omniture

Basikal Lipat Tidak Pernah Direka untuk Semua? DAHON Mengubah Keadaan Itu

DAHON
2026-11-27 21:45

SACRAMENTO, California, 27 November 2026 /PRNewswire/ -- Selama lebih empat dekad, DAHON menawarkan kebebasan berbasikal yang memenuhi keperluan lebih ramai penunggang. Di sebalik misi itu ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr. David Hon, yang memulakan perjalanan keusahawanannya dalam bidang penyelidikan laser.

Dr. Hon, Founder and CEO of DAHON
Dr. Hon, Founder and CEO of DAHON

Basikal elektrik lipat ultraringan DAHON, K-Feather, mencetuskan sensasi ketika dilancarkan. Kini, Heavy Duty Folding Bike Series (Siri Basikal Lipat Tugas Berat) baharu syarikat – Mariner XL dan Mariner HD – berkemungkinan merupakan basikal lipat pertama yang direka khusus untuk penunggang dengan berat badan lebih tinggi, dengan kapasiti muatan terkadar 150 kg (330 lb), kira-kira 40% lebih tinggi berbanding basikal lipat biasa.

Jalan yang Jarang Ditempuh – Ahli Fizik Beralih Menjadi Usahawan

Sebagai ahli fizik di Hughes Research Laboratories, Dr. Hon mendapat ilham daripada krisis minyak pada tahun 1970-an untuk mengusahakan pengangkutan bandar yang lebih mesra alam. "Pada mulanya, saya ingin melesenkan paten saya, tetapi tiada kilang yang sanggup menghasilkan produk berkenaan. Oleh itu, saya mengumpulkan dana sendiri dan membina sebuah kilang untuk mengeluarkan serta memasarkannya," kata Dr. Hon.

Basikal lipat DAHON yang pertama diperkenalkan pada tahun 1982, merintis reka bentuk basikal lipat moden dan membawa pengiktirafan kepada Dr. Hon sebagai "Bapa Basikal Lipat Moden".

Dr. Hon memilih jalan yang jarang ditempuh orang lain. Lebih empat dekad kemudian, pilihan itulah yang membawa perubahan besar.

Lenturan Rangka Mengurangkan Kuasa Kayuhan Penunggang – DAHON Menanganinya

Pendekatan saintifik Dr. Hon diteruskan menerusi DAHON-V Tech, yang menggabungkan ilmu fizik, analisis unsur terhingga berkomputer dan tolok terikan untuk menilai kekakuan basikal.

Menurut ujian dalaman DAHON, kabel DELTECH dan Super Down Tube DAHON mampu meningkatkan kekakuan rangka sebanyak 33% dan kelajuan kayuhan sebanyak 5–15%. Hasilnya berbeza-beza mengikut keadaan ujian dan konfigurasi basikal.

Basikal Lipat untuk Semua Penunggang, Aspirasi Kekal Sama

Daripada basikal lipat bantuan elektrik K-Feather yang seberat kira-kira 12 kg hinggalah Heavy Duty Series, DAHON memperluas akses kepada aktiviti berbasikal. Subjenama bebasnya, BICECO, menyasarkan pasaran massa.

Melangkah ke hadapan, DAHON merancang untuk memajukan DAHON-V Tech, memperluas siri rangka karbon tiga lipatan dan rangkaian basikal bantuan elektriknya, serta melaksanakan pengambilalihan bersasar dalam bidang bahan baharu dan teknologi teras.

Daripada menyelesaikan masalah kebolehbawaan pada tahun 1982 hinggalah memperluas kehadirannya di peringkat antarabangsa hari ini, cita-citanya tidak berubah: menjadikan berbasikal pilihan yang praktikal dalam kehidupan seharian.

Latar Belakang DAHON

Diasaskan di California pada tahun 1982 oleh Dr. David T. Hon, DAHON ialah jenama basikal lipat global dan perintis basikal lipat moden. DAHON TECH disenaraikan di HKEX (2543).

Source: DAHON
Related Stocks:
HongKong:2543
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Sports Equipment & Accessories Transportation New products/services Outdoors/Camping/Hiking General Manufacturing