omniture

Huawei Pamer Penyelesaian Jalur Lebar, Awan dan Pintar terkini di Sidang Kemuncak Rel Global Huawei 2025

Huawei
2025-06-05 15:38 83

BANGKOK, 5 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Huawei, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian ICT dan Penaja Perdana bagi Asia Pacific Rail 2025, mempamerkan teknologi jalur lebar, awan dan kereta api pintar yang terkini di acara rel terbesar di rantau Asia-Pasifik. Menerusi tema, "Menuju Jalur Lebar, Menuju Awan, Menuju Pintar" ("Go Broadband, Go Cloud, Go Intelligent"), reruai Huawei menarik perhatian lebih daripada 600 pihak berkepentingan dalam industri rel peringkat antarabangsa dan wilayah. Sebagai sebahagian daripada acara ini, Huawei turut menganjurkan Sidang Kemuncak Rel Global Huawei 2025 yang bertemakan "Menggiatkan Kecerdasan Rel" ("Accelerating Rail Intelligence") yang menghimpunkan peneraju rel global, penggubal dasar, pelanggan dan rakan kongsi bagi meneroka masa depan pengangkutan rel pintar.

Huawei Global Rail Summit 2025
Huawei Global Rail Summit 2025

Dalam ucapan pembukaannya, Ma Yue, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Smart Transportation BU, menekankan mengenai kepentingan AI dan data terhadap masa depan rel. "Industri rel akan menerima secara sepenuhnya AI, model berskala besar dan data raya, memanfaatkan data sebagai pemacu produktiviti teras demi meningkatkan kecekapan penumpang/barangan angkut serta pengalaman perkhidmatan, berkembang daripada informatisasi pejabat kepada kecerdasan perkhidmatan penuh," katanya.

David Xu, Naib Presiden Huawei Smart Transportation BU mengetengahkan dalam ucaptamanya, "Pada masa ini, 5G, awan dan AI mengubah setiap aspek dalam masyarakat kita dengan begitu pantas. Teknologi digital menjadi pemacu utama untuk pembangunan sosioekonomi, termasuk membentuk semula sistem transit rel bagi tujuan meningkatkan keselamatan, kecekapan dan pengalaman pengguna."

Kevin Cheng, Naib Presiden Bahagian Jualan kepada Kerajaan dan Perusahaan Asia-Pasifik Huawei menyampaikan ucapan alu-aluan dengan menyatakan, "Infrastruktur pengangkutan yang teguh merupakan asas bagi mencapai kemakmuran jangka panjang di rantau kita. Kami bekerjasama erat dengan pengendali rel bagi menyediakan penyelesaian yang pintar dan bijak demi memperkukuhkan ketersambungan negara, mendorong pembangunan wilayah, mengurangkan kos kendalian dan memacu kemakmuran industri, bandar dan ekonomi."

Nelson Huang, Pengarah Perniagaan Rel di Huawei Smart Transportation BU, menyatakan bahawa ketika ini ICT merupakan kuasa penggerak utama innovasi rel. "Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pemacu utama yang mengupayakan industri transit rel mencapai transformasi jalur lebar, berasaskan awan dan dipacu AI. Dengan membina rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, menggunakan platform pengkomputeran awan dan mengaplikasikan kecerdasan buatan, ICT memperkasakan industri transit rel bagi meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan pengalaman penumpang dan mencapai pembangunan yang lebih pintar."

Elvis Zhu, Pengarah Pemasaran bagi Huawei Enterprise Wireless Domain berkongsi dalam pembentangannya, "FRMCS ialah piawaian komunikasi tanpa wayar kereta api-ke-darat global generasi akan datang. Piawaian FRMCS-T yang berasaskan sistem komunikasi mudah alih LTE dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2024. Kini, kami boleh menggunakan sistem LTE untuk memenuhi keperluan FRMCS komersial. Era komersial FRMCS telah tiba."

Pengendali rel dan pakar dari rantau ini berkongsi perkembangan mereka menuju transformasi pintar. Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden Malaysia Rail Industry Corporation (MARIC) mengulas, "Sebagai rakan kongsi teknologi dan anggota MARIC, Huawei mampu bekerjasama dengan Malaysia bagi menyediakan Sistem Komunikasi Mudah Alih Rel Masa Depan (FRMCS) yang pertama di Asia Tenggara. Kami mengharapkan lebih banyak kolaborasi bersama Huawei bagi membangunkan lebih banyak peluang untuk integrasi sistem dengan syarikat-syarikat tempatan."

Sanyawit Aphichatapong, Timbalan Ketua Jabatan Pengisyaratan & Telekomunikasi di State Railway of Thailand, berkongsi pandangan mengenai kolaborasi mereka yang berterusan bersama Huawei. "SRT berkolaborasi dengan Huawei untuk menggunakan Rangkaian Pengangkutan Optik termaju dan penyelesaian rangkaian IP untuk sistem rel masa depan. Dengan memanfaatkan teknologi termaju daripada Huawei, rangkaian ini akan memberikan lebar jalur ultra-tinggi, kependaman rendah dan keandalan yang tiada tandingan untuk komunikasi rel."

Lee Yam Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Rel dan Ketua Laluan Pusat Bandar di SBS Transit Rail Pte Ltd, menekankan peranan perkongsian dalam transformasi teknologi. "Pemanfaatan teknologi bukan mengenai automasi semata-mata—ia berkenaan hal membina kepercayaan melalui perkongsian. Dengan berkolaborasi bersama peneraju teknologi seperti Huawei, kami dapat mencapai kemungkinan baharu dalam operasi rel dipacu data—lantas menjadikan penyelenggaraan dan perjalanan sesuatu yang lebih pintar, adaptif dan sedia mendepani masa depan," katanya.

Ir. Jasbinder Singh daripada IRSE Malaysia berbicara dengan tema "Adakah Teknologi atau Spesifikasi? — Penerimaan Malaysia," dan menyatakan, "FRMCS merupakan pemecut bagi rel digital menuju masa depan."

Dr. Guo Wentao, Ketua Pegawai Teknologi Beijing Railway Institute of Mechanical & Electrical Engineering (BRI) berkongsi dalam perwakilannya, "Robot pemeriksaan pintar, yang dibangunkan oleh BRI dan Huawei secara bersama, meningkatkan kecekapan penyelenggaraan dan kualiti pemeriksaan dengan ketara. BRI tidak sabar untuk memperdalam inovasi yang kolaboratif bersama rakan kongsi industri bagi membina ekosistem digital yang terbuka dan berkongsi untuk kereta api."

Wang Jun, Pengarah Penyelesaian di China Railway Signal & Communication Co., Ltd (CRSC), berkongsi inovasi yang terkini daripada syarikat ini: "Sistem Pemeriksaan Pintar Altitud-Rendah CRSC menawarkan penyelesaian pintar, selamat dan berkesan kos bagi tujuan pemantauan infrastruktur kereta api. Dikuasakan oleh UAV, AI, data raya dan platform awan, sistem ini mengupayakan analisis imej masa nyata, pengesanan anomali yang segera dan operasi hujung-ke-hujung automatik sepenuhnya."

Huawei memperkenalkan dua penyelesaian baharu di acara ini: Smart Railway Yard & Station Solution (Penyelesaian Limbungan & Stesen Kereta Api Pintar) dan Fiber Sensing: Small Perimeter Inspection Solution (Penderiaan Gentian: Penyelesaian Pemeriksaan Perimeter Pintar). Penambahan ini dapat meningkatkan portfolio teknologi rel Huawei yang sudahpun komprehensif, mencakupi awan rel bandar, pengangkutan penumpang pintar, operasi dan penyelenggaraan serta pengesanan perimeter. Penyelesaian Perlindungan Perimeter Kereta Api Pintar yang baru diperkenalkan mengintegrasikan penderiaan berbilang dimensi, AI dan penumpuan berbilang teknologi. Ia dapat mencapai penggeraan tertinggal hampir sifar, penggeraan palsu amat rendah dan meningkatkan kecekapan pemeriksaan sebanyak 50%.

Setakat ini, penyelesaian rel Huawei telahpun digunakan merentas landasan kereta api sejauh lebih 150,000 kilometer dan lebih 300 laluan rel bandar di lebih 70 bandar di seluruh dunia, lantas memperkukuh komitmen yang berterusan daripada syarikat ini untuk memperkasakan masa depan pengangkutan rel yang selamat, pintar dan bersambung.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trade show news Artificial Intelligence