omniture

Herman van Rompuy: "Pasti terdapat hasilnya, itulah cabarannya."

Assemblee Speakers Bureau
2015-05-21 18:22 298

BRUSSELS, 21 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Herman van Rompuy merupakan Presiden Majlis Eropah sehingga November 2014. Presiden Eropah pertama itu mengimbau kembali lima tahun yang bergolak dan merenung masa depan Eropah. "Apabila saya memulakan tugas, saya tidak mengetahui cabaran besar yang bakal saya hadapi." 

"Pada dasarnya, cara kerja saya tidak berbeza dengan yang diamalkan oleh pemimpin sesebuah negara, negeri atau syarikat. Saya juga perlu mendengar, memperoleh kepercayaan orang ramai dan mencadangkan penyelesaian yang kreatif." Ini merupakan kata-kata Herman van Rompuy, mantan Presiden Majlis Eropah bagi Ketua Negara dan Kerajaan (2009-2014). "Kecuali lebih lagi dituntut daripada anda. Pertaruhan kebiasaannya adalah agak besar. Di Kesatuan Eropah (EU), resolusi hanya boleh dibuat secara sebulat suara dengan 28 negara ahli. Sebagai Presiden, anda mesti memastikan semua negara ahli boleh bersetuju antara satu sama lain."

Masa yang sukar 

Van Rompuy mengingati dua detik yang melaluinya, beliau berasa bimbang Eurozone akan berakhir dengan buruk. "Eropah berada di bawah tekanan yang hebat pada musim luruh 2011. Krisis politik tercetus di Greece dan masalah di Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah, turut bertambah teruk. Ia membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri Greece dan Perdana Menteri Itali, Berlusconi. Itu merupakan masa yang sukar. EU dikritik hebat bukan sahaja di peringkat dalaman tetapi juga luaran, daripada seluruh dunia. Pertaruhannya begitu tinggi. Ini kerana, jika Eurozone berakhir, maka ekonomi global turut menghadapi risiko. Hal itu terpaksa dihalang daripada berlaku."

Tugas masih belum selesai 

Van Rompuy tidak banyak mempunyai nasihat untuk diberikan kepada Donald Tusk, penggantinya dari Poland. "Saya bukanlah jenis orang yang tiba-tiba menemui pelbagai perkara baharu tentang Eropah. Semasa memegang jawatan presiden kami sentiasa cuba melakukan perkara yang betul. Saya yakin pengganti saya akan melakukan apa yang perlu dan akan melakukannya dengan penuh tanggungjawab. Kami berdepan dengan kadar pengangguran yang tinggi, daya saing yang rendah, pemulihan kewangan yang sukar dan keyakinan pengguna yang hanya kembali dengan begitu perlahan…Kami memerlukan kemajuan dan pekerjaan. Pasti terdapat hasilnya, dan itulah cabarannya. Jika kita tidak mampu untuk mencapai matlamat itu, maka kestabilan politik Eropah berada dalam bahaya."

Sumber: Assemblee Speakers Bureau

Source: Assemblee Speakers Bureau
Keywords: European Government