omniture

TCL Raih Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia buat Tahun Keempat Berturut-turut

TCL Corporation
2015-08-18 12:27 380

SHENZHEN, China, 18 Ogos, 2015 /PRNewswire/ --Majlis Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia Ke-6 telah diadakan di Singapura pada 12 Ogos. TCL Corporation, pengeluar global bagi produk "pintar" dan penyedia khidmat aplikasi Internet, telah diberikan anugerah itu buat kali keempat berturut-turut atas pencapaiannya dalam program latihan kakitangan dan pengurusan sumber manusia. Pengarah sumber manusia TCL, Wang Cheng telah menghadiri majlis anugerah itu dan berkata bahawa program latihan bakat yang sentiasa berkembang merupakan asas kukuh bagi pembangunan mantap TCL.

TCL Corporation raih Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia Ke-6
TCL Corporation raih Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia Ke-6

Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia, dianjurkan oleh Institut Penjenamaan Majikan, Kongres HRD Dunia dan Stars of the Industry Group, dianggap antara yang paling autoritatif dalam industri ini. TCL mendapat sanjungan daripada panel juri atas usahanya untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif untuk kakitangannya dan membangunkan program latihan bakat yang membantu kakitangan menguasai kemahiran yang akan meningkatkan prospek kerjaya mereka, selain bagi budaya korporat yang mementingkan keselarian kepentingan syarikat dan kakitangan sebagai asas pertumbuhan syarikat.

Sejak penubuhannya pada 1980an, TCL telah berkembang menjadi pengeluar produk pintar global dan kumpulan khidmat aplikasi Internet, berikutan beberapa inovasi transformatif sepanjang tempoh lebih 30 tahun. Semasa proses ini, budaya korporat yang menemukan individu berkemahiran dan memberikan mereka jawatan yang menggunakan sebaiknya set kemahiran unik mereka telah menjadi daya penggerak yang penting. TCL Group kini menggaji 75,000 orang di lebih 80 buah negara dan wilayah di Asia, Amerika, Eropah dan Oceania. Selari dengan falsafah korporatnya yang menekankan rasa hormat kepada kakitangan, TCL menjalankan usaha berterusan untuk menubuhkan dan menambah baik program latihan bakatnya yang unik, yang menghormati serta memudahkan penyepaduan budaya berbeza di tempat kerja.

Program latihan bakat TCL mula mendapat pengiktirafan apabila pengerusinya, Li Dongsheng mewujudkan Program Latihan Bakat Helang (Eagle Talent Training Program) pada tahun 2006. Program ini termasuk Program Luncuran Helang (Soaring Eagles Program) untuk para eksekutif, Program Helang Elit (Elite Eagles Program) untuk para pengurus peringkat pertengahan, Program Helang Terbang (Flying Eagles Program) untuk para pengurus barisan hadapan serta Program Anak Helang (Eaglets Program) untuk para pekerja serta graduan baharu. Program latihan bakat yang menyeluruh ini direka untuk mewujudkan kecemerlangan dalam kalangan kakitangan yang begitu berdaya saing.

Hubungi:

Marta Chen
+86-755-33313868 
chenxuejun@tcl.com 

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150817/0861507575

Source: TCL Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Awards