omniture

Majukan Inovasi dengan Keterbukaan -- Huawei adakan Forum Inovasi dan IP ke-6

Huawei
2025-11-13 11:35 5

BEIJING, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 11 November 2025, Huawei mengadakan Forum Inovasi dan Harta Intelek (IP) keenam yang melaluinya syarikat ini mengumumkan para pemenang bagi anugerah "Top Ten Inventions" yang berlangsung dua kali setahun. Acara ini menghimpunkan pakar-pakar dalam inovasi dan harta intelek dari seluruh dunia bagi meneliti kepentingan keterbukaan dan perlindungan IP dalam memacu inovasi serta kemajuan sosial.

Huawei held its sixth Innovation and Intellectual Property (IP) Forum in Beijing
Huawei held its sixth Innovation and Intellectual Property (IP) Forum in Beijing

"Inovasi terbuka memacu masyarakat dan teknologi ke hadapan dan ia terdapat dalam DNA kami. Kami komited kepada pendekatan yang terbuka terhadap inovasi," kata Ketua Pegawai Undang-undang syarikat, Liuping Song. "Huawei menghormati IP pihak lain dan melindungi IP kami sendiri, termasuk paten, tanda dagangan, hak cipta serta rahsia perdagangan."

Pada tahun 2024, hasil pelesenan paten Huawei mencapai kira-kira AS$630 juta. Royalti paten yang dibayar oleh Huawei selama bertahun-tahun mencecah hampir tiga kali ganda daripada jumlah royalti yang diterima.

Marco Alemán, Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) menyatakan bahawa "Huawei ialah pengguna global yang utama bagi Perkhidmatan IP Global WIPO dan pemacu inovasi yang mantap. Huawei mempunyai 6,600 permohonan Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) yang diterbitkan pada tahun 2024 dan menjadi pengguna utama sistem PCT sejak tahun 2014."

Etienne Sanz de Acedo, Ketua Pegawai Eksekutif International Trademark Association menegaskan bahawa, "Sebagai aset tidak ketara, IP ialah bahasa sejagat yang menterjemahkan inovasi dan kreativiti kepada nilai yang boleh diukur."

Ningling Wang, Presiden terpilih bagi Licensing Executives Society International berkata beliau menggalakkan "peneraju industri, penggubal dasar, penyelidik dan usahawan untuk memupuk kolaborasi, berkongsi ilmu pengetahuan, mengurangkan halangan dan mengamalkan pelesenan yang bertanggungjawab."

Di forum ini, Huawei memperkenalkan inovasi yang memenangi anugerah Top Ten Inventions keenam yang merangkum pelbagai domain perniagaan yang penting untuk pembangunan masa depan, termasuk pengkomputeran, sistem pengendalian HarmonyOS dan storan.

Alan Fan, Naib Presiden dan Ketua Jabatan Hak Harta Intelek di Huawei, menekankan bahawa sebagai penyumbang yang utama kepada teknologi dalam sektor ICT, Huawei berkongsi teknologinya melalui perisian sumber terbuka, perkakasan terbuka, pemfailan paten, sumbangan standard serta kertas kerja akademik.

Pada tahun 2024, Huawei menerbitkan 37,000 paten dan turut mencipta rekod baharu untuk syarikat. Di samping itu, Huawei mengemukakan lebih daripada 10,000 sumbangan teknikal kepada organisasi piawaian dan menerbitkan lebih 1,000 kertas kerja akademik. Sementara itu, kod sumber untuk OpenHarmony telahpun bertambah sebanyak 10 juta baris lagi, dengan penyerahan daripada lebih 8,100 penyumbang komuniti manakala openEuler pula melangkaui 10 juta pemasangan.

Menjelang akhir tahun 2024, dalam bidang standard selular, lebih daripada 2.7 bilion peranti 5G telahpun dilesenkan di bawah paten Huawei. Dalam domain Wi-Fi, lebih 1.2 bilion peranti elektronik pengguna dilesenkan di bawah paten Huawei. Dalam bidang multimedia pula, lebih daripada 3.2 bilion peranti multimedia dilesenkan di bawah paten kodek video syarikat ini. Sejumlah 48 syarikat Fortune Global 500 merupakan pemegang lesen Huawei, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Heiwai Tang, Naib Presiden Bersekutu bagi University of Hong Kong turut berucap di forum ini dengan menyatakan, "Inovasi merupakan pemacu teras bagi pertumbuhan ekonomi moden dan operasinya yang berterusan bergantung pada sistem paten yang mantap, terbuka dan dipercayai di peringkat global. Saya berasa gembira melihat syarikat-syarikat seperti Huawei mematuhi norma IP antarabangsa yang memaksimumkan nilai IP sekali gus memupuk ekosistem perniagaan yang sihat."

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memacu inovasi terbuka, Huawei melancarkan laman Chaspark Patent pada Jun 2024. Ia merupakan platform percuma dan mantap untuk penyelidik di serata dunia mencari maklumat paten, iaitu perkhidmatan yang boleh menjadi sangat mahal yang menjadi penghalang untuk pelajar, penyelidik individu dan organisasi kecil dalam bidang teknologi. Hari ini syarikat ini mengumumkan kemas kini yang besar terhadap Chaspark Patent termasuk ciri-ciri baharu seperti carian semantik dan ringkasan AI.

Para penceramah jemputan lain di forum ini turut melibatkan Yali Zhu, Pengurus Besar PatSnap China; Qi Wang, Pengarah Clarivate Asia Pasifik; Mattia Fogliacco, Presiden Sisvel; dan Laurie Fitzgerald, Presiden Avanci Vehicle. Mereka berkongsi pengalaman dan amalan terbaik mereka sendiri dalam inovasi terbuka.

Song menyimpulkan dengan menyatakan bahawa "Kami komited untuk membina sebuah persekitaran yang dapat melindungi inovasi dan IP serta bekerjasama erat dengan rakan industri bagi menggalakkan perlindungan IP yang membina. Dengan cara ini, industri ini dapat terus berkembang dan membangun bersama-sama."

Source: Huawei
Keywords: Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things