omniture

Wang Lao Ji (WALOVI) Pamer di Forum Ekonomi ASEAN-GCC-China, Rancang Pengeluaran Setempat di Malaysia

Guangzhou Wang Lao Ji Great Health Industry Co., Ltd.
2025-05-31 12:49 18

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Guangzhou Pharmaceutical Holdings Limited (GPHL), sebuah syarikat Fortune Global 500, mengambil satu langkah yang penting ke hadapan dalam usaha kolaborasi globalnya. Mulai 27 Mei, Forum Ekonomi ASEAN-GCC-China 2025 diadakan di Kuala Lumpur, dengan GPHL mengambil bahagian sebagai tetamu jemputan. Semasa acara ini berlangsung, Wang Lao Ji (WALOVI), jenama yang bertapak kukuh di China yang diiktiraf atas ramuan herba dan rumusan berorientasikan kesihatan, menarik minat yang ketara. Produk Wang Lao Ji (WALOVI) daripada Guangzhou Wang Lao Ji Great Health Industry Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai "Wang Lao Ji Great Health Industry"), subsidiari GPHL, kini boleh didapati di lebih 100 negara dan wilayah, lantas menunjukkan kuasa jenama yang kukuh melalui volum jualan global No.1 sebagai minuman herba yang utama selama lima tahun berturut-turut (2020-2024).* Berdasarkan langkah Malaysia yang terkini, Guangzhou Wang Lao Ji Great Health Industry menjalin perkongsian pengeluaran bersama Baosteel Can Making (Malaysia) Sdn. Bhd. dan P.C.I. Professional Canning Industries Sdn. Bhd. Perjanjian-perjanjian ini menandakan penyetempatan keupayaan pengeluaran Wang Lao Ji (WALOVI) di Malaysia, seterusnya memperkukuh komitmennya terhadap keterlibatan pasaran dalam tempoh jangka panjang di Asia Tenggara.

Wang Lao Ji (WALOVI) Showcases at ASEAN-GCC-China Economic Forum
Wang Lao Ji (WALOVI) Showcases at ASEAN-GCC-China Economic Forum

Diadakan mulai 27–28 Mei, Forum Ekonomi ASEAN-GCC-China 2025 dan Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025 menghimpunkan pegawai-pegawai kanan dari ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan kerajaan China bagi meninjau peluang ekonomi bersama dengan tema "Mensinergikan Peluang Ekonomi Menuju Kemakmuran Bersama". Wakil-wakil daripada perusahaan global yang terkemuka, termasuk GPHL, menyumbang kepada perbincangan mengenai pembangunan mampan dan kolaborasi rentas sempadan.

Di forum ini, Wang Lao Ji (WALOVI) menggamit perhatian lantaran pembungkusannya yang tersendiri dan rasa herba yang menyegarkan, lalu menonjolkan daya tarikannya sebagai pilihan minuman daripada sumber semula jadi.

Tanggal 27 Mei, Guangzhou Wang Lao Ji Great Health Industry memformalkan perjanjian bersama Baosteel Can Making (Malaysia) Sdn. Bhd. dan P.C.I. Professional Canning Industries Sdn. Bhd. bertempat di kemudahan pengeluaran Baosteel di Selangor, Malaysia bagi memperdalam jejak pembuatan tempatannya.

Baosteel Can Making (Malaysia) Sdn. Bhd., subsidiari Shanghai Baosteel Packaging, mengendalikan barisan pengeluaran termaju di Malaysia menerusi kapasiti tahunan mencecah 800 juta tin. P.C.I. Professional Canning Industries Sdn. Bhd., penggiat utama dalam sektor pembungkusan Asia Tenggara, menawarkan kepakaran serantau yang ekstensif.

Perkongsian ini menggambarkan strategi "glokalisasi" Wang Lao Ji (WALOVI)—menggabungkan warisan jenamanya dengan kecekapan pengeluaran tempatan bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna Asia Tenggara. Dengan berintegrasi dalam ekosistem pembuatan Malaysia, jenama ini menyasarkan untuk memperkukuh kebingkasan rantaian bekalan dan meluaskan kebolehcapaian di seluruh rantau ini.

Berpandukan Model Nilai Global "Produk-Saluran-Jenama-Budaya" (PCBC), Wang Lao Ji (WALOVI) memperkukuh tapak kedudukannya di Asia, termasuk Indonesia, Thailand dan Nepal, melalui perkongsian yang mengutamakan keperluan tempatan dan perkaitan budaya.

*Sumber: Frost & Sullivan, disahkan menurut kajian ke atas pasaran minuman herba global, berdasarkan jualan tahunan global minuman herba pada tahun 2020, 2021, 2022, 2023 dan 2024;
Minuman herba merujuk kepada minuman yang diperbuat daripada herba atau ekstrak herba yang diproses atau ditapai; Tinjauan ini diselesaikan pada Mei 2025

Source: Guangzhou Wang Lao Ji Great Health Industry Co., Ltd.
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages Trade show news