omniture

Kerjasama Yang Tidak Dijangka -- Fragrance Du Bois bekerjasama dengan penyanyi Arab untuk menggubah 'Life's Treasure' Lagu untuk Oud

Asia Plantation Capital
2015-04-06 21:04 352

SINGAPURA, 6 April 2015 /PRNewswire/ -- Bagi kerjasama yang pertama seumpamanya di dunia, Fragrance Du Bois (syarikat wangian dan peruncit Perancis yang khusus dalam penggunaan Oud yang mampan), dan Nadeem Nour (salah seorang penyanyi/penulis lagu paling terkenal dan dihormati di Timur Tengah), berganding bahu bagi menerbitkan gubahan lagu yang diilhamkan dari sanubari mereka.

Nadeem Nour merupakan penyanyi terkenal Jordan. Dinamakan ‘Nadeem Nour’ kerana dikatakan saat pertama anda mendengar nyanyiannya, anda boleh merasakan keindahan cahaya dalam suaranya
Nadeem Nour merupakan penyanyi terkenal Jordan. Dinamakan ‘Nadeem Nour’ kerana dikatakan saat pertama anda mendengar nyanyiannya, anda boleh merasakan keindahan cahaya dalam suaranya

"Kira-kira setahun lalu saya telah diperkenalkan oleh rakan saya kepada seorang lelaki dari Iran yang baru sahaja pulang dari melawat Thailand dan Malaysia. Semasa beliau di sana, beliau menemui ladang kayu gaharu (Oud) yang dimiliki dan diuruskan oleh Asia Plantation Capital," kata Nadeem Nour baru-baru ini di Dubai. "Saya terpegun apabila mendapat tahu bukan sahaja Oud yang kita gunakan selama ini datang daripada sumber tidak sah – bukan hanya pada masa lalu, tetapi sehingga sekarang -- tetapi sebagai akibatnya, ia kini diancam kepupusan."

"Saya membesar di Jordan, dan Oud sudah begitu sebati dengan kehidupan seharian saya, dan keluarga saya. Jadi saya rasa begitu bersalah apabila saya sedar, seperti ramai orang lain, saya mungkin akan habiskan seumur hidup saya tanpa menghargai Oud, dan tidak pernah mengambil tahu dari mana ia datang sebenarnya. Bila difikirkan, saya mungkin menjadi sebahagian daripada punca yang menggerakkan industri haram, saya jadi gerun."

Sambung Nadeem lagi, "Saya jadi begitu risau, dan oleh kerana saya begitu mengambil berat tentang dunia tempat kita diami ini, saya mengambil keputusan untuk melakukan kajian saya sendiri dan mencari fakta. Saya segera menyedari -- selepas berbincang dengan kawan-kawan, melakukan kajian di internet, dan membaca beberapa laporan berita -- yang kita telah mencapai tahap situasi yang mana Oud mungkin akan pupus dalam persekitaran semula jadinya. Saya juga sedar yang bukan saya seorang sahaja yang selama ini tidak tahu tentang ini. Tidak ramai kawan-kawan saya yang tahu tentang dari mana datangnya Oud dan ancaman yang ia hadapi. Seperti saya, mereka juga tidak pernah memikirkan tentangnya."

Nadeem terus menerangkan secara terperinci betapa pentingnya Oud dalam budaya dan warisan Arab, dan terus mengeluh kerana sumbernya sering tidak boleh dipercayai. Syarikat fesyen dan jenama wangian antarabangsa kini semakin banyak meggunakan Oud dalam produk mereka, lalu menghasilkan tekanan ke atas bekalan masa hadapan bagi bahan mistik ini.

Kayu gaharu, dan Oud (minyak yang terhasil daripadanya), kini berada dalam senarai spesies terancam CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam) dan oleh itu, semua perdagangannya mestilah sah dari segi undang-undang, yang disahkan serta mampan. Permintaan untuknya sangat besar, jauh melebihi bekalannya, dan ladang mampan merupakan satu-satunya cara untuk ia terus dijalankan.

"Asia Plantation Capital dan syarikat dibawahnya Fragrance Du Bois," sambung Nadeem lagi, "merupakan dua syarikat yang menerajui jalan dalam membuatkan industri ini telus dan mampan bagi manfaat semua pengguna Oud – bukan sahaja dalam rantau Teluk, tetapi juga di seluruh dunia. Saya membuat keputusan yang kisah ini mesti diceritakan, dan bagi saya satu-satunya cara untuk menceritakan kisah ini adalah melalui ungkapan dan muzik Arab tradisional."

Nadeem Nour merupakan bintang yang semakin bersinar dalam industri muzik Timur Tengah selama beberapa tahun sejak muncul dalam rancangan Pop Idol Jordan, dan mempunyai peminat setia yang mengagumi suara nyanyiannya yang merdu, liriknya yang menyentuh hati, serta muzik yang beliau persembahkan di serata Teluk. Dinamakan 'Nadeem Nour' oleh Tarek Al Arians, artis ini telah memantapkan dirinya sehingga mencapai tahap yang mana para pendengar boleh merasa "cahaya dalam suaranya", sejak detik pertama beliau melantunkan lagu.

Fragrance Du Bois, Asia Plantation Capital dan Nadeem Nour benar-benar berharap cahaya dalam suaranya dapat membantu menceritakan kisah yang kita semua perlu dengar, dan semoga 'Life's Treasure' dapat menyampaikan pesanan yang sangat penting berkenaan perlindungan spesies yang begitu mudah lenyap buat selama-lamanya.

Video lagu itu boleh ditonton di sini http://youtu.be/PsV0Ku4vWDU

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat nic wangian mewah yang bekerjasama rapat dengan ladang mampan di Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud baharu yang 100% organik dan mengujakan kepada pasaran eksklusif seluruh dunia. Dengan bersumberkan bahan mentah terbaik secara mampan dari seluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat wangian Perancis untuk menghasilkan rangkaian produk penuh, serta turut menyediakan perkhidmatan tersuai khusus, Fragrance Du Bois merupakan kemewahan peribadi dengan penuh kesedaran. Dengan butik wangian eksklusif seluruh dunia, di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois menghasilkan hanya pengalaman yang terbaik dalam pembuatan wangian tersuai khusus.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan dalam pasaran bukan berbahasa Perancis, dikenali sebagai Fragrance Du Bois.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta ringkas:

  • AS$ 600 juta – gabungan nilai aset yang dimiliki dan di bawah pengurusan
  • AS$ 53.5 juta – pusing ganti dalam tahun kewangan terakhir
  • AS$ 100 juta – ramalan pusing ganti bagi tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 – batang pokok Aquilaria hari ini, di ladang kayu Gaharu.

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan perkebunan komersial di serata rantau Asia Pasifik serta seluruh dunia, dan juga merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan berkepelbagaian yang diusahakan bagi memenuhi permintaan domestik serta komersial dalam negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dan menyokong komuniti tempatan merupakan prinsip teras dasar perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial serta budaya dan juga pelaburan, bagi membawa masyarakat ini menjauhi aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (tetapi beroperasi secara swasta sejak 2002), kumpulan itu kini mengendalikan produk perladangan dan pertanian di empat benua, dengan projek-projek beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Galakan penggunaan kayu yang mampan dan diperakui adalah cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian bio, dan memerangi kemiskinan dalam rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, ini juga cara untuk memastikan tiada kayu daripada aktiviti pembalakan haram digunakan.

HUBUNGI: Stéphanie du Ché, Pengurus Perhubungan Awam & Media Eropah, stephanie.duche@asiaplantationcapital.com, +33 616 361 108; Adrian Heng, Pengarah Pemasaran Kumpulan, adrian.heng@asiaplantationcapital.com, +65 6299 1778

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150403/8521502133

SUMBER  Asia Plantation Capital

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Joint ventures