Mengukuhkan kedudukan Bahrain sebagai kuasa pelaburan serantau yang terus mengorak langkah daripada momentum tahun lalu
MANAMA, Bahrain, 5 November 2025 /PRNewswire/ -- Edisi ketiga Gateway Gulf 2025, anjuran Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (Bahrain EDB), berakhir dengan kejayaan besar apabila memeterai pelbagai perkongsian dan perjanjian bernilai lebih USD 17 bilion, hasil daripada lebih 60 perjanjian dan pengumuman yang dibuat sepanjang forum pelaburan utama selama dua hari itu.
Diadakan di Hotel Four Seasons, Bahrain Bay pada 2–3 November, forum ini menghimpunkan lebih 200 menteri dan pemimpin perniagaan global di bawah tema "Menilai Semula Pelaburan Global untuk Dinamik Perdagangan Baharu." Para delegasi meneroka peluang pelaburan luas di Kerajaan Bahrain dan seluruh rantau Teluk, selaras dengan usaha berterusan Bahrain memacu inovasi serta membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan keutamaan digital.
YBhg. Shaikh Khalid bin Abdulla Al Khalifa, Timbalan Perdana Menteri, telah merasmikan acara tersebut, manakala YBhg. Shaikh Salman bin Khalifa Al-Khalifa, Menteri Kewangan dan Ekonomi Negara, menyampaikan ucapan alu-aluan dengan menegaskan peranan negara pulau itu sebagai "hab inovasi dan peluang" serta "jambatan antara Timur dan Barat." Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Bahrain kini melangkah yakin ke dalam 'era kecerdasan.'
Sepanjang dua hari penganjuran, suasana di Hotel Four Seasons dipenuhi dengan aktiviti apabila penceramah global, delegasi, serta wartawan tempatan dan antarabangsa terlibat dalam pelbagai sesi dialog yang merangkumi topik seperti tarif perdagangan global, pelaburan rentas sempadan, transformasi digital, dan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
Beberapa perjanjian penting telah dimeterai sepanjang forum berlangsung, menonjolkan kedudukan acara ini sebagai platform pelaburan terkemuka di peringkat serantau dan global. Perjanjian-perjanjian tersebut secara langsung menyokong usaha menarik pelaburan ke dalam lima sektor keutamaan bukan minyak Bahrain: Perkhidmatan Kewangan, ICT, Pembuatan, Logistik dan Pelancongan, sekali gus memperkukuh matlamat pembangunan jangka panjang Kerajaan Bahrain.
Turut diketengahkan dalam forum ialah inisiatif Lesen Emas (Golden License), di mana empat projek strategik telah dianugerahkan status Lesen Emas:
Selain itu, projek yang sebelum ini telah menerima status Lesen Emas turut mencatat perkembangan baharu, National Bank of Kuwait mengumumkan majlis pecah tanah bagi ibu pejabat antarabangsa pertamanya di Kerajaan Bahrain, manakala Bahrain Titanium mengumumkan permulaan pembinaan fasiliti pengeluaran titanium mereka.
Pengumuman utama lain yang dibuat sepanjang dua hari termasuk:
Menegaskan semula visi bersama negara-negara anggota Teluk untuk memperkukuh koridor perdagangan, membangunkan industri masa depan, melabur dalam teknologi canggih, serta meningkatkan sumbangan KDNK bukan minyak, Gateway Gulf berperanan sebagai platform penting untuk menampilkan Bahrain sebagai hab serantau yang tangkas dan mesra perniagaan, di samping menghimpunkan pembuat keputusan utama serta pemimpin global dari seluruh dunia. Kejayaan forum tahun ini serta penyertaan konsisten para delegasi setiap tahun mencerminkan daya tarikan antarabangsa Bahrain yang semakin meningkat, sekali gus memantapkan kedudukan Kerajaan Bahrain di pentas global.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2812799/Gateway_Gulf_25.jpg?p=medium600