omniture

Hellmuth Karasek Ulas Katalog IKEA 2016

IKEA
2015-08-21 16:26 359

SPREITENBACH, Switzerland, 21 Ogos 2015 /PRNewswire/ --

Buku paling banyak dicetak pada zaman ini, katalog IKEA, telah diulas oleh pengkritik sastera buat kali pertama. Ulasan ini dibuat oleh bukan sebarang pengkritik, tetapi oleh Hellmuth Karasek, salah seorang pengkritik sastera paling penting dan berpengaruh.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150820/259954 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150820/259955 )

Pada tahun 1951, Ingvar Kamprad menghantar katalog pertama kepada para pelanggannya. Sejak itu, cetakannya telah meningkat dengan mantap kepada hampir 220 juta cetakan hari ini. Ini menjadikan katalog IKEA sebagai penerbitan yang paling banyak dicetak dalam zaman ini, mengatasi Bible.

Karasek tidak perlu mengikut sebarang keperluan kandungan dalam ulasan beliau. Beliau mengulas katalog itu seperti mana dianggap sesuai olehnya dan mengikut kriteria yang sama digunakannya untuk karya-karya fiksyen.

Salah satu kritikan Karasek, contohnya, katalog itu mengandungi lebih banyak gambar berbanding protagonis aktif. Beliau menyatakan dengan sedikit hairan: "Watak-wataknya terpaksa bersesak-sesak di antara perabot, hanya sedikit yang diperkatakan oleh mereka dan apa yang mereka lakukan adalah tidak begitu jelas - namun buku ini merupakan satu kejayaan yang besar."

Filem lima minit dalam talian ini merupakan satu pengamatan yang luar biasa, mesra dan tidak begitu serius terhadap katalog IKEA 2016.

Pautan filem YouTube: http://www.ikea.ch/karasek

Pautan filem Facebook: http://www.ikea.ch/karasekfb

Latar Belakang Hellmuth Karasek

Dilahirkan pada tahun 1934 di Brno (Republik Czech), Hellmuth Karasek merupakan seorang wartawan, pengarang buku, pengritik dan profesor dalam kajian teater yang berasal dari Jerman. Beliau mengarahkan seksyen budaya majalah mingguan Jerman Der Spiegel selama lebih 20 tahun. Dari tahun 1988 hingga tahun 2001, beliau merupakan sebahagian tetap dalam program ZDF, Das Literarische Quartett (kuartet sastera). Beliau juga telah menerbitkan beberapa buku.

Maklumat lanjut:

Aurel Hosennen, Pengurus Perhubungan Awam &, Komunikasi IKEA Switzerland
Tel: +41-(0)58-853-36-56
E-Mel: aurel.hosennen@ikea.com atau pr.ch@ikea.com

Source: IKEA
Keywords: Books Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service Retail