SHANGHAI, 5 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, mengumumkan satu perkongsian strategik bersama SUN Terra, syarikat tenaga boleh baharu yang terkemuka di Indonesia bagi memajukan kolaborasi berhubung teknologi dan penyelesaian storan tenaga di pasaran-pasaran utama termasuk Asia Tenggara, India dan Australia. Perkongsian ini bertujuan untuk mempercepat penggunaan penyelesaian storan tenaga termaju, meningkatkan rantaian bekalan global dan memupuk penyetempatan pembuatan dan kepakaran teknologi - kesemuanya demi menyokong peralihan tenaga bersih di seluruh wilayah ini.
Menurut perjanjian ini, Envision dan SUN Terra akan berkolaborasi dalam bidang-bidang utama termasuk perolehan dan pengedaran sistem storan tenaga, pemasangan dan pembuatan setempat, pelesenan teknologi dan penyerahan penyelesaian. Kedua-dua pihak ini bersama-sama menyasarkan untuk menjalin perkongsian strategik dan komprehensif yang meliputi rantaian nilai penuh bagi mempercepat penggunaan dan penskalaan penyelesaian storan tenaga di pasaran-pasaran sasaran.
Kane Xu, Naib Presiden Kanan dan Presiden Barisan Produk Antarabangsa di Envision Energy, berkata: "Kehadiran tempatan yang kukuh dan keupayaan pembangunan projek SUN Terra benar-benar saling melengkapi kepakaran Envision dalam bidang storan tenaga. Kami akan mempercepatkan secara bersama pertumbuhan pasaran storan tenaga di seluruh Asia Tenggara, India dan Australia, seterusnya memberikan momentum yang berterusan bagi meningkatkan ekosistem tenaga tempatan."
Karina Darmawan, Ketua Pegawai Eksekutif SUN Terra, menambah, "Sebagai bahagian yang penting dalam portfolio tenaga boleh baharu Sinar Mas, SUN Terra komited untuk memajukan pembangunan tenaga bersih di Indonesia, Australia dan India. Kolaborasi strategik bersama Envision ini bukan sahaja akan membawakan sistem storan tenaga termaju ke Indonesia, bahkan turut memperkasakan penyetempatan pengeluaran dan kemajuan teknologi di pasaran Australia dan India."
SUN Terra, subsidiari Sinar Mas - salah satu konglomerat yang paling berpengaruh di Indonesia dan mengkhusus dalam pembangunan tenaga boleh baharu hujung-ke-hujung. Syarikat ini berjaya menyerahkan projek-projek solar yang berskala besar ke seluruh Indonesia, Australia dan India serta menawarkan penyelesaian bersepadu untuk sistem storan tenaga dan pengurusan kitaran hayat bateri, seterusnya memajukan peralihan tenaga secara aktif di pasaran-pasaran tempatan.