omniture

Gabungan Pertama Hong Kong untuk Jalur Lebar Kediaman 4K dengan Bahan Hiburan oleh HGC dan Letv Mengungguli Anugerah Inovasi Perniagaan Telekomunikasi Global

Letv
2015-05-21 14:47 306

HONG KONG, 21 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Gabungan pertama Hong Kong untuk jalur lebar kediaman 4K dengan hiburan, berasaskan model perkongsian OTT (over-the-top) yang inovatif, meraih "Anugerah Inovasi Khidmat Pengguna" semasa Anugerah Inovasi Perniagaan Telekomunikasi Global kali kesembilan.

Gabungan pertama Hong Kong untuk jalur lebar kediaman 4K dengan bahan hiburan daripada Hutchison Global Communications Limited (HGC) dan Letv berjaya meraih “Anugerah Inovasi Khidmat Pelanggan” bagi Anugerah Inovasi Perniagaan Telekomunikasi Global kali kesembilan. Sierra Ma (kiri), Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Letv dan Oyovwe Okorodudu (kanan), Penolong Naib Presiden, Hutchison Global Communications Limited EMEA menerima penghargaan bagi pihak Letv dan HGC.
Gabungan pertama Hong Kong untuk jalur lebar kediaman 4K dengan bahan hiburan daripada Hutchison Global Communications Limited (HGC) dan Letv berjaya meraih “Anugerah Inovasi Khidmat Pelanggan” bagi Anugerah Inovasi Perniagaan Telekomunikasi Global kali kesembilan. Sierra Ma (kiri), Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Letv dan Oyovwe Okorodudu (kanan), Penolong Naib Presiden, Hutchison Global Communications Limited EMEA menerima penghargaan bagi pihak Letv dan HGC.

Pakej yang berjaya meraih anugerah itu terdiri daripada bahan daripada Letv -- syarikat laman sesawang video dan video Internet pertama di dunia melancarkan IPO -- dan perkhidmatan jalur lebar hebat yang disediakan oleh Hutchison Global Communications Limited (HGC), pengendali telekomunikasi talian tetap antarabangsa yang terkemuka.

Dianjurkan oleh majalah Global Telecoms Business, Anugerah Inovasi Perniagaan Telekomunikasi Global itu mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada inovasi dan kecemerlangan merentasi industri telekomunikasi antarabangsa.

Setelah mengenal pasti permintaan pengguna yang tinggi untuk video dalam talian, Letv membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan jalur lebar 3Home HGC bagi melancarkan pemberkasan pertama Hong Kong untuk jalur lebar kediaman 4K serta bahan hiburan.

Satu saluran jalur lebar Letv khusus membolehkan pengguna Jalur Lebar 3Home menstrimkan atau memuat turun video ultra-HD 4K Letv, agar mereka dapat menikmati pengalaman hiburan kediaman yang lebih lancar dan pantas. Pelan pemberkasan itu membolehkan HGC menarik pelanggan baharu yang mencari perkhidmatan video dalam talian, seterusnya menggembirakan mereka dengan berusaha lebih bagi menyediakan pengalaman hiburan berdefinisi tinggi. Kolaborasi strategik dengan HGC ini memperlihat wawasan Letv untuk pembangunan industri OTT serta mempertingkat ekosistem syarikat, di samping membuka peluang bagi bahagian lebih besar dalam pasaran antarabangsa.

HGC sudah dikenali dalam lingkungan industri mereka melalui kerjasama dengan penyedia bahan OTT dan memenuhi keperluan mereka. Contohnya pada tahun lepas, HGC menyediakan Letv dengan kemudahan pengehosan pusat data dan lokasi bersama, serta perangkaian antarabangsa dan juga tempatan, berserta khidmat pelanggan dan pemasaran.

Bahan video setempat Letv dan peranti pintar kemudiannya menjadi sebahagian daripada tawaran pemberkasan pertama Hong Kong yang terdiri daripada perkhidmatan jalur lebar kediaman 4K dan rancangan hiburan. Rangkaian tempatan gentian optik yang menyeluruh serta keluasan lebar jalur HGC membolehkannya mengenal pasti dan mengutamakan bahan ultra-HD 4K Letv sewaktu penayangan.

Tambahan lagi, apabila bahan 4K ini disimpan dalam pusat data bertaraf dunia HGC, bermakna kependaman -- atau kelewatan penayangan – berada pada tahap paling rendah, lalu memastikan tayangan TV 4K yang hebat. Malah, Penyelesaian Aplikasi dan Penyedia Bahan HGC telah membantu pengendali perkhidmatan OTT yang terkemuka seluruh dunia untuk memperluas jejak perniagaan mereka.

Editor Global Telecoms Business Alan Burkitt-Gray, salah seorang hakim anugerah itu, berkata: "Industri telekomunikasi semakin berminat untuk berurus niaga dengan penyedia bahan dan perkhidmatan bahan bagi meningkatkan kualiti tawaran mereka kepada pelanggan. Projek antara HGC dan Letv ini merupakan kolaborasi imaginatif antara syarikat-syarikat inovatif bagi menawarkan perkhidmatan hiburan berdefinisi ultra tinggi di kediaman, dengan kualiti prestasi cemerlang."

Tin Mok, Naib Presiden & Pengarah Eksekutif, Asia Pasifik, Letv Holdings (Beijing) Co Ltd, berkata: "Kerjasama kami dengan HGC merupakan perkembangan pencapaian penting untuk kami kerana ia memperkaya pengalaman bahan video Internet yang dinikmati oleh warga Hong Kong, sambil mewujudkan model kolaborasi semua untung yang baharu antara pengendali telekomunikasi dan syarikat OTT. Ini juga merupakan satu kejayaan cemerlang apabila dibandingkan dengan model perniagaan pasaran tradisional. Kejayaan kami melalui Anugerah GTB merupakan pengiktirafan dan sokongan bagi model kolaboratif baharu daripada Letv. Kami komited bagi mencipta ekosistem Letv sebagai enjin Internet yang disepadu pada setiap peringkat bagi menawarkan platform dalam talian yang lengkap dengan bahan, terminal, serta aplikasi. Kolaborasi ini menerajui pasaran dan bertindak sebagai model ikutan industri, membawa cara pengendalian serta pengalaman pengguna kepada tahap baharu."

Jennifer Tan, Ketua Pegawai Operasi Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited, berkata: "Kami gembira dapat meraih anugerah ini bersama Letv kerana ia memperlihatkan pengiktirafan pasaran serta industri untuk berkas jalur lebar kediaman 4K dan hiburan kami yang inovatif. Rangkaian gentian optik HGV yang menyeluruh bersinergi dengan rancangan video HD Letv bagi menawarkan pelanggan dengan pengalaman hiburan terkini, di samping melancarkan proses peningkatan hiburan TV 4K berkualiti tinggi."

Beliau menambah: "Selain menyediakan perkhidmatan rangkaian, HGC telah mendapat reputasi tinggi kerana menawarkan perkhidmatan bernilai tambah serta penyelesaian sehenti yang hebat. Kami akan terus menerajui kemajuan pasaran -- dan terus berusaha memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat -- dengan berfokus pada inovasi."

Latar Belakang Hutchison Global Communications Limited

Hutchison Global Communications Limited (HGC) memiliki salah satu daripada rangkaian telekomunikasi gentian ke bangunan yang terbesar di Hong Kong. Sejak penubuhannya pada tahun 1995, ia komited sepenuhnya pada prasarana rangkaian gentian optik mereka sendiri dan memperkenalkan kemudahan canggih. Digabungkan dengan empat laluan merentasi sempadan mereka yang disepadukan dengan ketiga-tiga pengendali telekomunikasi terkemuka di tanah besar China serta rangkaian antarabangsa bertaraf dunia,HGC menyediakan rangkaian perkhidmatan telekomunikasi talian tetap yang menyeluruh di dalam dan luar negara. HGC merupakan anak syarikat Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited (HTHKH, Kod Saham: 215). HTHKH merupakan pengendali perkhidmatan telekomunikasi bersepadu yang terkemuka, menawarkan perkhidmatan mudah alih dan talian tetap kepada pelanggan tempatan serta antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang HGC, sila lawati www.hgc.com.hk. Untuk maklumat lanjut tentang HTHKH, sila lawati www.hthkh.com.

Latar Belakang Letv

Ditubuhkan pada bulan November 2004 oleh Jia Yueting, Letv Group komited dalam mencipta "Ekosistem Letv", enjin Internet generasi seterusnya yang tersepadu setiap peringkat bagi menawarkan platform dalam talian yang lengkap dengan bahan, terminal serta aplikasi. Kumpulan itu terlibat dalam beraneka perniagaan, daripada TV Internet, penerbitan dan pengedaran video, peralatan pintar,dan aplikasi skrin besar sehinggalah e-dagang,ekopertanian, dan kereta super elektrik terhubung Internet, yang dilancarkan pada lewat tahun 2014. Kumpulan itu terdiri daripada beberapa anak syarikat, termasuk Letv.com, Leshi Zhi Xin, Le Vision Pictures, Wangjiu.com, Letv Holding, Letv Investment Management dan Le Mobile. Pada tahun 2014, jualan terkumpul Kumpulan itu adalah kira-kira RMB 10 bilion.

Letv.com mencipta sejarah pada 12 Ogos 2010 apabila ia disenaraikan dalam Bursa Saham Shenzhen, lalu menjadikannya Syarikat IPO pertama di dunia dalam sektor itu. Letv.com juga merupakan syarikat video pertama yang disenaraikan dalam pasaran A-share China. Setakat 24 Mac 2015, nilai pasaran Letv adalah berjumlah RMB 84 bilion. Prolifik serta berjaya, Letv.com kini menawarkan lebih 100,000 episod drama TV dan lebih 5,000 buah filem. Selain itu, laman itu menarik kira-kira 250 juta layaran laman setiap hari, 350 juta pengguna setiap bulan,100 juta penonton bahan harian melalui peranti mudah alih dan 10 juta penonton bahan harian melalui TV skrin besar.

Letv Hong Kong, sebagai ibu pejabat di rantau Asia Pasifik, ditubuhkan secara rasminya pada Ogos 2014, menandakan pencapaian penting dalam perluasan syarikat itu ke pasaran luar negara. Syarikat itu menyediakan Hong Kong dengan ekosistem tersepadu setiap peringkat yang kukuh untuk "Platform + Bahan + Terminal + Aplikasi". Letv turut bekerjasama dengan 3 Home Broadband, anak syarikat Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited, membenarkan pelanggan menikmati pengalaman hiburan dalam kediaman yang terbaik dengan keterhubungan jalur lebar berkelajuan tinggi. Setakat bulan Mac 2015, Letv telah mengadakan 10 jualan kilat dalam talian di Hong Kong, dengan 1,000 TV pintar terjual dalam masa kurang 10 minit pada setiap acara. Kini, Letv Hong Kong menawarkan pelbagai saluran jualan untuk pelanggan TV pintar berpotensi bagi memenuhi permintaan yang sangat tinggi, termasuk perkhidmatan prapesanan dalam talian dan lebih 50 outlet luar talian di Hong Kong dan Macau. Sebagai satu-satunya platform hiburan dengan lebih 800 jam rancangan 4K di Hong Kong, Letv sentiasa komited sejak dahulu untuk menyediakan bahan dalam talian yang beraneka dan pelbagai termasuk filem, drama, rancangan aneka ragam, dan konsert kepada para peminatnya.

Untuk maklumat lanjut tentang Letv, sila lawati:

Laman sesawang Letv: http://www.letv.com
Lemall di Hong Kong: hk.shop.letv.com
Facebook Letv: http://www.facebook.com/letv.hk

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150520/8521503273

 

 

 

 

Source: Letv
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Television Joint ventures