omniture

Kemas Kini Projek dan Teknikal LNG Daripada EPC serta Pengendali (28 - 30 September, Barcelona)

WTG Events
2015-08-17 18:00 325

LONDON, 17 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Teknikal LNG Global Tahunan ke-10 akan menyediakan kemas kini dan perkara yang telah dipelajari daripada projek LNG di seluruh dunia. Agenda akhir baru sahaja dikeluarkan.

Muat turun risalah tersebut di sini - http://lngeu.wtginternational.com/downloadPDF_if.asp

Tema sidang kemuncak itu adalah teknologi untuk pengurangan kos dan pengoptimuman projek. Fokus penting termasuk peluang bagi LNG berskala kecil dan perkembangan dalam projek-projek FLNG pertama.

Sesi-sesi penting:

  • Aplikasi unik FLNG daripada Naib Presiden dan Pengurus Program FLNG, Javid Talib di Black & Veatch yang kini menjalankan beberapa projek FLNG termasuk Exmar Pacific Rubiales Barge LNG dan Golar's GoFLNGs menggunakan penukaran Moss LNGC
  • Ucapan plenari untuk mengoptimumkan projek pembinaan modular daripada Bechtel. Para penyampai tersebut telah mengusahakan projek Wheatstone Chevron baru-baru ini
  • Andre Mullan daripada Inpex berucap tentang sejauh mana IT dapat mengoptimumkan projek LNG. Beliau akan mengambil daripada pengalamannya dengan projek LNG Ichthys – yang sebenarnya 3 projek mega digabungkan menjadi satu
  • Vopak tentang pembangunan pecah pukal LNG di Terminal Gerbang dan sejauh mana hal ini akan merevolusikan rantaian bekalan berskala kecil, mempercepatkan kemajuan di sekitar Eropah
  • Barry Worthington, Pengarah Eksekutif USEA  memberikan kemas kini tentang aktiviti-aktiviti AS dan meneroka sejauh mana aktiviti-aktiviti ini akan memberi kesan kepada pasaran Eropah serta Asia
  • BP membincangkan  kebimbangan keselamatan FLNG, yang  menyatakan perbezaan menarik kepada pendekatan pesaing mereka Shell yang lebih aktif dalam ruang ini. Mantan Pengurus Besar Shell bagi Teknologi Gas juga turut menyertai program ini.

Sidang kemuncak yang berlangsung di Hotel Hesperia Tower & Pusat Konvensyen di Barcelona pada 28 - 30 September 2015.

Pas-pas akhbar boleh didapati mengikut permintaan.

Untuk maklumat lanjut lawati http://www.lngsummit.com

Source: WTG Events
Keywords: Gas Oil/Energy Trade show news