omniture

P2i Selesaikan Litigasi Amerika Syarikat

P2i Ltd
2015-08-27 01:20 410

OXFORD, England, 27 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Setelah proses litigasi dan perundingan tuntutan pelanggaran paten yang ditimbulkan oleh P2i Ltd ke atas Europlasma NV berkenaan paten Amerika Syarikat P2i RE43,651 (paten '651), pihak-pihak terlibat telah menyelesaikan pertikaian mereka di Amerika Syarikat tanpa sebarang pengakuan atau konsesi terhadap kesalahan daripada kedua-dua pihak. Sebagai hasil penyelesaian pihak-pihak terbabit, Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Pusat California menggugurkan tersebut tanpa prejudis.

Di bawah terma penyelesaian sulit itu Europlasma NV telah (antara lainnya) bersetuju:

  • tidak melanggar atau membantu pihak lain melanggar paten '651 P2i; dan
  • tidak mencabar paten '651 P2i.

Carl Francis, Ketua Pegawai Eksekutif P2i, mengulas penyelesaian tersebut, "Tindakan ini menunjukkan kesungguhan P2i untuk melindungi portfolio patennya yang bernilai daripada pelanggar paten berpotensi dan kami berpuas hati dengan hasilnya. Kami amat mengambil serius terhadap perlindungan hak harta intelek kami dan akan terus menguatkuasakan hak kami di seluruh dunia."

Pihak-pihak terlibat masih berbalah dalam jurisdiksi lain di seluruh dunia.

Ditubuhkan sebagai satu-satunya penyedia diyakini bagi teknologi salutan nano mencegah air dalam pengeluaran besar-besaran, P2i mempunyai isipadu pemprosesan bulanan yang meningkat lebih tiga kali ganda sepanjang tahun lalu. Teknologi ini kini telah diaplikasikan dalam lebih 100 juta peranti elektronik di seluruh dunia, ketika pengeluar telefon pintar cuba meningkatkan keandalan dan bertindak balas terhadap permintaan pengguna untuk menyediakan perlindungan penting daripada kerosakan yang disebabkan oleh air.

Latar Belakang P2i

P2i merupakan peneraju global dalam salutan nano mencegah cecair, membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia dengan memberikan produk mereka perlindungan dipertingkat terhadap unsur yang menyebabkan kerosakan seperti air, minyak, peluh dan lumpur. Dengan menggunakan proses plasma denyutan berpaten, teknologi P2i menyaluti produk dengan lapisan pelindungan yang tidak dapat dilihat, 1/1000 daripada ketebalan rambut manusia. Produk yang telah disalut P2i termasuk rangkaian luas produk bernilai tinggi daripada telefon bimbit kepada pakaian teknikal, kasut, alat bantuan pendengaran, peralatan perubatan, bahan penapisan dan kon muncung kereta Formula 1.

Beribu pejabat berhampiran Oxford di England, teknologi menerajui pasaran P2i dilindungi oleh lebih 175 paten yang diluluskan. Syarikat itu mempunyai tiga buah kemudahan makmal di UK, AS dan China untuk menyokong usaha pembangunannya yang berterusan.

Lihat http://www.p2i.com untuk maklumat lanjut.

SUMBER  P2i Ltd

Source: P2i Ltd
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Legal issues Patent Law