omniture

TXOne Networks Perkenal Keupayaan Rintis Mitigasi Kerentanan Pintar bagi Keluaran Baharu TXOne SageOne

TXOne Networks
2025-06-04 10:00 21

Platform Tadbir Urus Keselamatan Siber OT TXOne Networks memberikan panduan bermakna secara unik yang mana kerentanan CPS memerlukan perhatian tinggi untuk melindungi operasi secara sah

TAIPEI, 4 Jun 2025 /PRNewswire/ -- TXOne Networks, peneraju bagi keselamatan Sistem Siber-Fizikal (CPS), mengumumkan pada hari ini versi baharu tambahan bagi Platform Tadbir Urus Keselamatan Siber OT SageOne. Sudahpun diharapkan oleh ramai peneraju industri dalam sektor-sektor yang mempunyai keperluan keselamatan siber yang berat tuntutannya, TXOne SageOne ditingkatkan bagi memberikan keupayaan baharu bagi tujuan mitigasi kerentanan pintar.

TXOne SageOne provides a comprehensive, detailed and easy-to-understand visualization of the precise security posture of operations at any given moment
TXOne SageOne provides a comprehensive, detailed and easy-to-understand visualization of the precise security posture of operations at any given moment

Salah satu cabaran paling biasa yang dihadapi oleh pengamal keselamatan siber OT (teknologi operasi) ialah bagaimana caranya untuk menampung secara berkesan dalam situasi kekangan masa—bagi menjadikan keutamaan berasaskan risiko sesuatu yang penting. TXOne SageOne mengintegrasikan kecerdasan luaran secara unik pada ancaman baru muncul, konteks operasi setiap pengilang yang tertentu dan penskoran kerentanan standard-industri bagi memberikan panduan tersuai yang bermakna kepada pasukan keselamatan organisasi. Penyelesaian TXOne Networks melaksanakan pendekatan tiga fasa yang ketat terhadap pengurusan kerentanan berasaskan risiko:

  • Menaksir—TXOne SageOne mendapatkan data kerentanan dan konfigurasi peringkat OS yang mendalam—terimbuh oleh kecerdasan ancaman pada masa nyata—bagi membangunkan pandangan beraneka konteks yang tepat bagi setiap pendedahan risiko sebenar daripada aset CPS.
  • Mengutamakan—Kegentingan aset, corak serangan yang diperhatikan dan pertahanan sedia ada digabungkan ke dalam skor risiko Penarafan Kesedaran Situasi Kerentanan (VSAR) proprietari TXOne Networks bagi menapis beribu-ribu kepincangan yang mungkin berlaku kepada sebahagian kecil yang benar-benar menuntut perhatian.
  • Memulihkan—TXOne SageOne mentafsir konteks setiap aset (jenis peranti, status operasi dan impak perniagaan) secara automatik dan menetapkan laluan mitigasi yang optimum (penampungan penuh, penampungan maya atau pensegmenan mikro berpandukan tepat-masa) tanpa mengganggu pengeluaran.

CPS terdiri daripada aset misi kritikal dan pengkomputeran sofistikated sementara penutupan barisan pengeluaran untuk melaksanakan penampungan pada sistem berkenaan atau untuk melaksanakan langkah-langkah perlindungan lain dalam rangkaian OT umumnya bukanlah satu pilihan. Platform pengurusan keselamatan siber konvensional bergantung pada penskoran kerentanan berdasarkan konsep dan protokol yang dipinjam daripada teknologi maklumat (IT). Maklumat berkenaan cukup berguna dalam keselamatan siber OT—tetapi tidak praktikal sekiranya bergantung hanya kepadanya. Sistem konvensional selalunya menunjukkan beribu-ribu kerentanan dengan keutamaan tinggi dalam persekitaran pembuatan berskala besar. Sebuah pasukan keselamatan yang ditugaskan untuk melindungi OT selalunya tidak lebih daripada 10 orang, maka realiti praktikalnya ialah kebanyakan amaran yang dihasilkan oleh sistem konvensional hari ini tidak ditangani.

Namun begitu, TXOne SageOne, mengecilkan panduan kepada bilangan kerentanan kritikal yang boleh diurus secara sah yang menuntut tindakan segera dalam seluruh landskap ancaman OT pengilang tertentu. Berbekalkan tinjauan meluas yang holistik dan boleh diharapkan terhadap ancaman yang benar-benar mendesak terhadap persekitaran korporatnya, pasukan keselamatan diberi tempat untuk mengambil langkah-langkah konkrit yang bermakna demi melindungi orang ramai, aset dan proses OT.

"TXOne SageOne membawakan kemajuan dalam tadbir urus keselamatan OT yang telah dirangka dan dibina khas dari bawah ke atas bagi memenuhi keperluan keselamatan siber unik daripada rangkaian dan sistem OT yang unik—bukan IT," kata Dr. Terence Liu, Ketua Pegawai Eksekutif TXOne Networks. "Keluaran yang terkini ini memperkenalkan keupayaan mitigasi kerentanan pintar yang menggariskan pembezaan ini, lalu memperkasakan pasukan keselamatan dengan alatan yang disesuaikan dengan sifat khusus persekitaran OT dan menyampaikan pandangan yang boleh diambil tindakan yang membawa kepada hasil yang boleh dicapai dan memberi impak.

Kesemua produk titik yang utama dalam industri daripada TXOne Networks untuk keselamatan CPS dikawal secara berpusat melalui platform SageOne—Stellar untuk perlindungan titik akhir, Element untuk pemeriksaan keselamatan dan Edge untuk pertahanan rangkaian. Sebagai hab pusat untuk semua penawaran keselamatan TXOne Networks, SageOne membawakan Element, Stellar dan Edge dalam kolaborasi yang lancar bagi memberikan kebolehlihatan disatukan, kawalan terpusat dan pengurusan kerentanan teroptimum. TXOne SageOne memberikan visualisasi yang komprehensif, terperinci dan mudah difahami daripada postur operasi keselamatan yang tepat pada bila-bila masa sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai TXOne SageOne, sila kunjungi https://www.txone.com/products/cps-protection-platform/txone-sageone/.

Ikuti TXOne Networks di Blog, Twitter dan LinkedIn.

Latar Belakang TXOne Networks  

TXOne Networks menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang memastikan keandalan dan keselamatan sistem kawalan industri serta persekitaran teknologi operasi. TXOne Networks saling bekerjasama dengan pengeluar yang terkemuka dan juga pengendali infrastruktur kritikal bagi membangunkan pendekatan praktikal yang mesra operasi terhadap pertahanan siber. TXOne Networks menawarkan produk-produk berasaskan rangkaian dan juga berasaskan titik akhir demi menjamin rangkaian OT dan peranti misi kritikal dengan menggunakan pendekatan pertahanan-mendalam pada masa nyata.  www.txone.com

Source: TXOne Networks
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications New products/services Cloud Computing / Internet of Things