omniture

Smilegate Lancarkan Keluaran Awal Dead Account : Two Blue Flames di Empat Negara

Smilegate
2026-11-27 21:49

- Prapelancaran permainan mudah alih di empat negara: Filipina, Malaysia, Singapura dan Indonesia
- Pelancaran rasmi dirancang selepas maklum balas pengguna dari empat negara tersebut diteliti dan diterapkan

SEOUL, Korea Selatan, 27 November 2026 /PRNewswire/ -- Smilegate mengumumkan pada hari Jumaat, 27 November, bahawa permainan peranan (RPG) aksi roguelite berpasukan baharunya, Dead Account : Two Blue Flames (dibangunkan oleh Ian Games), akan dilancarkan lebih awal di empat negara, iaitu Filipina, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Smilegate Melancarkan Dead Account : Two Blue Flames dalam Keluaran Awal di 4 Buah Negara
Smilegate Melancarkan Dead Account : Two Blue Flames dalam Keluaran Awal di 4 Buah Negara

Smilegate merancang untuk menguji permainan ini menerusi prapelancaran di empat negara Asia Tenggara tersebut, menerapkan maklum balas pemain dan seterusnya melaksanakan pelancaran penuh. Pengguna yang ingin membuat prapendaftaran permainan ini boleh berbuat demikian menerusi halaman rasmi jenama permainan ini, Google Play Store dan Apple App Store sehingga pelancaran rasmi.

Dead Account : Two Blue Flames ialah RPG roguelite berpasukan berasaskan manga asal Dead Account yang menggabungkan elemen pengumpulan dan pembangunan watak, serta akan dilancarkan pada peranti mudah alih. Permainan ini akan menggambarkan kisah dan dunia asalnya dengan setia, yang menyaksikan protagonis Soji Enishiro berjuang bersama rakan-rakannya untuk menghapuskan Dead Accounts yang dihidupkan semula daripada akaun media sosial individu yang telah meninggal dunia.

Permainan ini merupakan permainan RPG berpasukan bergenre roguelite dengan mekanisme pertarungan beat 'em up yang dikawal melalui leretan jari menggunakan sebelah tangan, membolehkan pemain membentuk kumpulan lima watak dan mereka bentuk pasukan unik masing-masing dengan menggabungkan kemahiran ketua dan sinergi atribut. Sistem pembentukan pasukan ini membolehkan pemain melengkapkan pasukan mereka melalui pilihan yang muncul semasa pertempuran, justeru peringkat yang sama sekalipun boleh berlangsung secara berbeza setiap kali dimainkan. Sebagai adaptasi permainan pertama Dead Account, manga asal daripada pemegang IP Kodansha, permainan ini menyerlah kerana berjaya mencipta semula dengan setia sensasi serangan hack-and-slash yang mendebarkan pada peranti mudah alih.

Smilegate menjamin bahawa pengguna yang membuat prapendaftaran permainan ini akan menerima watak gred SSR Kiyomi Urusugawa, berserta bingkai profil dan gelaran, serta merancang untuk menyediakan sehingga 50 tiket seruan watak berdasarkan jumlah keseluruhan pengguna yang membuat prapendaftaran sehingga pelancaran rasmi.

Manga asal Dead Account mula diterbitkan secara bersiri pada tahun 2023 dan merupakan karya pengarang Shizumu Watanabe, yang terkenal dengan Real Account dan Tricks dedicated to Witches. Manga ini menarik perhatian menerusi tema yang mencerminkan masyarakat moden serta aksi pertempuran yang mendebarkan, sekali gus meraih minat yang besar dalam kalangan pelbagai generasi, khususnya pembaca muda.

Dead Account : Two Blue Flames boleh didapati di halaman rasmi jenama permainan ini dan di Facebook.

©Shizumu Watanabe/Kodansha © Smilegate & IAN Games Hak Cipta Terpelihara.

Source: Smilegate
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment New products/services