![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 10 November 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," hari ini mengeluarkan keputusan kewangannya bagi suku ketiga tahun 2025.
"Jualan yang kukuh bagi peralatan persekitaran rumah kami yang terkemuka, di samping pertumbuhan yang mantap bagi rangkaian katil dan kerusi urut BEREX kami, memacu prestasi keseluruhan pada suku tahun ini," kata Soon Tae Kim, Ketua Pegawai Kewangan Coway. "Berasaskan daya saing perniagaan teras ini, kami akan terus memperkukuh pemacu pertumbuhan masa depan kami dan mengekalkan momentum yang seimbang dalam pasaran domestik dan juga pasaran global pada masa akan datang."
Perolehan Coway yang dilaporkan adalah seperti berikut:
• Hasil suku ketiga: KRW 1,254.4 bilion (+14.0% YoY)
• Keuntungan kendalian suku ketiga: KRW 243.1 bilion (+17.4% YoY)
* Angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan. |
Hasil kumulatif oleh Coway bagi tahun 2025 kini mencecah KRW 3,688.2 bilion (+15.8% YoY), dengan keuntungan kendalian diperoleh sebanyak KRW 697.0 bilion (+13.9%).
Dalam pasaran domestik, Coway mencapai hasil suku ketiga sebanyak KRW 740.2 bilion, peningkatan 12% apabila dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Prestasi yang kukuh ini didorong oleh jualan yang mantap bagi siri Icon Ice Water Purifier (Penulen Air Ais Icon) baharu yang membawakan tiga model dan direka untuk memenuhi berbagai-bagai keperluan kapasiti, bermula daripada yang kompak hingga besar. Hasil daripada penambahan kepada portfolio syarikat ini, jualan bagi penulen air ais Coway meningkat kira-kira 25% tahun ke tahun sepanjang bulan Ogos dan September, seterusnya mencipta rekod jualan baharu untuk kategori ini.
Sementara itu, subsidiari-subsidiari luar negara Coway turut mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada suku ketiga dengan mencapai hasil sebanyak KRW 469.3 bilion, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 19.9%. Subsidiari syarikat ini di Malaysia pula mencapai hasil mengagumkan yang memberikan peningkatan tahun ke tahun 20% iaitu sebanyak KRW 352.1 bilion, manakala subsidiari-subsidiari Amerika Syarikat dan Thailand turut mencapai pertumbuhan yang mantap, masing-masing mencatatkan hasil sebanyak KRW 57.5 bilion (+7.8% YoY) dan KRW 41.8 bilion (+28.5% YoY).
Untuk maklumat lanjut mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat ini.
About Coway Co., Ltd.
Established in Korea in 1989, Coway, the "Best Life Solution Company," is a leading home environment appliances company making people's lives healthy and comfortable with innovative home appliances such as water purifiers, air purifiers, bidets, and mattresses. BEREX, the company's sleep & wellness brand, aims to improve the quality of life through cutting-edge mattresses and massage chairs. Since being founded, Coway has become a leader in the home environment appliances industry, with intensive research, engineering, development, and customer service. The company has proven dedication to innovation with award-winning products, home health expertise, unrivaled market share, customer satisfaction, and brand recognition. Coway continues to innovate by diversifying product lines and accelerating overseas business in Malaysia, the USA, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, and Europe, based on the business success in Korea. In 2025, the company launched Coway Life Solution, a premium elder care platform offering personalized care solutions tailored to different life stages. For more information, please visit http://www.coway.com/ or http://newsroom.coway.com.