Tadbir urus kesihatan tumbuhan berpandukan sains bagi menjamin sistem makanan dan memajukan SDG
GUANGZHOU, China, 10 November 2025 /PRNewswire/ -- Mulai 2-6 November 2025, Simposium ISPB kali ke-2 menghimpunkan lebih daripada 250 pakar dari 18 negara untuk berdepan dengan salah satu ancaman yang paling mendesak terhadap sistem makanan global: perosak dan penyakit tumbuhan rentas sempadan. Dihoskan secara bersama oleh Chinese Academy of Agricultural Sciences (CAAS) dan CAB International (CABI) dan turut dianjurkan bersama-sama Institute of Plant Protection, CAAS (IPPCAAS), Guangdong Academy of Agricultural Sciences (GDAAS) dan South China Agricultural University, simposium ini memfokuskan untuk menterjemahkan sains termaju kepada penyelesaian boleh skala yang mempergiat usaha global ke atas Kelaparan Sifar, Tindakan Iklim dan Kehidupan di Darat.
Para peserta menegaskan bahawa kesihatan tumbuhan menjadi asas kepada sistem makanan yang bingkas dan positif terhadap alam semula jadi. Perosak dan penyakit menyumbang sebanyak 20-40% daripada kerugian tanaman tahunan yang mengakibatkan kerosakan ekonomi global melebihi USD 220 bilion. Berlatarbelakangkan hal ini, ISPB 2025 membawakan 56 sidang pleno dan ceramah teknikal mengenai rangkaian pengawasan amaran awal, standard data saling boleh kendali, diagnostik didayakan AI dan kawalan hijau/biologi yang dapat mengurangkan kebergantungan kimia sekali gus melindungi biodiversiti. Sesi-sesi ini mengetengahkan mengenai tadbir urus termaklum risiko, data terbuka dan kolaborasi Selatan-Selatan sebagai pemecut untuk pengerahan lapangan dan impak.
Sebagai salah satu penganjur bersama, IPPCAAS memberi tempat kepada ISPB sebagai hab global yang melaluinya kecemerlangan penyelidikan bertemu standard terkoordinasi dan pembinaan kapasiti—yang menghubungkan program nasional dengan platform serantau sepanjang koridor perdagangan dan perosak migrasi yang utama. Simposium ini turut membawakan langkah-langkah kerjasama yang konkrit: ulang tahun ke-30 kolaborasi saintifik China-CABI; pelancaran Perikatan Antarabangsa BRI mengenai Inovasi Sains dan Teknologi dalam Perlindungan Tumbuhan bagi mengharmonikan pengawasan serta perkongsian ilmu pengetahuan dan acara sampingan berhubung Kerjasama Biokeselamatan Rentas Sempadan antara China dan negara-negara jiran bagi meningkatkan pencegahan dan tindak balas serantau terhadap ancaman biokeselamatan.
Simposium ISPB menegaskan komitmen bersama terhadap tadbir urus kesihatan tumbuhan berasaskan sains dan peka risiko—bermula daripada pemantauan saling boleh kendali hinggalah alatan kawalan yang bertanggungjawab dan pemindahan kemahiran. CAAS, IPPCAAS dan rakan kongsi global akan terus meluaskan rangkaian amaran awal serantau, memajukan teknologi kawalan hijau dan melabur dalam latihan dan kapasiti institusi, seterusnya membantu negara-negara mencapai sasaran SDG mereka sekali gus melindungi mata pencarian, perdagangan dan juga ekosistem.
Latar Belakang ISPB: Simposium Biokeselamatan Tumbuhan Antarabangsa (ISPB) ialah perhimpunan andalan dwitahunan yang dikurasikan oleh IPPCAAS dan rakan kongsi bagi menggiatkan sains, standard dan penyelesaian untuk kesihatan tumbuhan serta keterjaminan makanan global.