SUZHOU, China, 31 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di ibu pejabat globalnya, baru-baru ini GoodWe menyambut satu delegasi peringkat tinggi dari Thailand yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tenaga En. Pirapan Salirathavibhaga. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Thailand yang lebih luas untuk mempromosikan tenaga bersih dan mempererat kerjasama industri bersama China. Semasa lawatannya, Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau berasa kagum dengan pertumbuhan yang dicapai oleh GoodWe sejak 15 tahun yang lalu dan menyatakan harapan terhadap sumbangan berterusan oleh syarikat ini kepada sektor tenaga dengan menyatakan beliau "menantikan pencapaiannya dalam tempoh 15 tahun akan datang."
Ketua Pegawai Eksekutif GoodWe Daniel Huang dan para eksekutif kanan menjadi tuan rumah untuk delegasi ini dan terlibat dalam mesyuarat yang memfokuskan pada peralihan tenaga Thailand, arah aliran tenaga bersih dan peluang kolaborasi dalam tempoh jangka panjang. En. Daniel merakamkan penghargaan yang tinggi kepada delegasi atas lawatan mereka yang disifatkannya sebagai "satu pencapaian penting untuk GoodWe dalam memupuk hubungan yang lebih erat dengan kepimpinan tenaga Thailand" dalam ucapan alu-aluannya.
Sejak menembusi pasaran Thailand pada tahun 2014, GoodWe mencapai kehadiran tempatan yang kukuh melalui perkongsian yang strategik bersama pengedar utama dan sokongan perkhidmatan khusus yang berpangkalan di Bangkok. Penyongsang solar dan penyelesaian tenaganya diguna pakai dalam aplikasi kediaman, dan komersial dan industri (C&I), mendapat kepercayaan dalam berbagai-bagai projek solar dan storan berprofil tinggi.
Semasa mesyuarat ini diadakan, delegasi Thailand menyatakan minat khusus terhadap asal usul GoodWe dalam pasaran kediaman dan inovasinya dalam sektor C&I. Mereka menyatakan bahawa meskipun pasaran Thailand memfokuskan pada aplikasi C&I, ia turut menunjukkan potensi yang semakin meningkat dalam penerimagunaan solar kediaman, lantas menjadikan penyelesaian yang komprehensif daripada GoodWe dalam bidang ini sesuatu yang berharga.
Kunjungan ini melibatkan lawatan Bilik Pameran Tenaga Pintar GoodWe yang melaluinya delegasi diperkenalkan dengan inovasi yang terkini daripada syarikat ini bagi penyelesaian fotovolta dan storan tenaga, selain pendekatan bersepadunya dalam pembinaan ekosistem tenaga kalis masa depan yang mengkoordinasikan komponen-komponen utama dalam rantaian tenaga—penjanaan kuasa, grid, beban dan storan—melalui kawalan pintar. Para pegawai Thailand mengakui penjajaran yang mantap antara inovasi ini dan strategi tenaga Thailand yang kian berkembang.
"Kami berbesar hati menyokong peralihan tenaga bersih Thailand dan tetap komited untuk memberikan penyelesaian tenaga berkecekapan tinggi, selamat dan pintar yang memperkasakan masa depan yang lestari," kata En. Huang, "Menerusi pelaburan yang berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi aplikasi skala kediaman, C&I dan utiliti, kami berhasrat untuk menyumbang demi mempercepat peralihan tenaga pintar Thailand dan selanjutnya."