omniture

Perkongsian Strategik Haier dengan Roland-Garros Masuk Tahun Ketiga, Dorong Nilai Kecemerlangan Bersama

Haier Group
2025-06-07 23:18 17

PARIS, 7 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tatkala Roland-Garros 2025 (Terbuka Perancis) memasuki bahagian terakhirnya, gelanggang tanah liat Paris yang ikonik sekali lagi menjadi rancak dengan kehebatan dan keanggunan yang mentakrifkan Grand Slam. Sebagai nadi kejohanan yang berprestij ini, Haier meraikan tahun ketiga perkongsian strategiknya bersama Roland-Garros yang mula dilancarkan pada tahun 2023.

Haier’s Strategic Partnership with Roland-Garros Enters Third Year, Driving Shared Values of Excellence
Haier’s Strategic Partnership with Roland-Garros Enters Third Year, Driving Shared Values of Excellence

Kolaborasi yang lama bertahan ini menggambarkan komitmen bersama bagi mencapai kecemerlangan, inovasi dan daya tahan, nilai-nilai yang seiring baik semasa di gelanggang mahupun melalui visi global Haier dalam menggapai kehidupan premium.

Mencipta Kekuatan dan Keanggunan: Suatu Perjalanan Kecemerlangan Dikongsi Bersama

Walaupun setiap kejohanan Grand Slam menguji keazaman dan kemahiran pemain, Roland-Garros menonjol atas tuntutannya terhadap ketelitian, kebingkasan dan ketahanan di atas gelanggang tanah liat. Begitu juga dengan perjalanan Haier dalam membina jenama bertaraf global yang bermula pada tahun 1990 dan komitmen yang tidak berbelah bahagi selama 25 tahun diperlukan untuk mencapai keseimbangan sendiri dari segi kewangan di pasaran luar negara, seterusnya menggambarkan ketahanan dan visi jangka panjang yang mentakrifkan bidang sukan dan juga perniagaan.

Selain daripada ketahanan, Roland-Garros menjadi mercusuar prestij bertaraf global dan piawaian yang lebih tinggi, manakala Haier pula memupuk reputasi sebagai jenama mewah yang terkemuka di Eropah. Kedua-duanya beriringan dalam merangkum sinergi yang hebat antara ketabahan dan kecanggihan di persada global.

Apabila Warisan Bertemu Inovasi: Kehadiran Premium Haier di Perancis

Tatkala momentum global yang terarah kepada inovasi pintar dan mampan kian memecut, Sidang Kemuncak Tindakan AI 2025 di Paris menggambarkan cita-cita antarabangsa yang dikongsi bersama terhadap teknologi inklusif, cekap tenaga dan berpusatkan insan. Dalam konteks ini, Haier terus memimpin perjalanan.

Di Perancis, mesin basuh Langjing X11 Haier menunjukkan komitmennya, memberikan penjimatan tenaga sebanyak 60% berbanding piawaian kelas-A yang ketat di Eropah—satu kelebihan kritikal di tengah-tengah kebimbangan tenaga yang semakin meningkat. Dengan harga premium (ditunjukkan melalui indeks harga 275 di Poland dan 375 di UK), Langjing X11 memperkukuh kedudukan Haier yang inovatif dan bertaraf tinggi. Pada tahun 2024, Haier mencapai 47% kesedaran jenama di Perancis, menonjolkan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna yang arif.

Pengembangan Strategik Haier di Eropah: Asal-usul Bertapak Kukuh dan Kecemerlangan Setempat

Kejayaan Haier di Perancis merupakan hasil daripada komitmen jangka panjang terhadap penyetempatan yang mendalam dan pengembangan strategik di seluruh Eropah. Sejak menembusi Jerman pada tahun 1990-an, Haier membina tapak kehadiran yang kukuh dan mantap di seluruh benua, didorong oleh tumpuan yang tekal terhadap inovasi dan keperluan pengguna.

Aspek teras pertumbuhan Eropah Haier ialah strategi 3-dalam-1 (R&D setempat, pembuatan dan pemasaran) yang membolehkan jenama ini bertindak balas dengan cepat dan berkesan kepada permintaan tempatan. Sebagai contoh, dalam pasaran Eropah yang melaluinya penembusan penyaman udara kekal di bawah 5%, Haier memperkenalkan penyelesaian udara pintar dengan pemasangan dipermudah bagi memenuhi keperluan tempatan secara jitu dan cekap. Semangat yang gigih dan dedikasi terhadap inovasi yang berteraskan pemahaman yang mendalam tentang pasaran tempatan, mendorong peningkatan Haier yang berterusan merentas beberapa negara Eropah.

Haier terus menjadi peneraju di Eropah. Kisah kejayaan ini menggambarkan dedikasi berterusan Haier terhadap inovasi dan penyetempatan yang berpaksikan strategi 3-dalam-1 yang terus mendorong kehadiran dan pengiktirafan pasarannya yang kukuh, dengan kesedaran jenama mencapai kira-kira 30% di seluruh Eropah pada tahun 2024.

Komitmen ESG Haier: Memperkasakan Masa Depan Lebih Hijau, Lebih Inklusif

Perkongsian antara Haier dan Roland-Garros melangkaui gelanggang dan menunjukkan komitmen bersama dalam menggalakkan gaya hidup yang sihat, memajukan tanggungjawab sosial dan mencipta nilai yang mampan demi masyarakat di seluruh dunia.

Di Roland-Garros, Haier menjayakan nilai-nilai ESGnya melalui pengalaman kedai sementara imersif yang memaparkan kemajuan terkininya dalam teknologi mampan. Menunjukkan komitmen yang teguh bagi memupuk generasi akan datang, Haier bekerjasama dengan Open Stade Français bagi melancarkan "Haier Fans Cup" yang menawarkan peluang unik kepada pemenang muda untuk menghadiri kejohanan ini dan bertemu bekas juara Nombor satu WTA, Ana Ivanovic.

Menggambarkan selanjutnya pendekatannya bertumpukan orang ramai dan didorong inovasi, Haier France dianugerahkan pensijilan Emas bagi Great Onboarding daripada Workelo yang menunjukkan dedikasinya dalam membina tempat kerja yang sedia mendepani masa depan.

Bermula daripada rumah hinggalah masyarakat, daripada teknologi mampan kepada tadbir urus yang bertumpukan manusia, Haier menetapkan standard baharu untuk jenama-jenama global.

Source: Haier Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements Cision Influencer List - ESG