SAO PAULO, 12 September 2025 /PRNewswire/ -- Kementerian Pendidikan Brazil, UNESCO dan Huawei melancarkan projek perintis "Open Schools didayakan-Teknologi buat Semua" di Bahia dan Pará.
Dengan memberi penekanan ke atas pendidikan digital hijau dan mencapai kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, projek ini akan menyediakan sekolah-sekolah dengan:
Disokong oleh jabatan pendidikan negeri Bahia dan Pará serta dilaksanakan di bawah inisiatif rangkuman digital TECH4ALL daripada Huawei, projek ini akan turut menubuhkan dua pusat latihan guru yang meliputi wilayah Utara dan Timur Laut Brazil. Diketuai oleh Laboratory of Creativity and Innovation for Basic Education (LabCrie), kedua-dua pusat ini dijadualkan siap pada penghujung tahun 2025.
"Inisiatif ini menunjukkan sejauh mana ketersambungan, alatan digital dan latihan guru dapat meningkatkan ruang pembelajaran. Ia bukan sahaja tentang menggunakan teknologi, tetapi mengenai menggabungkannya dengan cara yang kritis, kreatif dan mampan, seterusnya mempersiapkan sekolah, pendidik dan juga pelajar kita untuk menghadapi cabaran pada hari ini dan esok," kata Iuri Rubim, Ketua Pengarah Anísio Teixeira Institute di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Bahia.
Sejajar dengan SDG4 PBB dan kini memasuki fasa keduanya, projek Open Schools bermatlamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bingkas yang menyokong dasar pendidikan negara, menyokong transformasi digital dalam sektor pendidikan serta meluaskan capaian yang saksama kepada pendidikan digital.
"Kami percaya inisiatif ini menjadi kunci untuk memajukan pendigitalan dalam bidang pendidikan di Brazil. Ia bertindak sebagai pemangkin bagi mempersiapkan masyarakat untuk mendepani transformasi digital, seterusnya memastikan masa depan dibina dengan inovasi dan kesaksamaan yang lebih besar buat semua," kata Rafael Herdy, pendidik dan Penyelaras Teknologi di Jabatan Pendidikan Negeri Pará.
Latihan guru akan memfokuskan untuk melatih guru-guru sekolah menengah dan sekolah tinggi dalam pendidikan digital hijau serta AI. Disampaikan melalui platform pembelajaran maya Kementerian Pendidikan AVAMEC, program latihan ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada 1,000 guru dan pelajar daripada sekolah-sekolah awam di Jequié serta Breves.
"UNESCO mengakui bahawa tiada satu skrin pun yang akan dapat menggantikan guru, namun kami percaya akan potensi besar teknologi dalam bidang pendidikan untuk membina masa depan yang lebih inklusif serta mampan," kata Maria Rehder, Pegawai Projek UNESCO di Brazil. "Inisiatif ini menunjukkan satu langkah ke hadapan dalam mengintegrasikan teknologi dan pendidikan. Kami akan membangunkan metodologi dalam pendidikan digital hijau serta AI berdasarkan dialog bersama pendidik sendiri."
Projek ini juga bertujuan untuk mengukuhkan dasar awam Brazil untuk pendidikan digital, termasuk membangunkan panduan kebangsaan mengenai pendidikan digital hijau yang merangkum platform nasional dipertingkat yang menghubungkan sekolah, membina infrastruktur teknologi yang mampan dan melatih guru-guru dalam bidang AI.
"Open Schools menggambarkan komitmen Huawei untuk mendemokrasikan capaian kepada teknologi dan membina masa depan digital yang lebih inklusif," kata Elise Machado, Penyelaras Hal Ehwal Kerajaan di Huawei Brazil. "Kami percaya bahawa rangkuman digital bermula dengan pendidikan. Projek-projek seperti ini menjajarkan inovasi, kemampanan dan pembangunan insan yang memberi impak secara langsung kepada komuniti di wilayah-wilayah yang dahulunya kurang mendapat perkhidmatan."
Di samping Brazil, projek-projek Open Schools fasa kedua ketika ini sedang berjalan di Mesir dan Thailand. Fasa I berlangsung mulai tahun 2020 hingga 2024 di Mesir, Etiopia dan Ghana.