omniture

Kemas Kini Utama yang Pertama bagi Laporan Keselamatan AI Antarabangsa dikeluarkan

Office of the Chair of the International AI Safety Report
2025-10-17 08:30 24

MONTREAL, 17 Oktober 2025 /PRNewswire / -- Kemas kini Utama yang pertama bagi Laporan Keselamatan AI Antarabangsa telah diterbitkan, memberikan kemas kini yang tepat pada masanya mengenai keupayaan dan risiko AI lanjutan.

Dipengerusikan oleh saintis komputer pemenang Anugerah Turing Yoshua Bengio, Laporan itu melibatkan lebih daripada 100 pakar antarabangsa dan disokong oleh lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa termasuk Kesatuan Eropah (EU), OECD dan PBB.

Menyedari bahawa bidang ini berkembang terlalu pantas untuk laporan tahunan tunggal, Kemas Kini Utama telah diperkenalkan bertujuan menyediakan laporan yang lebih pendek dan tertumpu kepada perkembangan kritikal. Ini akan memastikan pembuat dasar mempunyai paduan bahan bertulis yang dikemas kini untuk memberitahu tentang pembuatan dasar berasaskan bukti.

Kemas Kini Utama yang pertama meliputi kemajuan keupayaan dan implikasi risiko:

  • Model AI terus menambah baik kebolehan menyelesaikan masalah yang kompleks: sebagai contoh, sistem terkemuka kini boleh menyelesaikan lebih 60% tugasan dalam set masalah kejuruteraan perisian dunia sebenar. Pada awal tahun 2025 Model AI berkenaan hanya dapat menyelesaikan kira-kira 40% daripada masalah ini dan pada awal tahun 2024 model tersebut tidak dapat menyelesaikan apa-apa pun. (Malah, sejak teks Kemas kini dilaksanakan, prestasi telah menjadi bertambah baik kepada lebih 70%.)
  • Pelaku industri telah menerima guna perlindungan pengawasan baharu: Pelbagai pembangun AI utama telah secara proaktif melancarkan model terkini masing-masing dengan langkah keselamatan tambahan selepas tidak dapat menolak secara muktamad ada kemungkinan bahawa model ini dapat membantu dalam pembangunan risiko kimia, biologi, radiologi dan nuklear.
  • Model AI semakin menunjukkan tingkah laku strategik semasa dinilai, meningkatkan cabaran pengawasan: Model AI semakin cenderung menunjukkan kesedaran bahawa model ini sedang dinilai dan mengubah output masing-masing sewajarnya, menimbulkan persoalan penting tentang keupayaan pembangun dan penguji untuk menilai keupayaan model baharu dengan tepat sebelum menempatkannya.

Pengerusi Laporan itu ialah Yoshua Bengio, Profesor Tertinggi di Université de Montréal, Pengarah Saintifik LawZero dan Penasihat Saintifik Institut AI Mila - Quebec, berkata:

"Keupayaan AI sentiasa berkembang dengan pesat dan konsisten sejak penerbitan Laporan Keselamatan AI Antarabangsa yang pertama sembilan bulan lalu. Amat penting bahawa pemahaman kolektif kita mengenai risiko dan langkah keselamatan sentiasa dikekalkan. Kemas Kini Utama ini memberikan penerangan ringkas berasaskan bukti yang tepat pada masanya bagi pembuat keputusan global untuk mendapatkan maklumat saintifik terkini dan dengan itu memastikan tadbir urus yang proaktif dan termaklum. Ini juga berfungsi sebagai jambatan dengan menjangka laporan menyeluruh akan diterbitkan menjelang Sidang Kemuncak Impak AI di India pada awal tahun 2026."

Maklumat Tentang Laporan Keselamatan AI Antarabangsa

Laporan Keselamatan AI Antarabangsa ialah paduan bukti mengenai keupayaan dan risiko sistem AI lanjutan. Laporan ini direka bentuk bertujuan menyokong pembuatan dasar termaklum pada peringkat global dengan menyediakan asas bukti untuk pembuat keputusan. Dikarang oleh kumpulan daripada lebih 100 pakar bebas yang pelbagai, laporan ini disokong oleh Panel Penasihat Pakar yang terdiri daripada wakil yang dicalonkan dari lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa termasuk Kesatuan Eropah (EU), OECD dan PBB. Walaupun mengiktiraf potensi manfaat AI yang besar, namun tumpuan laporan itu ialah kepada mengenal pasti risiko dan menilai strategi mitigasi bagi memastikan AI dibangunkan dan digunakan dengan selamat untuk manfaat semua. Laporan ini ditugaskan oleh Kerajaan UK dengan Pihak Sekretariat berada di Institut Keselamatan AI UK.

Butiran Hubungan: Mila Medias, medias@mila.quebec; Pertanyaan Media DSIT, press@dsit.gov.uk

Source: Office of the Chair of the International AI Safety Report
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Artificial Intelligence