HA LONG, Vietnam, 3 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Jenama pakaian sukan profesional XTEP menaja pelari terunggul Phạm Thị Hồng Lệ dalam VnExpress Marathon Ha Long 2025 pada 1 Jun yang memenangi pertandingan ini dengan catatan masa 02:59:31. Acara ini, yang menarik minat beribu-ribu pelari elit, turut menyaksikan pelari-pelari tajaan XTEP berjaya mendapatkan kedudukan podium dalam acara separuh maraton: Đào Minh Chí mendapat tempat ketiga dalam kategori lelaki (01:13:23), manakala Hán Thị Bích Thư mendapat tempat ketiga dalam kategori wanita (01:31:17). Pencapaian ini secara kolektifnya menonjolkan kelebihan prestasi yang diberikan oleh peralatan sukan daripada XTEP.
Berasal dari Wilayah Bình Định, Phạm Thị Hồng Lệ yang berusia 27 tahun memiliki kerjaya yang hebat, termasuk memenangi pingat gangsa dalam acara maraton Sukan Asia Tenggara 2019 dan pingat emas dalam acara 10,000 meter di Sukan Asia Tenggara 2021. Meskipun pernah menarik diri daripada pasukan balapan dan padang kebangsaan Vietnam ekoran kecederaan, minatnya terhadap sukan ini mendorongnya untuk beralih menjadi seorang pelari maraton. Demi menghargai semangat dan ketabahannya, XTEP melantiknya sebagai atlet utama dan seterusnya memberikan sokongan menyeluruh.
Prestasi kemenangan Lệ dikuasakan oleh XTEP 160X 6.0 PRO, dilengkapi dengan teknologi tapak tengah XTEP ACE rintis. Kasut ini menggabungkan Busa Acuan-Suntik yang pertama dalam industri, lantas memberikan lantunan dipertingkat, ketangkasan yang ringan dan ketumpatan yang disesuaikan dengan sempurna demi langkah yang dinamik. Sistem pendorong kaki depan meningkatkan kecekapan sebanyak 9.9%, lalu memberikan kelajuan mendadak dan kestabilan kepada pelari. Setakat ini, siri 160X melonjakkan 95 atlet di serata dunia bagi meraih 451 gelaran kejuaraan. Di samping itu, XTEP memperkenalkan kombinasi warna pecutan baharu untuk kasut larian unggulannya yang bukan sahaja memberikan lebih banyak pilihan kepada pelari, bahkan turut menunjukkan komitmen jenama ini untuk memberi inspirasi kepada orang ramai melalui kecemerlangan profesional.
XTEP terus memantapkan kehadirannya di Vietnam dan kini mengendalikan 39 kedai di seluruh negara. Xtep Running Club (XRC) yang berasal dari China dengan 2.2 juta ahli tersebar merentas 200 bandar dan 67 kelab larian fizikal menawarkan perkhidmatan sokongan larian profesional, tersuai dan teliti, berjaya berkembang ke Vietnam. Vietnam XRC menarik lebih 16,000 pengikut Facebook dan dalam masa yang sama mempromosikan budaya larian yang mampan. Ikuti perkembangan terkini melalui Facebook: https://www.facebook.com/xteprunclub/.
Siri 160x boleh didapati di Vietnam secara dalam kedai dan juga dalam talian. Anda boleh membeli-belah di https://xtep.vn/pages/he-thong-cua-hang atau kunjungi dua kedai ini:
XTEP Aeon Mall Ha Dong
Alamat: Unit T119-1, Aras 1, Aeon Mall Ha Dong, Hoang Van Thu Residential Area, Duong Noi Ward, Daerah Ha Dong, Hanoi
TEL: 024320790981
Xtep Royal City
Alamat: B2-R6-45, Aras B2, Vincom Mega Mall Royal City, 72A Nguyen Trai Street, Daerah Thanh Xuan, Hanoi
TEL: 0396778622
Latar Belakang XTEP
XTEP Group, salah satu jenama sukan yang terkemuka di China, diasaskan pada tahun 1987 dan ditubuhkan secara rasmi sebagai jenama XTEP pada tahun 2001. Kumpulan ini disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada 3 Jun 2008 (01368.hk). Pada tahun 2019, Kumpulan ini melancarkan strategi globalnya yang menggabungkan Saucony, Merrell, K•SWISS dan Palladium bagi menjadi sebuah kumpulan sukan bertaraf antarabangsa yang terkemuka bersama pelbagai jenama sukan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai XTEP, sila kunjungi https://www.globalxtep.com/