omniture

EMPAT NEGARA DISENARAI PENDEK UNTUK MENGANJURKAN THE GAMES OF THE FUTURE 2027 (SUKAN MASA DEPAN 2027)

Phygital International
2025-02-25 08:00 271

Brazil, Serbia, Afrika Selatan dan Uzbekistan dalam saingan untuk menganjurkan acara phygital sports (sukan fizital) global 

DUBAI, UAE, 25 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Phygital International (PI), pemegang hak eksklusif dan penjaga The Games of the Future (Sukan Masa Depan - GOTF), pada hari ini mengumumkan bahawa Brazil, Serbia, Afrika Selatan dan Uzbekistan ialah pemohon yang disenarai pendek untuk menganjurkan GOTF 2027. The Games of the Future (Sukan Masa Depan) ialah kejohanan phygital sports (sukan fizital) terkemuka dunia, menghimpunkan atlet sukan dan e-sukan dari seluruh dunia.

Phygital athlete displaying raw passion
Phygital athlete displaying raw passion

Dengan UAE bakal menganjurkan GOTF 2025 dan Kazakhstan pada tahun 2026, persaingan untuk edisi 2027 telah menarik minat yang besar daripada negara yang amat berhasrat untuk meletakkan negara masing-masing sebagai pemimpin dalam world of phygital sports (dunia sukan fizital).

Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International, berkata: "Kami menerima bidaan dari seluruh dunia yang menyerlahkan kesedaran dan minat yang semakin meningkat terhadap phygital sports (sukan fizital) di seluruh dunia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang membida untuk menganjurkan The Games of the Future 2027 (Sukan Masa Depan 2027) dan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Brazil, Serbia, Afrika Selatan dan Uzbekistan telah dipilih sebagai negara yang disenarai pendek sebagai bakal tuan rumah."

Berikutan penilaian lanjut dan penilaian terperinci terhadap cadangan setiap negara peserta akhir, keputusan muktamad mengenai negara tuan rumah untuk GOTF 2027 akan diumumkan pada musim panas tahun 2025.

Catatan kepada Editor:

Maklumat Tentang Phygital International :

Phygital International ialah peneraju global dalam mempromosikan dan membuat inovasi phygital sports (sukan fizital), menggabungkan sukan fizikal dan alam permainan digital dengan lancar dalam acara yang berdaya saing. Sebagai penjaga dan pengendali rasmi The Games of the Future (Sukan Masa Depan) tahunan global, Phygital International mentakrifkan semula pengalaman sukan untuk era baharu. Melalui peranan yang dimainkan sebagai penganjur kejohanan dan penyelia bidaan negara tuan rumah, Phygital International menyatukan atlet, pemain dan komuniti dalam persekitaran hibrid yang unik, menganjak sempadan sukan tradisional dan permainan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://phygitalinternational.com/.

Maklumat Tentang The Games of Future (Sukan Masa Depan):

The Games of the Future (Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital, serta menjadi kemuncak phygital sport (sukan fizital). Kejohanan tahunan ini menghimpunkan para wira sukan dinamik generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital (fizital). The 2025 and 2026 Games of the Future (Sukan Masa Depan 2025 dan 2026) masing-masing akan diadakan di UAE dan Kazakhstan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: press@phygitalinternational.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2626086/Phygital_International_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2626085/Phygital_International_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2529536/5179093/Phygital_International_Logo.jpg?p=medium600



Phygital athletes celebrate a victory in the digital segment
Phygital athletes celebrate a victory in the digital segment

 

 

Source: Phygital International
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports New products/services