- OCTANS Generasi Kelima perkukuhkan kedudukan iXBlue sebagai pembekal tunggal bagi rangkaian terluas produk navigasi berasaskan FOG untuk penggunaan awam dan pertahanan
MARLY-LE-ROI, Perancis, 14 April, 2015 /PRNewswire/ -- iXBlue, peneraju global dalam sistem navigasi, kedudukan, dan pengimejan, akan memperkenalkan OCTANS generasi kelima, rujukan dipercayai dalam navigasi gred cerapan. OCTANS baharu tersebut merupakan girokompas dan sensor pergerakan semua-dalam-satu (sistem rujukan atitud dan hala tuju, AHRS) serta membawakan ciri baharu dan juga dipertingkat, termasuk pensijilan IMO/ IMO-HSC serta laluan naik taraf produk sistem navigasi inersia (INS). Generasi kelima OCTANS memberikan pelanggan marin dengan lebih banyak pilihan variasi produk, meluaskan rangkaian produk permukaan dan dasar laut yang terbukti paling menyeluruh dalam industri. OCTANS terbina berdasarkan teknologi giroskop gentian optik (FOG) pemaut berprestasi terulung yang unik, terbukti dengan ribuan unit yang telah dihantar. Pelanggan OCTANS generasi kelima akan mendapat manfaat daripada penawaran prestasi-nilai terbaik industri dengan keandalan tanpa bandingan, disokong oleh tawaran baharu iaitu jaminan 5 tahun.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150410/197828
OCTANS generasi kelima menyediakan output masa nyata berketepatan tinggi untuk guling, anggul, hala tuju sebenar, lambung, selain pecutan dan kadar pusingan, dalam keadaan mencabar tanpa memerlukan GPS/GNSS. Ia menetapkan standard baharu dalam segmen produk gred navigasi cerapan dengan menawarkan ketepatan ukuran hala tuju sebanyak 0.05 darjah Seclat dan melanjutkan kemampuan untuk menyediakan dalam lambung masa nyata tepat bagi alun sehingga 30 saat.
Rangkaian produk komprehensif navigasi permukaan dan dasar laut iXBlue yang diperluas termasuk: QUADRANS, OCTANS dan naik taraf Produk INS, HYDRINS, PHINS, serta Siri MARINS untuk navigasi permukaan/dasar dan juga OCTANS Nano, OCTANS 3000 dan PHINS 6000 untuk dasar laut. Rangkaian produk yang besar ini membolehkan pelanggan memilih produk yang tepat untuk aplikasi mereka dengan gabungan ciri-prestasi-kos yang tepat. Sistem navigasi terbukti lapangan iXBlue, bersama rangkaian penuh sistem kedudukan akustik dalam air memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) pelanggan dengan jumlah kos pemilikan terendah. Akhir sekali, OCTANS adalah bebas komponen ITAR (CJ) dan layak menerima lesen Minyak&Gas (O&G), menjadikannya mudah dieksport.
OCTANS menyasarkan aplikasi marin awam dan pertahanan yang pelbagai termasuk cerapan (MBES/Lidar), Minyak & Gas luar pesisir, kedudukan dinamik (DP), pemantauan pergerakan, penstabilan platform, dan navigasi kukuh yang selamat dalam aplikasi tanpa GPS seperti penggerudian terowong dan pertahanan. Dengan pengalaman selama berdekad-dekad, iXBlue memberi khidmat kepada ribuan pelanggan antarabangsa di lebih 30 buah negara.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang OCTANS, pada minggu 13-15 April, lawati tapak pameran iXBlue di Sea-Air-Space, National Harbor, MD, USA (1139) atau Ocean Business, Southampton, UK (H9).
HUBUNGI:
Tel: +33-1-30-08-80-57
eva.marie@ixblue.com
www.ixblue.com