omniture

CGTN: Sejarah Terangi Masa Depan

CGTN
2025-08-29 09:55 11

BEIJING, 29 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan ulang tahun ke-80 kemenangan dalam Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia (Perang Dunia II), siri dokumentari The Unsung Ally akan ditayangkan buat julung kalinya di CGTN dan pelbagai platform media sosial pada 9 September. Setiap episod memberi pencerahan baharu berhubung keertian sejarah dan legasi penentangan rakyat China yang bermati-matian terhadap pencerobohan Jepun.

Apabila Perang Dunia II berakhir sejak lapan dekad yang lalu, ia diraikan sebagai kemenangan kebaikan yang mengatasi kejahatan. Namun begitu, naratif Barat yang dominan tekal meremehkan sumbangan penting yang dibuat oleh sekutu yang pengorbanan besarnya membantu menjamin kemenangan bersejarah itu: China. The Unsung Ally akhirnya membetulkan segala salah faham.

Hos CGTN yang memenangi Anugerah Emmy Mike Walter berkunjung ke Muzium Bukti Jenayah Perang Harbin oleh Unit Tentera Jepun 731 dan Dewan Memorial Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing oleh Penceroboh Jepun, lantas mendedahkan segala kekejaman yang dilakukan oleh askar Jepun.

Bermula pada tahun 1931, China giat menentang kemaraan Jepun dalam perang selama 14 tahun. Menurut statistik yang tidak lengkap, angka korban dalam kalangan tentera dan orang awam Cina dianggarkan melebihi 35 juta yang mengejutkan — menyumbang kepada kira-kira satu pertiga daripada angka korban keseluruhan bagi konflik global. Hans van de Ven, seorang sejarawan daripada Cambridge University, menolak dakwaan Amerika-Eropah bahawa China "tidak melakukan apa-apa untuk mengalahkan Jepun." Sebaliknya, beliau berhujah bahawa banyak yang telah dilakukan oleh China — ia "memerangkap Jepun."

Dalam menghadapi trauma perang dan beban ingatan, bagaimanakah caranya untuk kita melindungi warisan? Bagi mencari jawapannya, Mike menjejaki perjalanan menyelamatkan budaya. Pada tahun 1930-an, ketika angkatan bersenjata Jepun mara, khazanah daripada Muzium Istana dipindahkan dari Beijing ke kawasan barat daya terpencil China dalam suatu pengembaraan yang menjangkau beberapa tahun lamanya yang huru-hara.

Lapan puluh tahun berlalu, namun dunia sekali lagi berada di persimpangan. Secara kolektif, kita menghadapi banyak cabaran yang rumit dan saling berkaitan. Memecahkan halangan teknologi dan merungkai ketaksamaan digital, syarikat-syarikat teknologi China komited untuk memperkasakan insan biasa. Mereka membentuk sebuah komuniti yang mempunyai masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia dalam bidang-bidang seperti AI sumber terbuka, robotik berkos rendah dan pertanian jitu.

Pengajaran daripada peristiwa sejarah masih tetap relevan pada hari ini sama seperti tahun-tahun yang lalu. Sambil memegang obor sejarah untuk menerangi jalan ke hadapan, China berhasrat benar untuk berganding bahu dengan semua kuasa yang menghargai keamanan dan mengejar kemajuan — seterusnya berusaha menuju masa depan yang dikongsi bersama buat semua.

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Film & Motion Picture Publishing/Information Service Television Advocacy Group Opinion New products/services Public Interest