KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Landskap IT Malaysia sedang mengalami pertumbuhan yang pesat, dengan pasaran transformasi digital diunjurkan mencecah USD 10.68 bilion menjelang tahun 2025 dan berkembang kepada USD 25.4 bilion menjelang tahun 2030. Pertumbuhan pesat ini menggambarkan komitmen Malaysia yang mantap untuk menjadi ekonomi yang mengutamakan digital, dikuasakan oleh inovasi, pemodenan serta daya saing global.
Bagi menyokong visi ini, kerajaan Malaysia melancarkan inisiatif-inisiatif utama seperti Rangka Tindakan Ekonomi MyDIGITAL yang menyalurkan pelaburan ke dalam infrastruktur, bakat dan dasar digital. Negara ini turut bermatlamat untuk mencapai kedudukan sebagai hab AI serantau. Namun begitu, meskipun mencapai kemajuan ini, banyak perniagaan Malaysia masih teragak-agak untuk menerima transformasi digital. Kebimbangan berkaitan kos, kerumitan dan pengurusan perubahan menyebabkan banyak perniagaan bergantung pada aliran kerja manual dan sistem terputus, lalu memperlahankan kadar penerimagunaan sebenar.
Kejayaan digital memerlukan lebih daripada sekadar teknologi canggih. Ia bergantung pada kesediaan sosial, kepercayaan orang ramai, literasi digital dan sokongan organisasi. Memahami hal ini, HashMicro, penyedia perisian perusahaan yang berpangkalan di Singapura, membina reputasinya di seluruh Asia Tenggara dengan menawarkan penyelesaian yang sejajar bukan sahaja dengan keperluan operasi tetapi juga dengan set minda perniagaan tempatan.
"Di Asia Tenggara, kami sering kali menganggap bahawa apa sahaja yang berkesan pada masa lalu akan sentiasa menunjukkan kesannya," kata Lusiana Lu daripada HashMicro. "Namun demikian, dunia telah berubah. Di HashMicro, kami bukan sahaja memfokuskan untuk membina ciri-ciri, tetapi untuk mewujudkan keadaan yang menjadikan ciri-ciri tersebut benar-benar berkesan."
HashMicro membantu perniagaan beralih dengan lancar melalui sistem ERP bersepadu dan intuitif yang mempermudah operasi kompleks. Dengan templat yang sedia digunakan, aliran automasi dan antara muka mesra pengguna, ia membolehkan syarikat-syarikat mencapai pemodenan tanpa perlu melaksanakan pembangunan semula dari awal. Platform ini menyatukan proses yang berpecah-pecah menjadi satu sumber kebenaran, lalu membawa kejelasan, kelajuan dan kekonsistenan kepada operasi harian.
Selain daripada alatan, HashMicro melabur dalam kakitangannya. Pasukan dalaman menerima latihan berterusan untuk menguasai setiap ciri serta kemas kini dan kepakaran ini disampaikan kepada pelanggan untuk membantu mereka memanfaatkan sepenuhnya sistem dalam persekitaran mereka yang unik. "Kami bukan sekadar membina alatan, kami turut membangunkan individu di sebaliknya," jelas Lusiana.
Pematuhan merupakan satu lagi kekuatan utama. HashMicro menyetempatkan sistemnya agar sepadan dengan peraturan serantau dan menyediakan kemas kini yang berterusan bagi memastikan perniagaan kekal sejajar dengan dasar tempatan. Tatkala transformasi digital menjadi semakin pantas di Malaysia, HashMicro menawarkan bukan sahaja perisian, bahkan keyakinan. "Sejurus perniagaan Malaysia dapat melihat sejauh mana peralihan itu mudah diurus," kata Lusiana, "mereka bukan sahaja mencapai penyesuaian, mereka turut berkembang."