omniture

Midea Mendaki ke Kedudukan No.184 di Forbes Sekali Lagi dengan Perniagaan RAC Berkembang Maju Di Pasaran ASEAN

Midea
2025-07-08 17:31 10

FOSHAN, China, 8 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Midea mencapai kedudukan No.184 dalam senarai Forbes Global 2000 2025. Midea telahpun memperluas jejak perniagaan globalnya, terutamanya prestasi perniagaan AC yang mantap di ASEAN memainkan peranan penting dalam meningkatkan kedudukan globalnya.

Midea ranks No.184 on Forbes 2025
Midea ranks No.184 on Forbes 2025

Senarai Forbes diiktiraf sebagai salah satu sistem penilaian yang paling berpengaruh di dunia untuk syarikat-syarikat. Sebagai jenama peralatan rumah pintar No.1 di dunia, Midea memfokuskan pada visinya iaitu "Bring Great Innovations To Life" ("Menjadikan Inovasi Hebat Suatu Kenyataan"). Midea menyokong daya saingnya yang berterusan melalui sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) global yang terdiri daripada 33 pusat penyelidikan serta 2 hab inovasi.

Diperkasakan oleh teknologi, Midea kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 4 bilion orang di lebih 200 negara dan wilayah. Dengan sistem operasi bersepadu bermula daripada R&D hinggalah pengeluaran, jualan dan selepas jualan, Midea terus-menerus meningkatkan kecekapan penghantaran dan ketekalan produk, seterusnya memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju bagi peralatan rumah global. Sebagai salah satu tonggak perniagaan teras Midea Group, segmen penyaman udara kediaman memanfaatkan sepenuhnya keupayaan R&D syarikat yang mantap. Disokong oleh GMCC Midea, pengilang pemampat penyaman udara No.1 di dunia dengan bahagian pasaran 45%, Midea menguasai teknologi teras bagi penyaman udara dan meningkatkan kecekapan serta kualiti bermula daripada bahagian bekalan hinggalah bahagian produk, seterusnya memberikan pengalaman yang lebih selesa.

Di pasaran ASEAN, Midea maju dalam tiga bidang: pembuatan, R&D dan penjenamaan. Ia menubuhkan dua kilang tempatan di Thailand dan Indonesia, memanfaatkan model pembuatan yang mampan dan pintar bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran serantau. Disokong oleh pusat R&D ASEANnya, Midea memfokuskan untuk memenuhi keperluan pengguna tempatan yang tertentu, menyampaikan reka bentuk tersuai yang telahpun memperoleh anugerah-anugerah berprestij seperti Red Dot Design Award. Midea turut menekankan operasi setempat dan kini merupakan penaja rasmi bagi kejohanan AFC, menjadi semakin dekat dengan pengguna dan berintegrasi secara lebih mendalam dalam kehidupan seharian di seluruh rantau ini.

Berhubung dengan pengguna melalui produk dan juga perkhidmatan, penyaman udara Midea menonjol atas kecekapan tenaga, ketahanan dan keberkesanan kos. Dilengkapi dengan teknologi penyongsang dan sistem AI ECOMASTER, ia memberikan kawalan suhu jitu ±0.3°C dan pengoptimuman operasi masa nyata, lalu mencapai penjimatan tenaga sebanyak 30% seperti yang diperakui oleh SGS. Teknologi Prime Guard meningkatkan ketahanan dalam persekitaran yang lembap dan memastikan prestasi yang andal di tengah-tengah keadaan elektrik dan persekitaran yang mencabar. Digabungkan dengan penyejukan pantas COOLFLASH, pengurusan udara yang sihat dan kawalan pintar, Midea memberikan penyelesaian penyejukan yang lebih baik buat setiap pengguna di ASEAN.

Dengan pengiktirafan global yang mantap dan kehadiran serantau yang lebih kukuh, Midea terus memacu pertumbuhan yang berterusan melalui inovasi, penyetempatan dan reka bentuk berpusatkan pengguna, Midea turut menetapkan penanda aras baharu demi keselesaan rumah pintar di seluruh dunia.

Laman Web Rasmi Midea

Source: Midea
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Survey, Polls & Research