omniture

Ameyo Raih Anugerah Teknologi Pusat Hubungan TMC 2015 bagi Tahun Keempat Berturut-turut

Ameyo.com
2015-07-23 21:23 174

GURGAON, India, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Ameyo (http://www.ameyo.com), pakar teknologi pusat hubungan dan pengalaman pelanggan utama dengan kepimpinan amalan dalam lebih dua belas industri penting, hari ini mengumumkan bahawa TMC, sebuah syarikat media bersepadu global, telah memilih Ameyo sebagai pemenang Anugerah Teknologi Pusat Hubungan CUSTOMER 2015. Ini merupakan tahun keempat berturut-turut bagi Ameyo untuk menerima Anugerah Teknologi Pusat Hubungan CUSTOMER.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141105/10110170)

Teknologi Pusat Hubungan Ameyo merupakan suit teknologi pusat hubungan generasi baharu yang menyatukan kesemua aset pusat hubungan, menumpukan terhadap membantu perniagaan mereka bentuk dan menjenamakan semula proses interaksi pelanggan mereka bagi mencapai Penglibatan Pelanggan Berbilang Saluran yang sebenar. Ameyo telah menunjukkan peranan penting dalam mengubah pusat hubungan menjadi platform Berpusat-Pengalaman-Pelanggan dengan menambahkan tahap dinamik baharu kepada kitar hayat pelanggan. DHL, Flipkart, Motilal Oswal Securities Limited, Vertex, Acer merupakan antara beberapa organisasi yang dikuasakan oleh Ameyo.

Strategi pertumbuhan perniagaan bermaklumat dan infrastruktur pelaksanaan mantap Ameyo merupakan faktor-faktor penting yang telah membawa mereka untuk menerima anugerah berprestij ini bersama Sebutan Terhormat dalam laporan Gartner Magic Quadrant 2015 baru-baru ini.

  • Seni bina fleksibel Ameyo melaksanakan hab interaksi pelanggan yang menyampaikan pengalaman pelanggan yang tekal merentasi semua saluran hubungan.
  • Alatan pelaporan dan analitik Ameyo membolehkan pelanggan untuk mengekstrak laporan perniagaan pintar tentang operasi khidmat pelanggan, melengkapi pakar pusat hubungan dengan maklumat untuk mereka bentuk semula serta menambah baik proses sedia ada mereka.

"Kami merasakan pengiktirafan berprestij kami bagi tahun keempat berturut-turut sebagai Teknologi Pusat Hubungan CUSTOMER ini merupakan pengesahan terhadap komitmen kami untuk membantu  pelanggan kami menyampaikan pengalaman pelanggan kepada komuniti pengguna," kata Bishal Lacchiramkha, KPE Ameyo. "Kami amat berbesar hati disertakan dalam edisi anugerah 2015 dan menerima penghormatan apabila disenaraikan bersama kuasa-kuasa hebat pada masa kini dalam teknologi pusat hubungan."

Anugerah Teknologi Pusat Hubungan tahunan kesepuluh ini, dipersembahkan oleh Majalah CUSTOMER, bagi memberi penghormatan kepada vendor dan teknologi yang telah menerima teknologi sebagai alat penting untuk mencapai kecemerlangan khidmat pelanggan. Anugerah ini membezakan kejayaan mereka sebagai penginovasi, pemimpin fikiran dan penggerak pasaran dalam industri pusat hubungan.

"Tahniah kepada Ameyo kerana dianugerahkan Anugerah Teknologi Pusat Hubungan CUSTOMER 2015. Ameyo telah dipilih kerana menunjukkan inovasi, kualiti dan ciri unik yang telah membawa impak positif terhadap pengalaman pelanggan," kata Rich Tehrani, KPE, TMC. "Kami berbesar hati mengiktiraf pencapaian ini."

Wakil Media:
Kartik Kakar
pr@ameyo.com
+91-124-4771000

SUMBER  Ameyo.com

Source: Ameyo.com
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Awards