omniture

COMAU PERKUKUH KOLABORASI DENGAN BEIJING FOTON DAIMLER TINGKATKAN PEMBUATAN TRAK TERMAJU DI CHINA

Comau
2025-11-06 16:10 6
  • Comau menyediakan penyelesaian kimpalan dan pengendalian bahan badan putih automatik sepenuhnya untuk platform A6 generasi akan datang Foton Daimler bagi trak tugas berat
  • Direka untuk fleksibiliti dan skala, sistem ini menyokong pengeluaran barisan bersama bagi 66 varian kenderaan
  • Penyelesaian inovatif ini mengupayakan kapasiti pengeluaran tahunan sehingga 120,000 unit dengan OEE lebih daripada 90%

SHANGHAI, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- Comau memperkukuh kolaborasi sejak dahulu lagi bersama Beijing Foton Daimler Automotive Co., Ltd. (BFDA) dengan membangun dan menyediakan penyelesaian badan putih automatik sepenuhnya yang canggih bagi menyokong platform A6 baharu daripada BFDA. Barisan pengeluaran ini, direka untuk trak tugas berat premium Foton Daimler, menggambarkan komitmen Comau untuk membantu pelanggannya mencapai pengeluaran modular, tempoh ke pasaran yang singkat dan fleksibiliti pembuatan yang lebih besar.

Truck Body
Truck Body

Menerusi tumpuan pada produktiviti, yang dicapai melalui operasi yang fleksibel dan boleh disesuaikan, penyelesaian Comau merangkum proses kimpalan badan putih yang lengkap. Bermula daripada badan lantai dan sisi hingga bumbung dan pintu, sistem yang amat berciri automatik ini mengurus konfigurasi yang kompleks dengan mudah. Platform ini, yang mencakupi 18 jenis badan asas dan merangkumi rangkaian penuh kenderaan Foton Auman, kini mengendalikan 66 varian kenderaan dengan kebolehskalaan terbina dalam bagi menyokong pertumbuhan pada masa akan datang.

Automasi yang canggih daripada Comau membolehkan BFDA memperkemas pengeluaran, mencapai Keberkesanan Peralatan Keseluruhan (OEE) lebih daripada 90% dan memastikan kualiti yang konsisten merentas kesemua modelnya. Hasil sedemikian disokong selanjutnya melalui sistem kawalan terpusat, yang diintegrasikan dengan platform perisian kilang utama dan mendayakan pemantauan proses masa nyata serta keputusan pantas yang dipacu data. Dengan adanya jaminan kualiti pintar dan keupayaan pertukaran model yang pantas, sistem ini meningkatkan kebolehlihatan hujung-ke-hujung dan memastikan kadar hasil laluan pertama yang tinggi.

Dengan output unjuran sebanyak 120,000 trak setahun, penyelesaian ini menyokong visi strategik BFDA untuk mendahului pasaran China dengan pengeluaran trak premium yang cekap tenaga dan setempat. Ia turut memantapkan kepimpinan Comau dalam automasi kimpalan termaju untuk kenderaan industri, tugas berat dan komersial daripada semua saiz.

"Tatkala sektor kenderaan komersial China berkembang, keupayaan untuk menggabungkan fleksibiliti dengan pengeluaran volum tinggi merupakan aspek yang kritikal," kata Jeff Yuan, Ketua APAC Comau. "Projek ini memperlihatkan keupayaan kami dalam menyampaikan automasi berimpak tinggi dalam dunia sebenar—membantu pelanggan berskala dengan cekap dan dalam masa yang sama mencapai penyesuaian dengan permintaan pasaran."

Pelaksanaan ini memperkukuh kedudukan Comau di Asia dan menekankan komitmennya untuk mendayakan pembuatan yang pintar, fleksibel dan mampan dalam seluruh pasaran global.

Source: Comau
Keywords: Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation General Manufacturing