-modul ingatan ARES RGB 2nd Gen DDR5 Lexar—khususnya versi 16GB (7200 MT/s) dan 24GB (8000 MT/s)—serasi dengan inisiatif 200S Boost Intel yang memaksimumkan prestasi pemproses. Modul-modul ini mematuhi standard Profil Overclock bagi memastikan kualiti dan keandalan yang tinggi.
Bagi SSD dalaman, Lexar mempamerkan dua SSD generasi akan datang: SSD Lexar Professional NM990 PCIe Gen5.0 NVMe M.2 2280 dan SSD Lexar Professional NM1090 PRO PCIe Gen5.0 NVMe M.2 2280. Kedua-duanya dapat memberikan prestasi luar biasa sehingga 14GB/s kelajuan baca dan amat sesuai untuk permainan dan persembahan profesional.
Selain itu, Lexar turut mempamerkan kad ingatan PLAY PRO microSD Express yang dilancarkan baru-baru ini yang sesuai untuk konsol permainan pegang yang terkini.
Lebih Banyak Lagi untuk Pencipta Profesional
Bagi pencipta profesional, Lexar menawarkan produk inovatif secara terus-menerus bagi memenuhi permintaan mereka. Antara produk ini ialah SSD Mudah Alih Penyulitan NFC Lexar yang baharu. SSD ini menggunakan cip kawalan Lexar yang dibangunkan sendiri dan membawakan teknologi NFC yang memerlukan fungsi buka kunci untuk pengecaman, mengoptimumkan pelesapan kuasa dan meningkatkan kestabilan transmisi sekali gus melindungi privasi pengguna secara komprehensif.
Lexar turut mempamerkan Go Portable SSD with Hub yang membolehkan pencipta kandungan merakam video yang lancar terus daripada telefon bimbit mereka. Ia berjaya memperoleh lebih $1 juta dalam ikrar pengguna di Kickstarter dan mengumpul hampir 12 juta TWD di Zeczec, platform pendanaan awam di Taiwan.
Bagi melengkapkan penawarannya untuk penggemar fotografi, Lexar mempersembahkan bingkai gambar digital pexar. Tersedia dalam saiz 15.6" dan juga 11", bingkai ini membolehkan pengguna memuat naik dan memaparkan foto dan video kegemaran mereka dari jauh. Ia membawakan skrin sentuh antisilau untuk pandangan yang dipertingkat dan persediaan yang mudah. Setiap bingkai termasuk 32GB storan Lexar terbina dalam yang berupaya memuatkan sehingga 40,000 foto, dengan pilihan untuk menambah storan melalui pemacu kilat USB atau kad SD. Selain itu, bingkai 11" mempunyai paparan resolusi 2K yang menakjubkan.
Kit media
Latar Belakang Lexar
Selama lebih daripada 29 tahun lamanya, Lexar telahpun dipercayai sebagai jenama penyelesaian ingatan global yang terkemuka. Barisan pemenang anugerah kami termasuk kad ingatan, Pemacu Kilat USB, pembaca kad, pemacu keadaan pepejal dan DRAM. Dengan begitu banyak pilihan yang ada, mudahlah untuk mencari penyelesaian Lexar yang sesuai bagi memenuhi keperluan anda. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi lexar.com dan ikuti kami di Instagram, Facebook dan LinkedIn.