KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Julai 2025 /PRNewswire/ -- FSMOne Malaysia menjangkakan pasaran kewangan global kekal tidak menentu pada tahun 2025 namun melihat peluang yang selektif dalam Teknologi Global, Jepun, Singapura dan dengan penuh berhati-hati, Malaysia. China muncul sebagai kuda hitam yang berpotensi, dengan isyarat dasar yang bertambah baik dan penilaian menarik yang menawarkan peningkatan yang bercanggah. Gambaran ini dikongsikan di Recommended Unit Trusts Awards 2025/2026 FSMOne yang diadakan di Pavilion Hotel Kuala Lumpur.
Anugerah ini mengiktiraf 43 Unit Amanah Disyorkan daripada 16 syarikat dana amanah, termasuk AHAM Asset Management Berhad, Manulife Investment Management (M) Berhad, Principal Asset Management Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, Kenanga Investors Berhad, Eastspring Investments Berhad dan AmFunds Management Berhad. Senarai lengkap boleh didapati di www.fsmone.com.my
Pengurus Besar FSMOne Koh Soo Cheng mengetengahkan tentang trend yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggabungkan ETF dan unit amanah bagi membina portfolio yang lebih efektif. "ETF menawarkan akses yang cekap kepada pasaran global dan dalam masa yang sama mengurus dana dengan pulangan pelaburan yang lebih tinggi secara aktif dalam bidang-bidang yang lebih kompleks. Unit Amanah Disyorkan kami menyediakan asas yang kukuh bagi tujuan pempelbagaian," katanya.
Biarpun AS tetap menjadi tumpuan utama, Koh menambah bahawa wilayah-wilayah seperti China membawakan peluang baharu tatkala penilaian ditetapkan semula dan dinamik dasar beralih.
Penolong Pengarah iFAST Sherman Tam berkata para pelabur harus mengemudi landskap makro yang benar-benar terpolarisasi pada tahun 2025. "AS berdepan dengan defisit fiskal dan kos bayaran khidmat hutang yang semakin meningkat, yang menekan tahap kecairan pasaran bon dan membebankan sentimen risiko global."
Beliau menyatakan bahawa meskipun indeks keseluruhan dilihat agak stabil, isyarat pasaran dalaman lemah. "Kelebarannya sempit, manakala serakan penilaian semakin meningkat. Kepilihan dan peletakan struktur menjadi lebih penting berbanding sebelum ini."
Pasaran Malaysia menamatkan tahun 2024 dengan mantap namun menyaksikan pembetulan yang mendadak pada awal tahun 2025 lantaran perolehan yang menurun, permintaan luar yang lemah dan sentimen penolakan risiko global. "Kini, penilaian telahpun diselaraskan, namun pemulihan akan berjalan secara beransur-ansur. Para pelabur harus memfokuskan pada syarikat-syarikat yang mencapai perolehan yang bingkas, mendapat pendedahan global serta kunci kira-kira yang kukuh," kata Tam.
Penunjuk penstabil dan reformasi pasaran China menunjukkan peluang yang bercanggah. FSMOne tetap konstruktif dalam hal tema-tema pertumbuhan struktur seperti AI dan semikonduktor, disokong oleh kebolehlihatan permintaan yang kukuh.
Di peringkat serantau, FSMOne mengekalkan kedudukan yang amat kukuh di Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Pendapatan tetap pula menjadi beransur-ansur penting, menawarkan pendapatan sebenar serta pempelbagaian.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Chin Ru Shi
Tel: +6019 266 2666
Emel: rushi@ifastfinancial.com
Kunjungi www.fsmone.com.my untuk butiran lanjut.