omniture

TFWA: Bilangan Pengunjung Kukuh untuk Acara Bebas Cukai dan Peruncitan Pelancongan Serantau

TFWA
2015-06-08 19:32 394

SINGAPURA, Jun 8, 2015 /PRNewswire/ -- Pameran & Persidangan Asia Pasifik TFWA 2015, acara kali ke-20 bagi industri bebas cukai & peruncitan pelancongan di Asia Pasifik, telah melabuhkan tirai pada 14 Mei di Singapura selepas minggu yang begitu berjaya.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7484951-20th-duty-free-travel-asia-summit/

Dengan ruang pameran yang terisi mengatasi tahun-tahun lalu dengan keluasan 9,118 m2 - meningkat 9% berbanding tahun 2014 - dan 292 syarikat yang mengadakan pameran hadir (+12%), 73 daripadanya baru menyertai pertunjukan itu, terdapat kepelbagaian besar produk yang dipamerkan untuk faedah pembeli serta ejen yang berkunjung.

Bilangan pengunjung dianggap memuaskan oleh penganjur TFWA bagi tahun yang mencabar untuk industri bebas cukai dan peruncitan pelancongan, dengan kejadian kemalangan penerbangan, pendekatan baharu terhadap pemberian hadiah dan penggunaan mewah dalam kalangan pelancong China yang begitu penting, ketidakstabilan kewangan serta ketegangan politik di beberapa negara dan juga kemerosotan yang berlaku dalam perkembangan lalu lintas penumpang udara.

Sejumlah 2,655 pengunjung dagangan menghadiri pameran itu, menyamai jumlah pada tahun lalu, daripada 1,053 syarikat (+3%) yang daripadanya lebih satu pertiga merupakan "pembeli penting" – pengendali bebas cukai dan peruncitan pelancongan serta tuan tanah daripada lapangan terbang, syarikat penerbangan, syarikat feri dan pelayaran, gedung bebas cukai rentas sempadan dan pusat bandar. 

"Saya amat kagum dengan kualiti gerai pameran, kepelbagaian produk yang dipaparkan dan tenaga sekitar pameran ini," kata Erik-Juul-Mortensen, Presiden TFWA. "Tahun ini agak sukar buat industri di rantau ini, dan, sehubungan itu, kami amat berpuas hati dengan bilangan syarikat yang hadir dan juga kualiti pengunjung."

Jualan bebas cukai & peruncitan pelancongan di rantau Asia pasifik pada tahun 2014 berjumlah AS$23.6 bilion, meningkat 5.5 % berbanding tahun sebelumnya, menurut angka yang diperoleh daripada penganalisis bebas Generation Research, yang menyenaraikan rantau ini di tempat teratas dalam industri global dengan 38% daripada jualan keseluruhan. Rantau kedua terbesar ialah Eropah, diikuti dengan Amerika, Timur Tengah dan Afrika.

Acara akan datang yang dianjurkan oleh TFWA termasuk Pameran & Persidangan Dunia TFWA mulai 18 hingga 23 Oktober 2015 di Palais des Festivals, Cannes dan Persidangan Persatuan Bebas Cukai Timur Tengah & Afrika mulai 22 hingga 24 November 2015 di Pusat Konvensyen Raja Hussein Bin Talal, Laut Mati, Jordan. Perincian acara-acara ini boleh didapati di http://www.tfwa.com.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150608/735945 )

Sumber: TFWA

Source: TFWA
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel Trade show news