omniture

Binggrae Perluas Kehadiran di Asia Tenggara Melalui Penyertaan di 'THAIFEX 2025'

Binggrae
2025-05-23 08:00 29

SEOUL, Korea Selatan, 23 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Binggrae, syarikat makanan terkemuka Korea Selatan, mengumumkan penyertaannya di 'THAIFEX – Anuga Asia 2025,' sebagai sebahagian daripada strateginya yang lebih luas untuk berkembang ke pasaran Asia Tenggara.

A bird's eye view of the booth of Binggrae 'THAIFEX 2025'
A bird's eye view of the booth of Binggrae 'THAIFEX 2025'

Binggrae terkenal dengan barisan produknya yang pelbagai, termasuk Banana Flavored Milk (Susu Berperisa Pisang) yang paling laris terjual dan bar ais Melona yang ikonik. Sejak penubuhannya pada tahun 1967, Binggrae menjadi nama yang menjadi sebutan ramai di Korea.

Binggrae akan mengendalikan reruai promosi (1-KK29) di pameran ini yang akan berlangsung mulai 27 hingga 31 Mei di Bangkok, Thailand. Pengunjung akan berpeluang untuk meneroka produk-produk utama Binggrae — seperti Melona, Banana Flavored Milk dan Samanco (ais krim berbentuk ikan) — yang sudahpun tersedia di Thailand dan pasaran-pasaran Asia Tenggara yang lain. Binggrae juga menyasarkan untuk menjalin perkongsian perniagaan global baharu semasa acara ini. Di samping itu, syarikat ini akan mempamerkan pelancaran produk baharu, serta produk ais krim yang popular daripada subsidiarinya, Haitai Ice, lantas memberi tempat kepada acara ini sebagai batu loncatan untuk pertumbuhan jualan masa depan di seluruh rantau ini.

THAIFEX – Anuga Asia ialah pameran perdagangan makanan dan minuman terbesar Asia Tenggara, dianjurkan bersama Koelnmesse — penganjur pameran global di sebalik ANUGA, pameran perdagangan makanan terbesar dunia yang diadakan di Jerman — dan kerajaan Thailand. Di samping SEOUL FOOD dan FOODEX Japan, ia dianggap sebagai salah satu daripada tiga pameran industri makanan terkemuka di Asia, menarik penyertaan daripada lebih 3,100 syarikat yang mewakili 52 negara.

Binggrae telahpun mengeksport produk ais krimnya termasuk Melona dan Samanco ke Thailand sejak tahun 2007. Item-item ini kini dijual di rangkaian pasar raya premium seperti Gourmet Market, Foodland dan Max Valu. Syarikat ini turut memasang penyejuk beku berjenama di lokasi runcit ini bagi meningkatkan kebolehlihatan dan keterlibatan dengan pengguna Thailand.

Memandang ke hadapan, Binggrae merancang untuk mempercepat pengembangannya di Asia Tenggara dengan mendapatkan pengedaran yang lebih luas di seluruh Thailand. Syarikat ini berhasrat untuk mengukuhkan pengiktirafan jenama bagi portfolio ais krimnya melalui kempen pemasaran bersasar, dengan Melona di barisan hadapan. Tambahan pula, Binggrae akan memperkenalkan produk Banana Flavored Milk eksport-eksklusif baharu yang direka untuk pengedaran sekitar, seterusnya mempelbagaikan lagi penawarannya di rantau ini.

Sementara itu, baru-baru ini Binggrae melancarkan saluran YouTube global rasmi, O My Guide (www.youtube.com/@OMG_omyguide) yang membawakan kandungan makanan Korea (K-food) yang menarik dan disesuaikan dengan khalayak antarabangsa.

Seorang jurucakap Binggrae mengulas, "Penyertaan kami di THAIFEX 2025 merupakan satu langkah penting ke arah meningkatkan kesedaran tentang produk teras kami dalam kalangan pengguna Thailand dan mempercepat kemasukan kami ke pasaran Asia Tenggara yang berpotensi tinggi."

Source: Binggrae
Related Stocks:
Korea:005180 Korea:005180.KS
Keywords: Agriculture Beverages Food/Beverages Organic Food New products/services Trade show news