omniture

ZUK Dengan Rasminya Melancarkan Versi Antarabangsa Z1 yang Terkemuka dengan Kerjasama Cyanogen

ZUK
2015-08-24 09:41 292

SHENZHEN, China, 24 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- ZUK, sebuah syarikat Internet inovatif baharu yang disokong oleh Lenovo, secara rasminya melancarkan versi antarabangsa telefon pintarnya yang terkemuka iaitu Z1, dan menampilkan kerjasama perisian mereka dengan Cyanogen Inc, sebuah syarikat sistem pengendalian (OS) mudah alih utama. ZUK dan Cyanogen bekerjasama rapat untuk membawakan pengalaman Android tersuai yang terbaik kepada pengguna antarabangsa, dan versi antarabangsa Z1 ZUK akan menjadi peranti pertama daripada ZUK yang disediakan dengan Cyanogen OS komersial. En. Chang Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif ZUK dan En. Vikram Natarajan, Naib Presiden Kanan Kerjasama dan Pengedaran Global bagi Cyanogen telah hadir pada sidang akhbar hari ini.

Awal bulan ini, ZUK mengumumkan Versi China Z1 di Beijing, dan produk ini menjadi popular dengan amat pantas dalam pasaran China. Z1 menerima lebih 2 juta pratempahan dalam masa seminggu, dan 40,000 telefon telah berjaya dijual serta merta selepas pelancaran pembelian pertama bermula pada 18 Ogos. Hari ini, ZUK mengumumkan versi antarabangsa Z1 dijangka akan dijual di Eropah, Amerika, Asia Tenggara dan Timur Tengah bermula pada September ini, dengan harga serendah $299.

Versi antarabangsa Z1 ZUK mempunyai konfigurasi perkakasan terbaik yang hampir sama dengan versi China. Z1 merupakan telefon pintar pertama dunia menampilkan port pengecasan Jenis-C yang boleh dibalikkan dengan kelajuan pindahan data tahap USB 3.0. Selain itu, konfigurasi lain daripada Z1 turut tersenarai sebagai piawaian terbaik dalam pasaran: paparan 5.5 inci 1080P FHD, sensor cap jari, bateri 4100mAh yang besar, pemproses Qualcomm Snapdragon 801, 3GB RAM dan 64GB storan, kamera belakang 13-megapiksel, serta kamera hadapan 8-megapiksel. Telefon bimbit tersebut akan ditampilkan dalam warna putih atau kelabu angkasa.

Versi antarabangsa Z1 ZUK akan siap dimuatkan dengan Cyanogen OS 12.1, sistem pengendalian pantas berkuasa yang disesuaikan untuk Z1 dengan sebilangan ciri canggih yang dioptimumkan untuk prestasi, penggunaan kuasa, keselamatan dan privasi.

Ketua Pegawai Eksekutif ZUK, Chang Cheng menjelaskan perancangan pembangunan pasaran antarabangsa dan harapan beliau, dengan berkata: "Kami telah melakukan permulaan yang hebat dalam pasaran China, dan kami berharap yang kami juga akan dapat mencapai kejayaan dalam pasaran luar negara. Z1 merupakan hasil usaha yang bersungguh-sungguh, mengambil masa selama 10 bulan dan sekitar 500 bakat terbaik. Kami yakin produk yang hebat akan terjual dengan sendirinya."

"Ini adalah satu penghormatan kerana dapat bekerjasama dengan ZUK, kami telah bekerjasama bersama untuk menyampaikan pengalaman Android berfokuskan pengguna terbaik untuk para pengguna," kata Vikram Natarajan, Naib Presiden Kanan Kerjasama dan Pengedaran Global, Cyanogen. "Kami mengenal pasti wujudnya kepelbagaian yang tinggi terhadap keperluan pelanggan dalam pasaran antarabangsa. Dengan Z1 ZUK, kami dapat memperkasakan pengguna dengan tahap kebolehsuaian dan kefleksibelan yang signifikan."

Selain itu, ZUK mendedahkan mereka akan bekerjasama dengan perusahaan tersohor peringkat global seperti Amazon, yang seterusnya akan dapat mengurangkan kos serta menambah baik pengalaman pelanggan.

Bagi mencapai kerjasama yang saling menerima manfaat, ZUK dan Cyanogen akan bekerjasama untuk membina momentum hebat dalam pasaran telefon pintar global yang berdaya saing melalui peranti Z1 ZUK.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150821/260150

 

Source: ZUK
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Internet Technology Contracts