omniture

ProPak Asia 2015 Terus Berkembang untuk Menunjukkan Lebih Lagi kepada Industri

Bangkok Exhibition Services Ltd. (BES)
2015-06-03 09:00 307

BANGKOK, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- ProPak Asia terus berkembang untuk menunjukkan lebih lagi kepada industri. Lebih mesin, teknologi, penyelesaian dan perkhidmatan yang dapat menyokong serta mempertingkat kecekapan, kualiti, kepelbagaian dan output pengeluaran pengilang dan juga pembekal akan ditampilkan.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150602/220084

ProPak Asia 2015 akan menjadi acara dagangan edisi terbesar bagi pemprosesan dan pembungkusan makanan, minuman dan farmaseutikal terbesar dan paling antarabangsa di Asia. Ia berkembang kira-kira 12% dalam saiz tahun ini, tahun-ke-tahun, dan mengadakan edisi berjayanya yang ke-23 mulai 17-20 Jun 2015 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok (BITEC), Bangkok, Thailand.

En. Chiruit Isarangkun Na Ayuthaya, Naib Presiden, Pentadbiran dan Sokongan Strategik Biro Konvensyen & Pameran Thailand (TCEB) berkata, "Propak Asia dikenali sebagai pesta dagangan paling signifikan di Asia untuk industri teknologi pemprosesan dan pembungkusan. Pengalaman terkumpul yang diperoleh daripada usaha menganjurkan platform perniagaan profesional ini selama 23 tahun lalu telah menyaksikan ProPak Asia mewujudkan jumlah perdagangan yang tinggi melalui pandangan yang dikongsi serta hubungan perniagaan yang dibina semasa pameran. Atas sebab ini, TCEB berkeyakinan acara tahun ini akan mencapai tahap baharu, dan kami amat berbangga untuk memberikan sokongan penuh kami sekali lagi."

ProPak Asia 2015 akan menampilkan lebih 1,600 pempamer dari 44 buah negara, 14 pavilion antarabangsa dari tanah besar China, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Singapura, Sepanyol, Taiwan, United Kingdom dan AS. Ia akan mempamerkan lebih 4500 mesin dari seluruh dunia di ruang seluas lebih 45,000 meter persegi di BITEC dan menghubungkan anggaran 38,000 ahli-ahli profesional industri sepanjang 4 hari pameran itu. ProPak Asia 2015 merupakan acara yang wajib dihadiri untuk industri. Ia akan menampilkan 6 zon industri termasuk DrinkTechAsia, FoodTechAsia, Lab&TestAsia, PackagingMaterialsAsia, PharmaTechAsia dan PrintTechAsia.

ProPak Asia 2015 akan sekali lagi menampilkan senarai panjang acara industri sokongan termasuk Persidangan Inovasi Makanan Asia 2015, Pertandingan Inovasi Makanan 2015, Persidangan Minuman Asia 2015, Seminar PharmaTech 2015, Pusat Pembungkusan dan Persidangan TISTR Thai 2015, Seminar Jabatan Promosi Industri 2015, Kuiz FoSTAT-Nestle Bowl, Persidangan Plastik dalam Pembungkusan ke-7, Persidangan Makanan Minuman Thailand Asia, dan Anugerah Pembungkusan Bintang Thai dan Bintang Asia 2014.

ProPak Asia 2015 dianjurkan oleh Bangkok Exhibition Services (BES) Ltd, Ahli Allworld Exhibitions, dan akan berlangsung mulai 17-20 Jun 2015 di Dewan 101-106 BITEC, Bangkok, Thailand. Waktu pembukaan adalah pada jam 10pg hingga 6ptg setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.propakasia.com atau www.facebook.com/ProPakAsia.

Hubungi:

Kanphipack Pongchamjirakul
Tel: +662-615-1255 ext. 119
E-mel: visitor@besallworld.com

Source: Bangkok Exhibition Services Ltd. (BES)
Keywords: Paper/Forest Products/Containers Trade show news