omniture

Pengumuman Telefon Pintar Lasak Lebih Dipertingkat S40 Cat(R)

Cat phones
2015-07-29 20:39 374

READING, England, 29 Julai 2015 /PRNewswire/ -- 

Telefon Bimbit Android Lollipop 4G Menggabungkan Rekaan Hebat dengan Kelulusan Lasak Luar Biasa dan Spesifikasi Unggul

Cat phones hari ini mengumumkan telefon pintar lasak S40 Cat® , peranti yang kuat dan tahan lasak yang reka bentuknya seunggul prestasinya. Direka bagi menarik minat pasaran telefon pintar lasak yang semakin berkembang, yang menyaksikan lebih 10 juta unit dijual di seluruh dunia pada tahun 2014, telefon S40 merupakan telefon pintar paling kukuh dalam portfolio Cat phones setakat ini.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150728/246995 )

Satu kaji selidik dalam kalangan pengguna telefon pintar yang kini menggunakan telefon lasak, yang dijalankan oleh Cat phones, mendedahkan 80% daripada mereka telah merosakkan satu telefon bimbit dalam tempoh lima tahun lalu. Separuh daripadanya telah meretakkan atau memecahkan skrinnya, manakala kurang daripada separuh telah merosakkan telefon mereka dengan menjatuhkannya atau merendamkannya ke dalam air secara tidak sengaja. Kira-kira satu pertiga daripada mereka yang komponen, penutup, atau bahagian lain peranti mereka tercabut, biasanya apabila terjatuh.*

Secara berasingan, kumpulan fokus dengan tukang profesional dan pekerja luar, menekankan yang telefon bimbit rosak dalam persekitaran kerja yang mencabar sudah menjadi masalah biasa. Lebih daripada separuh yang dikaji selidik menyatakan mereka telah meretakkan atau memecahkan skrin telefon mereka, contohnya. Tanggapan kekurangan alternatif yang menarik dan lasak merupakan punca utama yang melibatkan peranti tidak sesuai digunakan walaupun ramai yang dikaji selidik sudah merosakkan telefon mereka berkali-kali.**

Telefon S40 Cat baharu ini telah direka bagi menangani semua masalah ini dan menarik minat 85 juta orang yang bekerja dalam bidang pembinaan seluruh dunia, dengan menggabungkan perlindungan lasak hebat serta prestasi telefon pintar sambil mengekalkan rupa bentuk telefon bimbit yang penuh bergaya.

Antara ciri menonjol telefon S40 termasuk:

  • Diuji dengan dijatuhkan daripada ketinggian 1.8 meter ke atas konkrit
  • IP68 dan melebihi Mil-Spec 810G -- Kalis Air, Debu dan Gegaran
  • Paparan Sangat Terang yang masih boleh dilihat ketika pancaran terus matahari
  • Bateri Kapasiti Besar
  • Kaca Glass 4 Corning® Gorilla®
  • Teknologi Berfungsi Dengan Sarung Tangan
  • Teknologi Pengesanan Dengan Jari Basah
  • Sensor amaran kalis air yang memberitahu pengguna ketika telefon itu tidak kalis air (dan menunjukkan cara berbentuk animasi bagi membetulkan keadaan ini)
  • Kedai aplikasi khusus yang mempunyai aplikasi terkini yang berkaitan dengan kerja serta gaya hidup di luar rumah (serta akses penuh kepada Google Play)
  • Dilancarkan dengan rangkaian aksesori lasak berjenama Cat tersendiri

"Terlalu ramai orang dikecewakan dan terpaksa berbelanja lebih akibat daripada telefon pintar yang rosak kerana ia digunakan dalam persekitaran yang tidak sesuai untuknya," kata Oliver Schulte, Ketua Pegawai Eksekutif Bullitt Mobile. "Kami mengakui keperluan untuk menggunakan kepakaran kami bagi melancarkan telefon pintar yang bergaya dan lasak yang menawarkan perlindungan di samping gaya serta prestasi. Dengan rekaan lasak lebih dipertingkat bagi model S40, kami menawarkan peranti yang berwajah hebat, menggunakan versi Android terbaharu, serta menawarkan tahap perlindungan yang diperlukan oleh para pelanggan kami."

Dengan harga 429 EURO / 399.99 GBP telefon S40 akan dilancarkan di lebih 60 buah negara mulai 1 Ogos, maklumat lanjut boleh didapati di http://www.catphones.com

Untuk imej, lawati: https://www.dropbox.com/sh/cprt96hyfuyvwbf/AADMI64t5EJGhE06PnS0sJU3a?dl=0

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.catphones.com

*Sumber: Kaji selidik "Penyelidikan Lasak" Cat Phones, Suku tahun pertama 2015

**Sumber: Kumpulan fokus yang diatur dan dikendalikan oleh Bullitt Group, Suku tahun keempat 2014

Latar Belakang peranti dan aksesori Cat:

Jenama Cat melambangkan kepercayaan, ketahanan, keandalan dan kualiti. Sifat lahiriah Cat boleh ditemui dalam setiap telefon mudah alih dan aksesori Cat yang ditawarkan oleh Bullitt Mobile Ltd. dan menyediakan pengalaman tanpa batasan dengan mobiliti utuh. Satu produk baharu telah dicipta untuk komunikasi wayarles yang dapat memenuhi pelbagai keperluan kehidupan yang mencabar.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang telefon dan aksesori Cat, lawati

http://www.catphones.com

Latar Belakang Bullitt Group 

Ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Colin Batt, David Floyd dan Richard Wharton, Bullitt mencipta, mengeluarkan, memasarkan dan menjual peranti elektronik pengguna dengan kerjasama jenama-jenama global. Ia merupakan penerima lesen seluruh dunia daripada Caterpillar Inc. untuk peranti mudah alih dan aksesori 'lasak' serta daripada Ministry of Sound dan juga Ted Baker untuk produk-produk audio. Berpusat di Reading, produk-produk Bullitt dijual di lebih 60 buah negara dan Syarikat itu mempunyai kehadiran yang kukuh dalam pasaran penting seluruh dunia termasuk Taiwan, Taipei, UK dan AS.

Pada Julai 2015, Bullitt Group diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat UK yang paling pesat berkembang, pada kedudukan ketujuh dalam The Sunday Times HSBC International Track 200.

Sumber: Cat phones

 

 

 

Source: Cat phones
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services