SÃO PAULO, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Platform dagangan MetaTrader 5 terus memperluas kehadirannya di Brazil. Broker kedua terbesar negara itu Rico Corretora telah melancarkan MetaTrader 5 untuk dagangan Saham, Niaga Hadapan dan Opsyen dengan BM&FBovespa. Kini, broker utama Brazil itu menawarkan platform dagangan paling hebat di dunia.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323 )
"Kami berbesar hati dapat menawarkan platform canggih yang hebat ini kepada para pelanggan kami yang melakukan dagangan di BM&Fbovespa," kata Everson Ramos, Pengarah IT Rico Corretora. "Pedagang mendapat akses kepada kefungsian beraneka MetaTrader 5, termasuk kesemuanya, bermula daripada fungsi dagangan dan analitik yang telah menjadi standard de facto industri, kepada Pasaran robot dagangan sedia diguna, dagangan salinan dan pengehosan maya tersedia. Pastinya kerjasama kami bersama MetaQuotes memberi wawasan baharu untuk pelanggan kami dan seterusnya meningkatkan kelebihan daya saing kami."
MetaQuotes Software telah berulang kali menyatakan minat terhadap pasaran Amerika Selatan. Bagi mengukuhkan kedudukannya di rantau ini, syarikat itu membuka pejabat Brazil MetaQuotes di São Paulo pada tahun 2012, selanjutnya mengesahkan platformnya di Tukaran BM&Fbovespa Brazil dan membangunkan Gerbang BM&FBOVESPA MetaTrader 5 khas untuk melaksanakan keterhubungan dalam tukaran itu.
"Amerika Latin merupakan pasaran menarik dengan keperluan besar bagi teknologi lebih maju seperti platform MetaTrader 5," kata Gaies Chreis, Ketua Pegawai Operasi MetaQuotes Software Corp. "Kami telah menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembangkan MetaTrader 5 ke dalam pasaran Brazil. Bilangan pedagang menggunakan platform kami berkembang dengan aktif. Tambahan pula, untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan, kami mengadakan pelbagai pertandingan dagangan. Kami berbangga kerana kini Rico Corretora, bersama broke-broker utama Brazil yang lain, menawarkan MetaTrader 5 kepada para pelanggan mereka, dengan itu merangkumi sebahagian besar pasaran!"
Latar Belakang MetaQuotes Software
Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform dagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda niaga MetaTrader. Organisasi ini dikenali di peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform dagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh lebih 750 buah syarikat pembrokeran dan bank di seluruh dunia.
http://www.metaquotes.net
Latar Belakang Rico Corretora
Rico Corretora merupakan broker runcit bebas kedua yang terbesar di Brazil. Ia merupakan syarikat berorientasikan pedagang persendirian yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Lebih 90,000 pelanggan Rico berdagang dalam pasaran kewangannya menerusi asas pengetahuan dan teknologi yang disediakan oleh syarikat itu.
https://www.rico.com.vc/
Sumber: MetaQuotes Software Corp.