SHANGHAI, 21 September 2025 /PRNewswire/ -- Semasa sesi meja bulat WAN "WAN Dikuasakan-AI, Masa Depan Digital-Pintar" yang diadakan di HUAWEI CONNECT 2025, Huawei memperkenalkan Xinghe Intelligent WAN Solution yang dinaik taraf. Penyelesaian ini memperkasakan pelanggan untuk mempercepat pengewangan rangkaian dan kecerdasan industri melalui asas rangkaian IP dengan pengalaman berketentuan.
John Cai, Presiden Domain Penghala, Huawei Data Communication Product Line menggariskan empat cabaran kritikal yang dihadapi oleh WAN pada hari ini. (1) Dorongan terhadap pendigitalan global menjadikannya sangat mustahak untuk menghapuskan silo data dan mencapai penumpuan rangkaian. (2) Perkhidmatan baru muncul menimbulkan keperluan yang lebih tinggi ke atas lebar jalur dan kependaman terbeza. (3) Dengan AI inklusif, kadar kehilangan paket yang hanya 0.1% boleh mengurangkan kecekapan pengkomputeran pada rangkaian tradisional sebanyak 50% yang memerlukan kecekapan penghantaran yang lebih tinggi. (4) Kemajuan dalam teknologi pengkomputeran kuantum mengancam keselamatan rangkaian tradisional.
Bagi menangani cabaran ini, Xinghe Intelligent WAN Solution Huawei membina rangkaian berketentuan yang menyediakan empat keupayaan teras:
Penumpuan semua-perkhidmatan: Penghirisan dan SRv6 memastikan pengasingan perkhidmatan dan mengurangkan tempoh pembekalan kepada beberapa minit.
Rangkaian berketentuan: Pengenalpastian aplikasi dikuasakan AI mencapai ketepatan lebih 95% dalam mengenal pasti aliran tersulit, mengupayakan pengesanan automatik sidang video terhenti dan pecutan perkhidmatan yang kritikal.
WAN kecekapan-pengkomputeran-tinggi: Enjin kesedaran aliran mengenal pasti 99% aliran yang sangat besar dan penjadualan pintar meningkatkan daya pemprosesan kepada 90%. Algoritma tak hilang Starnet mencapai penghantaran kehilangan paket sifar jarak jauh dengan kehilangan kecekapan pengkomputeran di bawah 5%. Tambahan pula, enjin vektor Starnet dapat melindungi maklumat yang sensitif.
Keselamatan intrinsik: Penyulitan kalis kuantum dan Xsec mencapai pasang atur dipermudah, mengupayakan rangkaian terjamin dan tersulit untuk penghantaran data sulit.
Semasa sesi meja bulat, beberapa pelanggan dan rakan kongsi berkongsi pencapaian kolaborasi mereka. Mohammad Mustaghfirin, Ketua Pegawai Teknologi Surge Indonesia, menjelaskan bagaimana Surge menjadi penanda aras yang pertama di dunia untuk operasi jalur lebar yang dibina sendiri dalam pengangkutan menggunakan perangkaian IPv6 Enhanced, lalu memberikan sambungan yang berkualiti tinggi kepada pengguna. Kenneth Bagarukayo, Pesuruhjaya Rangkaian Data di Kementerian ICT & NG Uganda, menyatakan bahawa SRv6 mengurangkan tempoh pasang atur bagi setiap MDA daripada 2 jam kepada hanya 1 minit dan penghirisan mengupayakan rangkaian serba guna. Zhang Xianguo pula, iaitu Pengurus Besar Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Rangkaian di DYXnet, mendedahkan bahawa DYXnet dan Huawei membangunkan bersama-sama seni bina ultra-sambungan natif-AI, mengupayakan penskalaan anjal dan pemindahan fail jarak jauh berasaskan RDMA—lebih 20 kali ganda lebih pantas berbanding TCP.
Memandang ke hadapan, Huawei akan memajukan integrasi rangkaian AI, seterusnya memacu lebih banyak industri ke arah transformasi pintar menerusi Xinghe Intelligent WAN Solution. Syarikat ini berhasrat untuk membina asas rangkaian berketentuan yang pintar, cekap dan andal untuk pelanggan global.