![]() |
KAWASAKI, Jepun, 7 November 2025 /PRNewswire/ -- Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation (Toshiba) dan GE Vernova (NYSE: GEV) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama bersepadu bagi penyelesaian Gas Turbine Combine Cycle (GTCC) dengan Carbon Capture and storage (CCS) untuk mengurangkan pelepasan CO2 dari loji janakuasa. Penyelesaian ini akan menggabungkan sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR) oleh GE Vernova dengan penyelesaian penangkapan karbon oleh Toshiba yang menggunakan pelarut proprietari daripada Toshiba. Inisiatif ini berkaitan dengan kumpulan sasaran yang baru diwujudkan antara Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun serta GE Vernova dan ia diumumkan semasa acara yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Dasar Tenaga dan Alam Sekitar METI, Shinichi Kihara serta wakil daripada Toshiba dan juga GE Vernova.

The MoU signing ceremony, in Kawasaki, Japan. November 6, 2025. Front row from left: Mr. Jeremee Wetherby of GE Vernova, Mr. Kensuke Suzuki, Head of New Technology of Toshiba's Power Systems Division. Back row: Mr. Shinichi Kihara of METI's Director-General for Energy and Environmental Policy
Kerjasamaini bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan proses pemisahan dan penangkapan CO2 dengan mengintegrasikan teknologi masing-masing di loji janakuasa GTCC di Jepun dan juga bahagian lain di Asia, iaitu di tempat GE Vernova membekalkan atau akan membekalkan turbin gas. Toshiba dan GE Vernova bersama-sama menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang komprehensif bersama syarikat-syarikat utiliti terkemuka yang mengendalikan loji janakuasa GTCC di seluruh Jepun. Kajian tersebut, yang telah diselesaikan sebelum penandatanganan MoU, mengesahkan potensi besar daripada kerjasama ini.
Ketua Pengarah Dasar Tenaga dan Alam Sekitar METI, Shinichi Kihara berkata: "Kami menyambut baik inisiatif ini bagi mencapai penyahkarbonan penjanaan kuasa dengan menggunakan teknologi CCUS, memandangkan terdapat desakan global untuk mencapai bekalan tenaga yang stabil, pertumbuhan ekonomi dan penyahkarbonan secara serentak menuju matlamat bersama di peringkat global untuk mencapai sifar bersih (net-zero)."
Takehiko Matsushita, Naib Presiden Bahagian Sistem Kuasa Toshiba, berkata: "Meskipun loji janakuasa terma menawarkan bekalan elektrik yang berterusan dan merupakan sumber kuasa yang utama, komitmen global yang semakin meningkat terhadap kelestarian alam sekitar menjadikan pengurangan pelepasan CO2 daripada kemudahan ini sebagai matlamat yang penting dan mendesak. Kami berbesar hati dapat menandatangani MoU ini yang akan membantu kami menyumbang kepada pencapaian keneutralan karbon dan dalam masa yang sama memacu pertumbuhan perniagaan selanjutnya. Melalui kerjasama kami bersama GE Vernova, kami berhasratuntuk memajukan sistem EGR dan penangkapan CO2 di Jepun dan juga bahagianlain di Asia."
Jeremee Wetherby, Ketua Penyelesaian Karbon di GE Vernova, berkata: "Kami berbesar hati untuk meneroka manfaat daripada integrasi stim, sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR), dan penyelesaian tekanan balikan turbin gas tinggi kami dengan kepakaran Toshiba yang luas dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan sistem kitaran stim. Sistem stim ini memainkan peranan yang pentinguntuk prestasi loji janakuasa GTCC dan akan menjadi pertimbangan reka bentuk yang penting untuk memaksimumkan prestasi sistem penangkapan serta mengurangkan penurunan output kuasa yang berlaku apabila sistem penangkapan CO2 diintegrasikan. "
Toshiba mempunyai kepakaran yang luas dalam reka bentuk dan pembinaan sistem kuasa terma yang menggabungkan turbin stim untuk sistem GTCC dan dalam pembangunan serta penyempurnaan sistem penangkapan CO2. Ia menggunakan sumber haba daripada loji itu sendiri untuk meningkatkan suhu pelarut yang digunakan untuk menangkap CO2, iaitu dengan pendekatan yang tidak memerlukan dandang tambahan untuk menjana stim sekaligusmengoptimumkan serta memperkemas sistem ini. Kepakaran yang komprehensif membolehkannya melaksanakan pendekatan ini dan dalam masa yang sama meminimumkan sebarang penurunan dalam output kuasa bersih loji, iaitu kapasiti penjanaannya.
Mengintegrasikan loji GTCC dan CCS dapat mengurangkan kos modal dan meningkatkan fleksibiliti operasi. Penyelesaian GE Vernova—seperti integrasi stim, Exhaust Gas Recirculation (EGR), dan tekanan balikan turbin gas tinggi—mengurangkan kos dan meluaskan pilihan operasi. Sebagai contoh, sistem EGR daripada GE Vernova mengitarsemula gas ekzos ke dalam salur masuk turbin, mengubah komposisi gas ekzos, lalu membolehkan menara penyerap penangkapan karbon yang lebih kecil, meningkatkan prestasi, mengurangkan kos kendalian dan meningkatkan penangkapan CO2.
Latar Belakang kolaborasi Toshiba dan GE Vernova
Toshiba dan GE Vernova membina hubungan yang kukuh dalam sektor GTCC sejak tahun 1982. Pada tahun 2013, kedua-duanya memperluas kerjasama mereka, menggabungkan turbin gas GE Vernova dengan turbin stim dan penjana Toshiba bagi menyediakan sistem GTCC yang canggih di Jepun. Sejak tahun 1982, kedua-dua Syarikat ini telah menerima pesanan untuk 20 sistem GTCC di seluruh dunia, dengan kapasiti rgabungan mencapai lebih 13 Gigawatt (GW) dan 18 unit kini sudahpun beroperasi.