BEIJING, 22 September 2025 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada CRI Online:
Tanggal 18 September, Ekspo China-ASEAN kali ke-22 menganjurkan sebuah majlis di Nanning, Guangxi, yang melaluinya, secara keseluruhannya, 155 projek telahpun dimuktamadkan, termasuk 94 perjanjian industri, 44 inisiatif untuk mengaplikasikan AI dalam pelbagai sektor serta 17 perjanjian ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

Signing ceremony (Photo courtesy of Guangxi Zhuang Autonomous Region Park Development and Investment Promotion Service Center)
Majlis menandatangani perjanjian pada tahun ini memfokuskan pada tema "AI Menjadi Tumpuan Utama, Syarikat sebagai Penggiat Penting." Ia menekankan hal untuk mewujudkan sebuah hab antarabangsa bagi menjalin kerjasama kecerdasan buatan bersama ASEAN, memperkukuh rantaian industri dan bekalan rentas wilayah dan rentas sempadan serta memeterai beberapa perjanjian penting.
Pihak penganjur berkata 44 inisiatif berkaitan AI ini mencakupi lapisan asas, teknologi dan aplikasi kecerdasan buatan dalam bidang-bidang termasuk pembuatan, perkhidmatan, pertanian, serta industri kebudayaan dan pelancongan. Inisiatif-inisiatif ini dijangka akan mempererat kerjasama China-ASEAN melalui AI.
Perjanjian ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang ditandatangani pada tahun ini melibatkan enam negara ASEAN: Vietnam, Malaysia, Myanmar, Laos, Kemboja dan juga Indonesia. Satu contoh ialah projek Pusat Kerjasama Inovasi AI China-Laos yang akan meliputi bidang pembinaan dan juga operasi. Projek-projek pelaburan asing pula merangkum pengeluaran pintar bersepadu antara keluaran pertanian khusus, bahan api bio dan pemprosesan kertas.
Paling utama, setiap satu daripada 45 projek ini bernilai lebih daripada 1 bilion yuan yang mencakupi tenaga boleh baharu, peralatan canggih, pemprosesan logam, mineral kritikal, bioperubatan, ruang komersial, penerbangan altitud rendah dan juga tekstil. Antaranya ialah dua projek yang bernilai lebih 10 bilion yuan dan tiga projek yang bernilai antara 5 bilion yuan hingga 10 bilion yuan.